Khamis, Ogos 30, 2007

Yahya Nassim (PKMM)


"Perang Jepun tu banyak mengubah fikiran kita. Rupanya kalau tak ada orang putih ni pun boleh. Dulu kita terfikir kalau tak ada orang putih ni, mati kita. Bila dah Jepun memerintah tiga tahun lapan bulan, kita terfikir, tak ada orang putih pun boleh jugak."

-- Yahya Nassim dalam 'Sepuluh Tahun Sebelum Merdeka'

Yahya Nassim, 88 tahun, berasal dari Ulu Langat, Selangor. Sebelum perang, beliau telah menganggotai Kesatuan Melayu Muda (KMM), parti politik Melayu pertama di Malaya, di bawah pimpinan Ibrahim Yaakob. Menyertai Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM) selepas perang, beliau merupakan Ketua PKMM negeri Selangor dan telah dilantik sebagai Timbalan Bendahari dalam Kongres PKMM yang kedua pada bulan Disember 1946 di Melaka. Semasa kongres inilah, Dr. Burhanuddin Helmy, Yang Dipertua PKMM melafazkan sajaknya yang terkenal:

Di atas robohan kota Melaka
Kita dirikan jiwa merdeka
Bersatu-padulah seluruh baka
Tuntut hak keadilan pusaka

3 ulasan:

Oleh admin Bebas Malaysia berkata...

Pakcik yang berjiwa kental...Suka dengan jawapan dalam interview yang cik Fahmi buat..

zara aluwi berkata...

Kepada Encik Fahmi Reza, saya kalau boleh ingin mengetahui lebih lanjut berita mengenai Saudara Yahya Nassim dalam 'Sepuluh Tahun Sebelum Merdeka'

ibnu ayyash berkata...

salam..teringat pasal kongres yang Dr Burhan membaca sajaknya..dalam cerpen Usman awang(Tongkat Warrant) ada menceritakan tentangnya..xsilap tajuknya tulang2 berserakan..