DARAH RAKYAT
Darah rakyat masih berjalan
Menderita sakit dan miskin
Padanya datang pembalasan
Rakyat yang menjadi hakim
Rakyat yang menjadi hakim
Ayuh! ayuh!
Bergerak! Sekarang!
Merah Putih panji-panji kita
Merah warna darah rakyat
Merah warna darah rakyat
Darah Rakyat merupakan lagu perjuangan rakyat yang lahir semasa Revolusi Indonesia 1945. Seperti lagu "Indonesia Raya" yang merupakan lagu Kebangsaan PKMM, perjuangan kemerdekaan rakyat Indonesia banyak mempengaruhi pemikiran rakyat di Malaya. Lagu ini selalu dinyanyikan semasa perbarisan dan perhimpunan PKMM dan API untuk menaikkan semangat pemuda-pemudi pada zaman kebangkitan gerakan kemerdekaan rakyat di Malaya selepas perang dunia kedua (1945-1948).
Isnin, Januari 28, 2008
Lagu "Darah Rakyat"
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
1 ulasan:
Syahdu bila dengar Pak Majid Salleh menyanyi.
Salam kebebasan untuk Sepuluh Tahun Sebelum Merdeka.
Catat Ulasan