Akhirnya Freedom Filmfest 2007 telah selesai setelah menjelajah ke tiga lokasi: KL, Penang dan Johor. 'Sepuluh Tahun Sebelum Merdeka' telah ditayangkan untuk kali terakhir di Auditorium JOTIC untuk 60 orang warga Johor dan Singapura Jumaat lalu.
Terima kasih kepada koordinator FFF JB, Adrian dan William yang telah bekerja keras untuk menjayakannya. Terima kasih juga buat Effa dan semua warga KOMAS yang berjaya menganjurkan FFF 2007 dengan penuh sukses!
Semalam, aku sempat turun ke Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Skudai untuk sesi tayangan dan diskusi filem 10tahun untuk sedozen pelajar di sana.
Hari ini dan esok aku akan ke Universiti Malaya (UM) untuk 2 sesi tayangan dan diskusi filem 10tahun untuk pelajar Fakulti Sastera & Sains Sosial dan juga Fakulti Undang-undang.
Hujung minggu ni, 6 & 7 Oktober, aku akan turun semula ke Penang untuk 2 sesi tayangan dan diskusi filem 10tahun anjuran SUARAM Penang.
Selasa, Oktober 02, 2007
10tahun di JB
Dicatat oleh Fahmi Reza di 9:56 PG
Kategori: Masa Tayangan
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
2 ulasan:
kenapa tak mendapat sebarang makluman pon tentang sesi tayangan kt utm??isk3..
--- saje jenguk2 blog ---
sebab sesi tayangan tu Chinese Student Council UTM organise last minute dan tak sempat nak warwarkan pada semua. lagipun korang masa tu tengah sibuk dengan pilihanraya kampus kan?
tapi aku ada beri mereka satu salinan DVD filem 10tahun. mungkin kau boleh minta mereka buat satu tayangan lagi kat UTM.
Catat Ulasan