Jumaat, Februari 29, 2008

Ulasan Sejarawan Dr Cheah Boon Kheng tentang 10tahun

Semasa sesi diskusi dan soal-jawab selepas tayangan filem 10tahun di Penang waktu Freedom Filmfest tahun lepas, Dr Cheah Boon Kheng telah meluangkan masa untuk hadir bagi menjawab soalan dan berkongsi pandangan tentang subjek sejarah yang diketengahkan dalam dokumentari tersebut.

Dr Cheah Boon Kheng, seorang sejarawan terkemuka di Malaysia merupakan mantan Profesor Sejarah di Universiti Sains Malaysia (USM) Penang dan telah mengarang beberapa buah buku sejarah termasuk Masked Comrades: a Study of the Communist United Front in Malaya, 1945-48 (1979), dan Red Star Over Malaya: Resistance and Social Conflict during and after the Japanese Occupation of Malaya, 1941-1946 (1983).

Klik video di bawah untuk mendengar ulasan beliau.

Khamis, Februari 28, 2008

PKMM Bidas Dato' Onn

Berikut merupakan kenyataan media yang dikeluarkan oleh PKMM seminggu sebelum penubuhan PUTERA, beserta cadangan² mereka untuk perlembagaan baru Malaya.


MALAY NATIONALIST PARTY TO INTENSIFY CAMPAIGN AGAINST NEW PROPOSALS
Dato’ Onn Accused Of Preaching Racial Discord

KUALA LUMPUR, Feb. 15. – The Malay Nationalist Party is to intensify its Malaya-wide campaign for the jettisoning of the new Constitutional Proposals and the formulation of a democratic constitution for Malaya. This is disclosed in a press statement issued by the Headquarters of the Malay Nationalist Party last night.

Referring to Dato’ Onn’s recent speeches at Batu Pahat and Serkam, the statement charges the UMNO leader with preaching communal disharmony.

The following is the statement:-

There have been wide and strong protests against the 12-man committee Constitutional Proposals because the people are quite clear now that the Proposals are aimed at the introduction of a retrograde and undemocratic government with no real intention to give self-government to the people. Despite promises by the Government to bestow self-government to Malaya no concrete steps have been taken so far. Under pretensions that the Constitutional Proposals are leading to self- government, the Government is actually playing the old colonial policy under a new guise and nothing more.

A careful study of the Proposals will reveal that there is not the slightest sincerity to implement self-government, a government really responsible to the people. The Government even tries to demur the citizenship issue, the official language is still English and Singapore is cut away from Malaya. So where lies the test for self-government?

The Government had promised to consult widely with the people after the release of the 12-man committee Constitutional Proposals. But what has the Government done now? Instead of bravely and directly consulting the people, it has nominated a Consultative Committee to bar our way. The people have to present their views through this obstacle of a committee. What earthly right have they to deprive and obstruct our rights to direct negotiations? One really suspects if the Government really wants to consult the people at all?

Lately, inspired by the action of the MNP at its second congress at Melaka, the Malays everywhere are forming joint protests councils. The Malays are quickly realising the real situation now which had been cleverly hidden away from them. Even after Dato’ Onn’s frantic arguments and threats at the UMNO conference held in Kedah, some amendments were yet made on the Constitutional Proposals. The infantile and dangerous arguments used by Dato’ Onn that the Malays are not ready for self-government and so on unmasked his so-called patriotism to the Malay raayat.

Exasperated by the rapid awakening of the Malay raayat, especially of their genuine patriotism, Dato’ Onn lost control of himself. In this speech at Batu Pahat and Serkam lately, he started to preach communal disharmony as the President of the Lembaga Kesatuan Melayu Johore, Engku Abdullah bin Omar had pointed out. He also let loose a tirade against the MNP saying that the MNP leaders are a group of hot headed youth who had co-operated with the Japanese with intentions of discrediting the MNP and disrupting the struggle for freedom and democracy.

SOME QUESTIONS

May we ask Dato’ Onn what was he doing during the Japanese regime? Did he co-operated with of fight against the Japanese? Does Dato’Onn know that one of the founders of the MNP who was the first President, Mr. Mokhtaruddin, was resistance leader and fought against the Japanese. Does Dato’ Onn care to investigate that the MNP leaders have held or are holding various responsible posts such as journalists, magistrates, inspectors of schools, writers, religious leaders etc? Dato’ Onn also bragged of his leadership in the Anti-White Paper Campaign, but what is the result of his work? It is quite obvious to the masses now that Dato’ Onn was in fact not really working for the cause of the masses.

We shall continue to call for universal mass meetings to demand for real democratic self-government for the people and to protest against the undemocratic and retrograde constitution as tabulated in the Constitutional Proposals of the 12-man committee. We shall also demand for the immediate dissolution of the Consultative Committee and that the Government consult the people representatives directly.

EIGHT PROPOSALS

We take this opportunity of the visit of Mr. Ivor Thomas to acquaint him with our proposals for a democratic and new Malaya.

  1. A United Malaya including Singapore
  2. A populatly elected Central Government and popularly elected State councils
  3. The people to have a national flag and a national anthem
  4. Malay to be the official language
  5. Malay Sultans to have real sovereign power responsible to the people through popularly elected Councils
  6. The Constitution for New Malaya must provide special privileges for the advancement of the Malays politically, economically and educationally
  7. Malay customs and religion to be fully controlled by the Malay people through special councils
  8. Equal citizenship rights for all those who make Malaya as their permanent home and the object of their undivided loyalty


Klik pada imej untuk besarkan.


Sumber: Akhbar The Malaya Tribune, 15 Feb 1947

Rabu, Februari 27, 2008

Kartun Politik: Angin Federation (1948)

Klik pada imej untuk besarkan.

Kartun politik dalam gambar di atas diambil dari akhbar Majlis bertarikh 5 Jan 1948 menunjukkan bahtera U.M.N.O. memintas sampan² P.K.M.M, C.J.A, PUTERA dan M.D.U. menuju ke pelabuhan Federation of Malaya.

Sumber: Akhbar Majlis, 5 Jan 1948

Selasa, Februari 26, 2008

Now Available on DVD

10tahun DVD Poster


10 Tahun Sebelum Merdeka is now available on DVD for only RM10 from these shops:

THE RICECOOKER SHOP
2.03, Mezzanine Floor,
Central Market Annexe,
Jalan Hang Kasturi,
Kuala Lumpur

THE SUPER SUNDAY CONCEPT STORE
No. 4, Bukit Bintang Monorel Station,
Jalan Sultan Ismail,
Bukit Bintang,
Kuala Lumpur

DOLLS STORE
87 Basement,
Jln Bulan,
Off Jalan Bukit Bintang,
Kuala Lumpur

*Proceeds from the sale of this DVD will go towards funding our next independent d.i.y. documentary film

Jumaat, Februari 22, 2008

Hari ini dalam tahun 1947: 22 Februari

putera

Pusat Tenaga Ra'ayat (PUTERA) Lahir

Hari ini dalam tahun 1947, Pusat Tenaga Ra'ayat atau PUTERA telah ditubuhkan semasa persidangan besar badan² politik kiri Melayu di Markas Besar PKMM di Batu Road, Kuala Lumpur. Lebih dari 100 badan² politik dan persatuan² dari seluruh Malaya dan Singapura telah menghantar wakil dalam persidangan itu, termasuklah Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM), Angkatan Pemuda Insaf (API), Angkatan Wanita Sedar (AWAS), Barisan Tani Se-Malaya (BATAS), Gerakan Angkatan Muda (GERAM), Lembaga Persatuan Melayu Johor, serta lain-lain persatuan² yang kecil. PUTERA telah dipengerusikan oleh Naib Yang Dipertua PKMM, Ishak Hj Muhammad.

Terdapat 14 dasar yang menjadi prinsip perjuangan PUTERA:

  1. Malaya Bersekutu termasok Singapore dan lain² pulau sakelilingnya
  2. MELAYU ialah Kebangsaan Malaya
  3. Bahasa Melayu ialah bahasa resmi Malaya
  4. Bendera Kebangsaan dan lagu Kebangsaan untok Sa-Malaya ditetapkan bagi mendapat Malaya Bersekutu dan Malaya Merdeka
  5. Kerajaan Pusat Malaya dan Kerajaan negeri yg sapenoh²nya dilantek oleh Raayat jelata
  6. Raja² Melayu sabenar-nya Raja yang berdaulat yang berketanggongan kepada raayat menerusi Majlis Mashuarat yang dilantek raayat
  7. Perlembagaan Melayu Baharu mestilah mempunyai sharat² yang khas untok kemajuan Politic, Economy, Pelajaran Bangsa Melayu yang mempunyai hak Pertuanan Malaya
  8. Ugama Islam dan Adat Istiadat Melayu sapenohnya dikuasai oleh raayat jelata bangsa Melayu menerusi Majlis Mashuarat yang istimewa
  9. Hak² kerakyatan yang sama rata bagi orang² yang mahu tinggal tetap di-Tanah Melayu ini dan yang mengaku dengan sumpah tidak taat setia kepada mana² negeri selain daripada Malaya ialah mengikut sharat yang ditetapkan
  10. Soal pertahanan dalam serta perkara² luar terserah kepada pusat pemerintahan bersama dgn Kerajaan British buat sementara
  11. Menolak bulat² chadangan Perlembagaan Malaya Federation
  12. Menuntut Jawatan Kuasa Perundingan dimansokhkan
  13. Menuntut Kerajaan mengadakan perundingan baharu dengan badan Politik berhubong dengan Perlembagaan Malaya
  14. Mendesak Sultan² dan Pekembar jangan menerima chadangan Perlembagaan Malaya 

Nama PUTERA diilhamkan dari nama pertubuhan yang dipimpin oleh Sukarno semasa zaman pemerintahan Jepun di Indonesia.

Klik pada imej untuk besarkan.


Sumber: Akhbar The Malaya Tribune, 23 Feb 1947 dan Majalah Kenchana, bilangan 3, Mac 1947

Ahad, Februari 17, 2008

Bendera Rakyat (1947)


Bendera Rakyat telah dikibarkan secara rasmi di seluruh Malaya pada 10 Dis 1947. Menurut akhbar Utusan Melayu, hampir semua bandar² dan pekan² termasuk Melaka, Johor Bahru, Kuantan, Sungai Siput, Alor Setar dan Singapura telah mengadakan istiadat menaikkan bendera tersebut.

Semasa istiadat mengibarkan Bendera Rakyat di bangunan Malayan Democratic Union (MDU) di Singapura pada pagi 10 Dis 1947, Taha Kalu, Setiausaha Agung Pusat Tenaga Rakyat (PUTERA) telah menerangkan:

Bendera Rakyat yang baru kita naikkan ini ialah sebagai cogan persatuan rakyat yang berjiwa maju progresif. Bendera ini telah sama² diukir dan diputuskan oleh dua badan gabungan yang besar di Malaya, iaitu Pusat Tenaga Rakyat dan Majlis Bergerak Serentak Se-Malaya. Bendera ini kita namakan Bendera Rakyat, kerana ia adalah satu gambaran atau satu tanda, tegasnya satu cogan merupakan persatuan rakyat seluruh Malaya. Persatuan yang kita yakini akan bertahan kuat perdiriannya tiap² hari.

Maksud disebalik simbol² dalam Bendera Rakyat:

12 biji bintang

  • 12 negeri yang bergabung di Malaya
  • 9 Negeri Melayu (Perak, Selangor, Negeri Sembilan, Pahang, Terengganu, Perlis, Kelantan, Kedah, Johor)
  • 3 Negeri Selat (Pulau Pinang, Melaka, Singapura)
Warna kuning bintang
  • Keadilan dan kedaulatan rakyat
  • Perlembagaan Rakyat diiktiraf
  • Membayangkan semua negeri dalam keadaan aman dan makmur

Bintang berbucu lima

  • Ketuhanan
  • Kedaulatan rakyat
  • Keadilan sosial
  • Kebajikan
  • Kebangsaan

Warna merah

  • Keberanian dan kuasa kemahuan rakyat untuk menentang semua rintangan² supaya tercipta keadilan dan demokrasi di Malaya
Warna putih
  • Perjuangan yang didasarkan kepada kejujuran dan kesucian untuk mencapai kebebasan yang teratur dan tidak berdasarkan kepada haloba dan tamak, tetapi hanya dengan membawa cita² yang satu iaitu pemerintahan sendiri yang berdasarkan kepada kedaulatan rakyat


Warna Merah Putih mempunyai riwayat yang tertentu bagi penduduk² di Malaya dan telah dipilih dengan persetujuan PUTERA dan AMCJA kerana ia merupakan warna bendera kebangsaan Melayu di zaman Kerajaan Majapahit semasa abad yang keempat belas dahulu.





Sumber: Akhbar Utusan Melayu, 11 Dis 1947 dan akhbar The Straits Times, 11 Nov 1947

Sabtu, Februari 16, 2008

Perlembagaan Rakyat vs. Perlembagaan Federation (Uncut version)



Ini versi awal untuk babak Perlembagaan Rakyat vs. Perlembagaan Federation yang lebih panjang dan mengandungi 4 perbandingan extra berbanding versi filem.

Menampilkan watak 'cameo' Mark Teh sebagai Sultan!

Jumaat, Februari 15, 2008

Kartun Politik: Menanam Federation (1947)

Klik pada imej untuk besarkan.

Kartun politik dalam gambar di atas diambil dari akhbar Majlis bertarikh 13 Okt 1947, seminggu sebelum Hartal. Bahagian akar pokok dalam kartun itu tertulis perkataan 'Federation'. 9 helai daun cabang belah atas tertulis nama 9 Negeri² Melayu; Perak, Selangor, N. Sembilan, Pahang, Terengganu, Perlis, Kelantan, Kedah dan Johor. 2 helai daun cabang belah bawah tertulis nama 2 Negeri Selat; Pulau Pinang dan Melaka. 1 helai daun yang patah di atas tanah berlabel 'Singapura'.

Lengan baju Melayu tangan kanan yang memegang pokok belah bawah berlabel 'Sultan² dan Pekembar bersatu padu'. Lengan baju kot hitam tangan kanan yang memegang pokok belah atas berlabel 'Penaung'.

Kartun ini diiringi dengan dua rangkap pantun 6 baris yang berbunyi:
"Menanam Federation hampirlah gerangan,
Menurut kehendak si tangan kanan,
Penaung yang adil memberi sokongan,
Biarpun merentak satu golongan,
Kita berdoa kepada Khaliq Al-Bukhari*,
Apakala ditanam hiduplah pasti.

Berbuahkan kebajikan kepada negeri,
Untuk membela Melayu jati,
Kepada pembesar yang sangat diharap,
Jangan seperti lampu yang malap,
Bukan kecil benda diharap,
Tuntut yang hak betulkan yang khilap**."

* Tuhan
** Salah


Sumber: Akhbar Majlis, 13 Okt 1947

Khamis, Februari 14, 2008

Kartun Politik: Federation of Malaya (1947)

Klik pada imej untuk besarkan.

Kartun politik dalam gambar di atas diambil dari akhbar Majlis bertarikh 22 Dis 1947. Federation of Malaya yang sepatutnya diisytihar secara rasmi menggantikan Malayan Union pada 1 Jan 1948 terpaksa ditunda kerana bantahan dan tentangan dari rakyat Malaya yang bergabung dalam PUTERA-AMCJA.

Kartun ini menunjukkan rintangan yang terpaksa dihadapi oleh UMNO dalam rancangannya dengan penjajah British untuk melaksanakan Federation of Malaya ciptaan mereka. Aku yakin kamu pasti kenal siapa pemimpin UMNO yang dikarikatur dalam kartun di atas.

Federation of Malaya akhirnya berjaya mereka tubuhkan pada 1 Feb 1948. Kesemua 9 Negeri² Melayu kembali kepada taraf negeri naungan di bawah Empayar British manakala 2 Negeri Selat, Penang dan Melaka terus kekal sebagai tanah jajahan. Raja² Melayu secara simbolik kembali menjadi pemerintah di negeri masing² di bawah telunjuk British.


Sumber: Akhbar Majlis, 22 Dis 1947

Rabu, Februari 13, 2008

Kartun Politik: Hartal Se-Malaya (1947)

Klik pada imej untuk besarkan.

Kartun politik dalam gambar di atas diambil dari majalah Kenchana bilangan 12, bertarikh 1 Nov 1947, sepuluh hari selepas mogok Hartal Se-Malaya. Kenchana merupakan majalah bulanan tulisan rumi yang diterbitkan 2 kali sebulan di Singapura di bawah ketua pengarang Harun Aminurrashid.


Sumber: Majalah Kenchana, Bilangan 12, 1 Nov 1947

Kartun Politik: Hartal (1947)

Klik pada imej untuk besarkan.

Kartun politik dalam gambar di atas diambil dari akhbar Majlis bertarikh 27 Okt 1947, seminggu selepas mogok Hartal Se-Malaya. Meriam buluh yang diletupkan dalam kartun itu berlabel 'Hartal'. Kartun ini diiringi dengan serangkap pantun sindiran yang berbunyi:
"Di sana sini berdempang dempung,
Putera dan rakannya membedilkan betung,
Tegak serentak bersama Ah Chong,
Tetapi hartal tak bererti langsung."


Sumber: Akhbar Majlis, 27 Okt 1947

Selasa, Februari 12, 2008

Kartun Politik: Malaya Hak Melayu (1947)

Klik pada imej untuk besarkan.

Selepas Perang Dunia Kedua, dua suratkhabar utama tulisan jawi di Malaya ialah akhbar Majlis dari Kuala Lumpur dan akhbar Utusan Melayu dari Singapura. Sidang pengarang Majlis lebih pro-kanan manakala Utusan Melayu lebih pro-kiri.

Kartun politik dalam gambar di atas diambil dari akhbar Majlis bertarikh 6 Sept 1947. Kartun politik yang sama boleh dilihat dalam filem 10 Tahun Sebelum Merdeka. Tajuk yang terpampang di sebelah bawah kartun itu bertulis 'Malaya Hak Melayu'.

Di sebelah kiri atas kartun tersebut terdapat karikatur Gabenor Malayan Union, Edward Gent yang berkata:
"Malaya hak Melayu! Melayu tak ada negeri lain. Negeri China hak Cina. Negeri India hak Indian. Kamu orang dagang bila² suka ada negeri tempat kamu pindah."

Di bawah karikatur Edward Gent terdapat tiga karikatur "orang dagang" yang berdiri di atas jambatan: karikatur pedagang Cina, karikatur ceti India dan karikatur Dr. Burhanuddin Al-Helmy (PKMM) yang dilabel 'DR'. Karikatur pedagang Cina tersebut berkata (ditulis dengan pelat):

"Gua tak suka Fedelesyen. Fedelesyen atak, tentu Melayu sinang."

Di sebelah kanan atas pula terdapat karikatur seorang petani Melayu yang memegang padi, berdiri di tengah sawah di bawah bendera UMNO yang berkibar di hadapan rumahnya, sambil tersenyum.

Kartun politik ini juga disertakan dengan dua rangkap pantun yang berbunyi:

"Apabila Federation hampir terserlah,
Melayu nampaknya mendapat faedah,
Pekemam Putera mengapa gelisah?
Dengkikan Melayu mendapat tuah!"

"Negeri Melayu hak Melayu,
Ikan senohong bukannya yu,
Ah Chong tak boleh bertukar bulu,
Ramasamy tetap bercorak Hindu."

Menurut Yahya Nassim (PKMM) dalam filem 10 Tahun Sebelum Merdeka, propaganda 'Ah Chong, Ramasamy' ini juga selalu dimainkan oleh akhbar pro-kanan seperti Majlis untuk "membencikan orang kepada kita", iaitu golongan progresif dalam PKMM dan PUTERA yang telah bekerjasama dengan semua kaum di Malaya untuk bersatu menentang cadangan Federation dan menuntut kemerdekaan dari penjajah British.

Klik pada imej untuk besarkan.


Sumber: Akhbar Majlis, 6 Sept 1948

Isnin, Februari 11, 2008

Royal Commission on the Constitutional Proposals for Malaya

Klik pada imej untuk besarkan.

Surat rasmi dalam gambar di atas bertarikh 25 Okt 1947, lima hari selepas protes Hartal Se-Malaya, telah dihantar oleh Associated Chinese Chamber of Commerce of Malaya (Dewan Perniagaan Cina Se-Malaya) kepada Secretary of State for the Colonies di London bagi meminta ditubuhkan satu Suruhanjaya Di Raja bagi mengkaji semula cadangan Perlembagaan Federation yang dibantah secara besar²an oleh rakyat Malaya pada ketika itu.
"Indicative of the widespread dissatisfaction, there was an almost complete cessation of work and business throughout the length and breadth of Malaya from dawn to midnight on that day. Malays, Chinese, Indians and others participated in the move, showing that the opposition to the present Proposals is neither sectional nor communal, nor the result of simply party demands but of the upward surge of a widespread desire for a new ideal of Malayan unity in which all can work together without any communal emphasis."

Malangnya, permintaan ini tidak dilayan oleh penjajah British. Tiada sebarang Royal Commission ditubuhkan. Kerajaan Kolonial British meneruskan polisi 'pecah-dan-perintah' dan tetap berpegang pada perjanjian antara mereka dengan golongan feudal Raja² Melayu dan UMNO.

Seruan Hartal Se-Malaya oleh ACCC bertarikh 5 Okt 1947

Klik pada imej untuk besarkan.

Poster/selebaran di atas telah dikeluarkan oleh Associated Chinese Chamber of Commerce of Malaya (Dewan Perniagaan Cina Se-Malaya) pada 5 Okt 1947 bagi menyokong tindakan protes Hartal Seluruh Malaya anjuran PUTERA-AMCJA.

Klik sini untuk dengar dan baca seruan Hartal yang dikeluarkan oleh PUTERA-AMCJA.

Khamis, Februari 07, 2008

Xin Nian Kuai Le!


10 Tahun Sebelum Merdeka (no subtitles)

Sempena Tahun Baru Cina yang mulia, kami tujukan filem ini kepada Lim Kean Chye dan semua veteran² politik kiri yang telah banyak berjasa dan berjuang untuk membebaskan tanahair kita dari jiwa penghambaan dan penjajahan. Cita-cita rakyat untuk sebuah negara Merdeka yang lebih adil dan saksama untuk semua rakyat, akan terus kami perjuangkan sampai bila². Selamat Tahun Baru Cina, Xin Nian Kuai Le, kongsi itu kuasa.

Ahad, Februari 03, 2008

Deleted Scene "Ini pasu bunga"



'Deleted scene' dari filem 10 Tahun Sebelum Merdeka.

Babak ini asalnya bertujuan untuk perkenalkan 2 lagi parti "kiri", API dan AWAS. Serta untuk ceritakan kenapa penjajah British tak suka golongan "kiri". Zainuddin Andika punya cerita, "Ini pasu bunga..." pasal pembodohan orang Melayu oleh penjajah British memang antara cerita yang terbaik pernah aku dengar.

Dalam filem 10tahun, babak ni sepatutnya keluar selepas PKMM diperkenalkan. Sayangnya, ia terpaksa dipotong sebab kacau sikit dengan alunan naratif dan melambatkan perjalanan cerita.

Satu lagi benda yang menarik dalam klip ni ialah cara Yahya Nassim dan Hashim Said sebut nama API. Mereka eja huruf roman A-P-I, dan bukan sebut perkataan 'api' seperti yang kita sangka.

Sabtu, Februari 02, 2008

10tahun @ RE-MIX Junkyard Sale

RE-MIX @ Palate Palette
Apa? // Junkyard sale
Mana? // Palate Palette, KL
Bila? // Ahad, 3 Feb 2008, 1 petang sampai 7 malam
Kenapa? // Beli DVD, pagoda & t-shirt 10tahun!



Jom!