Tanggal 20 Oktober 2007, aku telah menyambut Hari Hartal ku dengan berkunjung ke rumah Yahya Nassim untuk tayangan istimewa filem 'Sepuluh Tahun Sebelum Merdeka' untuknya.
Inilah kali pertama beliau melihat filem ini.
Duduk di atas kerusi rodanya menghadap televisyen di ruang tamu, beliau berseloroh selepas 5 saat filem aku dipasang, "Itu siapa tu?" sambil menuding telunjuknya ke arah tv.
Aku menjawab "Itu Uztaz Yahya lah tu!" Kita sama-sama tertawa.
Beliau tersenyum setiap kali mukanya terpapar di kaca televisyen. Selepas tamat menonton beliau bersuara, "Filem ni tekniknya bagus... suara, gambar, muzik, semuanya padan. Kalau dilihat oleh orang UMNO ni, apa rasanya mereka kata ya?"
Selamat Hari Hartal Uztaz Yahya Nassim. Terima kasih atas sumbanganmu.
Ahad, Oktober 21, 2007
10tahun di Kajang
Dicatat oleh Fahmi Reza di 1:26 PG
Kategori: Masa Tayangan
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
3 ulasan:
Terima kasih kepada Yahya kerana sudi berkongsi pengalaman perjuangan & falsafah hidup beliau:
“Perang Jepun tu banyak mengubah fikiran kita. Rupanya kalau tak ada orang putih ni pun boleh. Dulu kita terfikir kalau tak ada orang putih ni, mati kita. Bila dah Jepun memerintah tiga tahun lapan bulan, kita terfikir, tak ada orang putih pun boleh jugak.”
Yahya telah keluarkan kata-kata ini dengan cara sinis dan bersahaja, tetapi mesej dasar ialah: Jiwa Merdeka itu jauh lebih penting daripada segala-galanya, dan jiwa Merdeka itulah permulaan semua perjuangan untuk hak dan kedaulatan.
Selamat Hari Hartal.
Hello Fahmi - saya menonton dokumentari anda di Universiti Malaya. Saya hendak mengucapkan tanniah kepada anda dan berterima kasih kepada usaha anda yang telah menginspirasi saya.
Sempena menyambut Hari Hartal tahun ini,saya telah menulis karangan yang saya harap akan diterbitkan pada hari Selasa, 23 Okt 2007 dalam Freespace, The Sun.
okies, that's me trying out writing in bm. Saya akan terus berusaha memperbaiki Bahasa Malaysia saya.
Dalam solidariti
Ng Tze Yeng
ps saya tulis anonymous kerana malas nak register
tze yeng,
aku sudah baca artikel kamu dalan The Sun hari ni. terima kasih kerana mengingatkan kita semua bahawa dalam demokrasi, kuasa sebenarnya terletak di tangan rakyat. dan terima kasih kerana menyokong kempen Hari Hartal!
Catat Ulasan