Rabu, September 19, 2007

Promo dalam NTV7, 19 Sept 2007


Promo Freedom Filmfest 2007 dan Award Ceremony FFF07 pada 16 Sept lalu, dalam program 'The Breakfast Show' di NTV7 pada 19 Sept 2007.

Dalam Award Ceremony sewaktu menerima trofi FFF07 untuk "Most Outstanding Human Rights Film", aku telah berkata:

"Aku nak tujukan kemenangan ini buat semua tokoh2 dalam badan politik kiri yang telah turut sama menyumbang dalam sejarah perjuangan kemerdekaan negara kita. Pejuang-pejuang dalam Parti Kebangsaan Melayu Malaya, Malayan Democratic Union, Angkatan Wanita Sedar, Angkatan Pemuda Insaf, Pan-Malayan Federation of Trade Unions, Pusat Tenaga Rakyat, All-Malaya Council of Joint Action... i salute you sebagai pejuang kemerdekaan."

Malangnya NTV7 tak masukkan kata-kata aku ini dalam video di atas. Hanya keluar muka aku berucap tapi tak dengar suara.

2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

menang dengan siapa? cari lah lawan yang setara sikit, baru ada perlawanan.

amirulhafidz berkata...

Aku tak faham kenapa ada lagi manusia macam tanpa nama ni dalam negara kita.