
Empower's 2nd KopiOnite presents 10 Tahun Sebelum Merdeka
Free film screening & discussion with the filmmaker Fahmi Reza
Click here for map and directions
Khamis, Januari 17, 2008
10tahun @ Empower's 2nd KopiOnite
Dicatat oleh
Fahmi Reza
di
4:10 PG
0
ulasan
Kategori: Masa Tayangan
Rabu, Disember 05, 2007
10tahun @ RANtAi
Tarikh: Jumaat, 14 Disember 2007
Masa: 8:30 malam
Tempat: M.I.A. Arthouse, 153 Jalan Ampang, Kuala Lumpur (Belakang Pelita Nasi Kandar sebelah KLCC)
Tiket: PERCUMA!
Info: rantai-art.blogspot.com // myspace.com/rantai
'Sepuluh Tahun Sebelum Merdeka' akan ditayangkan dalam acara RANtAi Art Event 2007 anjuran Kolektif Seni Rantai yang akan berlangsung dari 12 hingga 16 Disember 2007. Kamu bisa dapatkan DVD dan t-shirt 10tahun semasa acara ini nanti. Jangan ketinggalan na!
Dicatat oleh
Fahmi Reza
di
3:04 PTG
5
ulasan
Kategori: Masa Tayangan
Jumaat, November 02, 2007
10tahun D.I.Y Film Tour
Penjelajahan pendek filem Sepuluh Tahun Sebelum Merdeka ke utara semenanjung.
Sabtu / 3 Nov 2007 / 8:00 malam
Dewan Sri Pinang, Pulau Pinang
info: bangsamalaysiapenang@gmail.com
Ahad / 4 Nov 2007 / 8:30 malam
Rumah Persatuan Penggerak Warisan Budaya (AKRAB), Alor Star, Kedah
info: 019-563 5036
Isnin / 5 Nov 2007 / 8:30 malam
Selimut Hati Kafe, Kota Bharu, Kelantan
info: 019-959 5560 / merahdanhitam@yahoo.com / www.papakerma.com
Selasa / 6 Nov 2007 / 3:00 petang
Abada Bookstop (Sabasun), Kuala Terengganu, Terengganu
info: 017-904 7790 / hikmah_0901@yahoo.com
Aku akan berada di setiap lokasi untuk sesi diskusi selepas tayangan filem itu nanti. Ayuh jumpa di sana!
Dicatat oleh
Fahmi Reza
di
7:44 PG
7
ulasan
Kategori: DIY Marketing, Masa Tayangan
Selasa, Oktober 30, 2007
10tahun di Sekolah
'Sepuluh Tahun Sebelum Merdeka' telah ditayangkan buat pertama kali untuk 130 pelajar tingkatan 3 di sebuah sekolah menengah di Penang pada 29 Oktober 2007. Soalan pertama yang pelajar-pelajar ini utarakan semasa sesi diskusi, "Kenapa sejarah ini tak ada dalam buku teks?"

Foto oleh Syarifah Hadli
Dicatat oleh
Fahmi Reza
di
9:50 PG
5
ulasan
Kategori: Masa Tayangan
Rabu, Oktober 24, 2007
Tayangan 'Sepuluh Tahun Sebelum Merdeka' di Utara
Kehadapan rakyat jelata sebelah utara tanahair di Perlis, Kedah, Penang, Kelantan dan Terengganu. 'Sepuluh Tahun Sebelum Merdeka' ingin ditayangkan di negeri kamu!
Aku akan berada di lokasi2 ini di tarikh2 berikut:
Ahad, 4 Nov 2007: BUTTERWORTH, PENANG
Isnin, 5 Nov 2007: ALOR STAR, KEDAH
Selasa, 6 Nov 2007: KANGAR, PERLIS
Rabu, 7 Nov 2007: KOTA BHARU, KELANTAN
Khamis, 8 Nov 2007: KELANTAN
Jumaat, 9 Nov 2007: KUALA TERENGGANU, TERENGGANU
Sabtu, 10 Nov 2007: TERENGGANU
Ahad, 11 Nov 2007: KUANTAN, PAHANG
Cuma masalahnya aku tak tahu nak tayangkan kat mana? Jadi di sini aku meminta bantuan dari kamu untuk tolong anjurkan tayangan filem 'Sepuluh Tahun Sebelum Merdeka' di balai raya, dewan masyarakat, sekolah, universiti, kolej, sekolah pondok, warung kopi, rumah kedai, reban ayam, "open house" hari raya, majlis perkahwinan, kilang, pejabat ataupun di rumah kamu sendiri!
Kalau tak ada projektor, tengok kat TV pun boleh. Kamu organise, dan aku akan datang. Boleh adakan sesi tayangan dan diskusi sekali. Aku akan sediakan flyers dan poster untuk kamu sebarkan, dan warwarkan dalam laman blog ini.
Ayoh! Ayoh! Bergerak sekarang dan jemput aku datang! Email jemputan kamu kepada aku di fahmireza@gmail.com
Dicatat oleh
Fahmi Reza
di
3:59 PTG
4
ulasan
Kategori: Masa Tayangan
Selasa, Oktober 23, 2007
10tahun di Monash
Foto oleh Yeoh Seng Guan
Bangunan baru, bilik tayangan besar, alatan audio-visual serba canggih... malangnya crowd tak seberapa. 8 orang saja penuntut yang datang untuk tayangan 'Sepuluh Tahun Sebelum Merdeka' tadi. Mungkin tajuk filem ni tak cukup menarik untuk tarik orang datang menonton. Crowd paling kecil setakat ni. Tapi aku tak kisah, kalau sorang saja yang datang pun aku tetap akan layan.
Walau apa pun, sesi diskusi tetap menarik. Seperti biasa aku akan mula dengan bertanya soalan2 seperti "Jadi, apa fikiran korang tentang filem tadi?" dan "Siapa kat sini yang tak pernah tahu pun pasal sejarah ni?" diikuti dengan "Kenapa korang rasa sejarah ni tak dimasukkan dalam buku teks sejarah sekolah?"
Untuk soalan terakhir tu, seorang gadis berkaca mata telah menjawab, "Revolusi." Semua orang tergelak sambil menoleh ke arahnya, menantikan penjelasan. Gadis itu menyambung, "Ya lah, mereka tak mahu kita tahu pasal People Power, tentang sejarah rakyat yang bersatu untuk buat perubahan. Sebab kalau rakyat tahu, susah mereka nanti."
Apa korang fikir?
Dicatat oleh
Fahmi Reza
di
10:12 PTG
6
ulasan
Kategori: Masa Tayangan
Isnin, Oktober 22, 2007
Tayangan 'Sepuluh Tahun Sebelum Merdeka' di Kuala Lumpur
Tarikh: Khamis, 25 Oktober 2007
Masa: 9:00 malam
Tempat: Palate Palette Restaurant & Bar (Upstairs Lounge), 21 Jalan Mesui, off Jalan Nagasari, 50200 Kuala Lumpur
Tiket: PERCUMA!
Info: 03-2142 2148 / hello@palatepalette.com
'Sepuluh Tahun Sebelum Merdeka' akan ditayangkan dalam acara Anything Goes, Anything Shows! anjuran Palete Palette. Turut ditayangkan ialah filem 'She's My Son' oleh Indrani Kopal dan 'Forgotten' oleh Ong Boon Keong.
Tonton promo di bawah dari NTV7 untuk melihat ketiga2 pengarah bercakap tentang filem masing2.
*Special offer: Bring along your thumbdrive/external harddisk to copy 'Sepuluh Tahun Sebelum Merdeka' DVDRip .vob file (1.6GB) or 600x480 .avi file (287.4MB) from me for free!
Dicatat oleh
Fahmi Reza
di
2:19 PTG
2
ulasan
Kategori: Masa Tayangan
Tayangan 'Sepuluh Tahun Sebelum Merdeka' di Monash University
Tarikh: Selasa, 23 Oktober 2007
Masa: 12:00 tengahari
Tempat: Plenary Theatre, Ground Floor, Monash University, Bandar Sunway, PJ
Perhatian kepada penuntut Monash University dan Sunway University College! Jangan lepas peluang untuk menonton filem dokumentari pendek 'Sepuluh Tahun Sebelum Merdeka' dan turut serta dalam sesi diskusi bersama aku selepas tayangan itu nanti. Ayuh, jumpa di sana!
Dicatat oleh
Fahmi Reza
di
2:07 PTG
0
ulasan
Kategori: Masa Tayangan
Ahad, Oktober 21, 2007
10tahun di Kajang
Tanggal 20 Oktober 2007, aku telah menyambut Hari Hartal ku dengan berkunjung ke rumah Yahya Nassim untuk tayangan istimewa filem 'Sepuluh Tahun Sebelum Merdeka' untuknya.
Inilah kali pertama beliau melihat filem ini.
Duduk di atas kerusi rodanya menghadap televisyen di ruang tamu, beliau berseloroh selepas 5 saat filem aku dipasang, "Itu siapa tu?" sambil menuding telunjuknya ke arah tv.
Aku menjawab "Itu Uztaz Yahya lah tu!" Kita sama-sama tertawa.
Beliau tersenyum setiap kali mukanya terpapar di kaca televisyen. Selepas tamat menonton beliau bersuara, "Filem ni tekniknya bagus... suara, gambar, muzik, semuanya padan. Kalau dilihat oleh orang UMNO ni, apa rasanya mereka kata ya?"
Selamat Hari Hartal Uztaz Yahya Nassim. Terima kasih atas sumbanganmu.
Dicatat oleh
Fahmi Reza
di
1:26 PG
3
ulasan
Kategori: Masa Tayangan
Selasa, Oktober 09, 2007
10tahun di Universiti Sains Malaysia
Petang Isnin, 8 Okt yang lalu aku sempat buat sesi tayangan & diskusi filem 10tahun untuk 15 orang penuntut Drama & Teater USM, bertempat di Panggung Sasaran. Terima kasih kepada Michelle dan Janet yang telah menjemput aku.
Setakat ini, maklum-balas yang paling kerap aku perolehi dari pelajar universiti bila ditanya perasaan mereka selepas menonton filem 10tahun ialah "bengang kerana rasa telah ditipu oleh buku teks sejarah waktu sekolah dulu..."
Dicatat oleh
Fahmi Reza
di
7:53 PTG
0
ulasan
Kategori: Masa Tayangan
10年 di Penang II
"Sepuluh Tahun Sebelum Merdeka" telah kembali ke Penang buat kali kedua atas jemputan SUARAM Penang, Persatuan Graduan Belia Penang (檳州大專畢業生青年協會), HCTV News (Kolej Han Chiang) dan Phoenix Friendship Foundation (鳳凰友好聯誼會).
Malam pertama, 6 Okt, 80 orang datang. Malam kedua, 7 Okt, 20 orang datang. Terima kasih kepada Shushi dan Soo Ling yang telah menjemput aku, Chia Ming dan Sook Hwa untuk tempat tinggal. Dan buat Syefa, thank you for the good times in search of deer, merintis jalan ke punchak teluk bahang, ke arah hidup popular di chowrasta dan sentuhan hujan dalam bas kuning.
Dicatat oleh
Fahmi Reza
di
7:52 PTG
1 ulasan
Kategori: Masa Tayangan
Jumaat, Oktober 05, 2007
10tahun di Universiti Malaya
Aku baru balik dari sesi diskusi dengan beberapa penuntut UM yang sempat menonton filem 10tahun waktu tayangan di UM tempoh hari. Terima kasih atas feedback terhadap filem aku dan juga soalan2 menarik yang mencabar pengetahuan dan pendirian aku tentang soal sejarah.
Terima kasih buat Maimuna dan Rohana yang menjemput aku untuk sesi tayangan & diskusi buat penuntut kelas Gender Studies hari Selasa, 2 Okt lalu.
Terima kasih buat Selena yang menjemput aku untuk sesi tayangan & diskusi buat penuntut Fakulti Undang-undang hari Rabu, 3 Okt lalu. Walaupun tak ramai datang, diskusinya tetap mantap.
Ini dia buku yang menerbitkan semula dokumen Perlembagaan Rakyat 1947, boleh dibeli dari Kinibooks dengan harga RM13 sahaja.
Kepada geng penuntut Sejarah yang aku jumpa tadi, aku harap korang akan cuba adakan sesi tayangan & diskusi filem 10tahun ni untuk kelas korang lepas Raya nanti!
Dicatat oleh
Fahmi Reza
di
12:14 PG
0
ulasan
Kategori: Masa Tayangan
Rabu, Oktober 03, 2007
Tayangan & diskusi filem 10tahun di Penang

Tarikh: Sabtu & Ahad, 6 & 7 Okt 2007
Masa: 8:30 malam
Tempat: Kolej Han Chiang,
Jalan Lim Lean Teng,
Georgetown, Penang
Tiket: PERCUMA!
Sebuah program anjuran SUARAM Penang, PENYOUGRAD dan Phoenix Friendship Association.
Untuk maklumat lanjut, sila hubungi:
Shushi 012-875 6179 / suarampg@hotmail.com
Soo Ling 012-558 9633 / penyougrad@yahoo.com
Dicatat oleh
Fahmi Reza
di
7:43 PG
2
ulasan
Kategori: Masa Tayangan
Selasa, Oktober 02, 2007
10tahun di JB
Akhirnya Freedom Filmfest 2007 telah selesai setelah menjelajah ke tiga lokasi: KL, Penang dan Johor. 'Sepuluh Tahun Sebelum Merdeka' telah ditayangkan untuk kali terakhir di Auditorium JOTIC untuk 60 orang warga Johor dan Singapura Jumaat lalu.
Terima kasih kepada koordinator FFF JB, Adrian dan William yang telah bekerja keras untuk menjayakannya. Terima kasih juga buat Effa dan semua warga KOMAS yang berjaya menganjurkan FFF 2007 dengan penuh sukses!
Semalam, aku sempat turun ke Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Skudai untuk sesi tayangan dan diskusi filem 10tahun untuk sedozen pelajar di sana.
Hari ini dan esok aku akan ke Universiti Malaya (UM) untuk 2 sesi tayangan dan diskusi filem 10tahun untuk pelajar Fakulti Sastera & Sains Sosial dan juga Fakulti Undang-undang.
Hujung minggu ni, 6 & 7 Oktober, aku akan turun semula ke Penang untuk 2 sesi tayangan dan diskusi filem 10tahun anjuran SUARAM Penang.
Dicatat oleh
Fahmi Reza
di
9:56 PG
2
ulasan
Kategori: Masa Tayangan
Rabu, September 26, 2007
Tayangan 'Sepuluh Tahun Sebelum Merdeka' di Johor Bahru!

Tarikh: Jumaat, 28 Sept 2007
Masa: 8:00 malam (Block A)
Tempat: JOTIC Auditorium,
Suite 5-2, Johor Tourist Information Centre (JOTIC),
No. 2, Jalan Ayer Molek, JB
Tiket: PERCUMA!
Tayangan terakhir untuk Freedom Film Fest 2007 selepas KL dan Penang. Jangan lupa tempah tiket awal2 melalui emel. fffreservations@gmail.com
Dicatat oleh
Fahmi Reza
di
9:50 PTG
0
ulasan
Kategori: Masa Tayangan
10tahun di Sunway University College
Aku telah hadiri satu sesi tayangan dan diskusi filem 'Sepuluh Tahun Sebelum Merdeka' untuk pelajar Department of Perfomance+Media di Rooftop Theatre, Sunway University College tengahari tadi.
Terima kasih kepada Puay Tin kerana menjemput aku. Terima kasih kepada semua pelajar yang datang dan telah memberi komen dan kritikan yang bernas masa diskusi tadi.
Kalau kamu seorang pensyarah/lecturer dan mahu membuat sesi tayangan dan diskusi filem 'Sepuluh Tahun Sebelum Merdeka' untuk pelajar kolej/universiti kamu, sila email aku di fahmireza@gmail.com
Dicatat oleh
Fahmi Reza
di
7:04 PTG
0
ulasan
Kategori: Masa Tayangan
Selasa, September 25, 2007
Tayangan semula 'Sepuluh Tahun Sebelum Merdeka' di KL hari ini!

Tarikh: Selasa, 25 Sept 2007
Masa: 9:00 malam
Tempat: The Annexe, Central Market, KL (tingkat 3)
Tiket: PERCUMA!
Jangan lepaskan peluang kedua untuk menonton filem dokumentari yang telah dinobatkan sebagai "Most Outstanding Human Rights Film" pada Freedom Filmfest 2007!
Dicatat oleh
Fahmi Reza
di
2:11 PTG
6
ulasan
Kategori: Masa Tayangan
Isnin, September 24, 2007
10tahun di Penang
Aku nak ucapkan terima kasih kepada semua warga Pulau Pinang yang telah datang memenuhi ruang Actors Studio Greenhall untuk menonton filem 'Sepuluh Tahun Sebelum Merdeka' hari Jumaat lalu.
Aku amat terharu kerana Lim Kean Chye dan juga isteri telah meluangkan masa untuk hadir menonton dan juga berkongsi satu anekdot tentang peranan besar yang dimainkan oleh Tan Cheng Lock semasa diskusi selepas tayangan pada malam itu.
Terima kasih juga buat Dr. Cheah Boon Kheng, mantan profesor sejarah di Universiti Sains Malaysia (USM), Penang, yang telah turut sama hadir untuk sesi diskusi tersebut.
Syarifah Hadli, seorang mahasiswi USM telah menulis sebuah artikel berkenaan filem 'Sepuluh Tahun Sebelum Merdeka' dalam laman blog pelajar Pusat Pengajian Komunikasi USM, Komunikasi Kampus!
Klik sini untuk baca: history can be so cool
Kalau kamu ada menulis artikel/review dalam blog kamu, sila letakkan link atau tulis lah pendapat kamu di sini.
Dicatat oleh
Fahmi Reza
di
1:42 PTG
3
ulasan
Kategori: Film Reviews, Masa Tayangan
Khamis, September 20, 2007
Tayangan 'Sepuluh Tahun Sebelum Merdeka' di Pulau Pinang!

Tarikh: Jumaat, 21 Sept 2007
Masa: 8:00 malam (Block A)
Tempat: The Actors Studio Greenhall,
Ground Floor, Zhong Zheng School Memorial Centre,
32 Lebuh Light, Penang
Tiket: PERCUMA!
Untuk buat tempahan tiket bagi filem 'Sepuluh Tahun Sebelum Merdeka', sila hantarkan emel berserta nama, nombor telefon, jumlah tiket dan sesi tayangan (Block A) kepada fff.penang@gmail.com
Layari Freedom Filmfest 2007 untuk maklumat lanjut.
Klik sini untuk baca apa orang KL kata pasal filem ni.
Mai gi nonton! Jumpa hang di sana!
Dicatat oleh
Fahmi Reza
di
12:23 PG
2
ulasan
Kategori: Masa Tayangan
Selasa, September 18, 2007
Tayangan semula 'Sepuluh Tahun Sebelum Merdeka' di KL!

Tarikh: Selasa, 25 Sept 2007
Masa: 9:00 malam
Tempat: The Annexe, Central Market, KL (tingkat 3)
Tiket: PERCUMA!
Jangan lepaskan peluang kedua untuk menonton filem dokumentari yang telah dinobatkan sebagai "Most Outstanding Human Rights Film" pada Freedom Filmfest 2007!
Dicatat oleh
Fahmi Reza
di
5:15 PTG
0
ulasan
Kategori: Masa Tayangan





