Rabu, Oktober 24, 2007

Tayangan 'Sepuluh Tahun Sebelum Merdeka' di Utara

Kehadapan rakyat jelata sebelah utara tanahair di Perlis, Kedah, Penang, Kelantan dan Terengganu. 'Sepuluh Tahun Sebelum Merdeka' ingin ditayangkan di negeri kamu!

Aku akan berada di lokasi2 ini di tarikh2 berikut:

Ahad, 4 Nov 2007: BUTTERWORTH, PENANG
Isnin, 5 Nov 2007: ALOR STAR, KEDAH
Selasa, 6 Nov 2007: KANGAR, PERLIS
Rabu, 7 Nov 2007: KOTA BHARU, KELANTAN
Khamis, 8 Nov 2007: KELANTAN
Jumaat, 9 Nov 2007: KUALA TERENGGANU, TERENGGANU
Sabtu, 10 Nov 2007: TERENGGANU
Ahad, 11 Nov 2007: KUANTAN, PAHANG


Cuma masalahnya aku tak tahu nak tayangkan kat mana? Jadi di sini aku meminta bantuan dari kamu untuk tolong anjurkan tayangan filem 'Sepuluh Tahun Sebelum Merdeka' di balai raya, dewan masyarakat, sekolah, universiti, kolej, sekolah pondok, warung kopi, rumah kedai, reban ayam, "open house" hari raya, majlis perkahwinan, kilang, pejabat ataupun di rumah kamu sendiri!

Kalau tak ada projektor, tengok kat TV pun boleh. Kamu organise, dan aku akan datang. Boleh adakan sesi tayangan dan diskusi sekali. Aku akan sediakan flyers dan poster untuk kamu sebarkan, dan warwarkan dalam laman blog ini.

Ayoh! Ayoh! Bergerak sekarang dan jemput aku datang! Email jemputan kamu kepada aku di fahmireza@gmail.com

4 ulasan:

anak_perelih berkata...

saya cadangkan beberapa bahagian filem ini di perlahankan sedikit terutamanya pada timeline dan paparan dokumen/gambar... alih bahasa ke bahasa inggeris.. dan cuba usahakan untuk ditayangkan pada history chennel, discovery chennel dan national geographic...

Fahmi Reza berkata...

aku setuju, memang filem ini laju sedikit, macam masa keluar keratan2 akhbar, ada orang tak sempat nak baca.

tapi pasal alih bahasa ke bahasa inggeris, aku rasa tak perlu. filem ini sudah ada sarikata/subtitles untuk orang faham.

pasal tayangkan di channel2 tu, kalau boleh masuk memang bagus, tapi tahu sama ada boleh ke tak. sebab aku tak pernah tengok pun program tempatan di channel2 tu.

mungkin astro ria atau astro kirana boleh. ataupun al-jazeera. ada sesiapa sini yang ada contacts di sana?

Tanpa Nama berkata...

tahniah bruder...air mata teman mengalir laju. keep up the good work. bongkar cerita sebenar!!! emmm ramainya betul "komunis" melayu kena tangkap zaman darurat ye

j-nab berkata...

oiuh! meh lah mai umah mokcik. anak mokcik memang nak jumpa sangat dengan anak. katanya cinta pandang pertama sejak nampak anak keluar 8tv tempohari. mai la ya...