Jumaat, Januari 11, 2008

Struktur organisasi PUTERA-AMCJA

Klik pada imej untuk besarkan.


Nota yang penuh dengan akronim ni aku temui di Arkib Negara dalam koleksi Tan Cheng Lock Papers. Nota ni tak bertarikh, kebarangkalian besar ditulis selepas Hartal, semasa persidangan Conference of Delegates PUTERA-AMCJA yang pertama di Kuala Lumpur pada 3 November 1947. Berdasarkan tulisan tangannya, yang pasti, ia ditulis oleh Tan Cheng Lock sendiri. Nota ini mendedahkan secara ringkas struktur organisasi PUTERA-AMCJA. Di sini biar aku cuba terangkan isi kandungan nota kecil ni.

Dua badan politik utama yang membentuk PUTERA-AMCJA ialah Pusat Tenaga Ra'ayat (PUTERA) dan All-Malaya Council of Joint Action (AMCJA).

PUTERA dianggotai oleh:
1. Malay Nationalist Party (MNP) atau Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM)
2. Peasants Union atau Barisan Tani Se-Malaya (BATAS)
3. Angkatan Wanita Sedar (AWAS)
4. Angkatan Pemuda Insaf (API)
dan 70 pertubuhan2 kecil.

AMCJA pula dianggotai oleh:
1. Pan-Malayan Federation of Trade Unions (PMFTU)
2. Malayan Indian Congress (MIC)
3. Malayan Democratic Union (MDU)
4. Malayan New Democratic Youth League (MNDYL)
5. Malayan People's Anti-Japanese Army Ex-Service Comrades Association (MPAJA)
6. Women's Federation (W's Fed)
bersama Tan Cheng Lock (TCL) sebagai Pengerusi.

Kedua² badan ini akan bersidang dalam satu Persidangan Wakil² Delegasi (Conference of Delegates), enam bulan sekali. Setiap tahun Conference of Delegates ini akan melantik satu Jawatankuasa Kerja Bersama (Joint Working Committee) yang bertanggungjawab untuk melaksanakan polisi yang ditetapkan semasa persidangan. Jawatankuasa ini akan bermesyuarat dua bulan sekali.

Joint Working Committee ini dianggotai oleh:
1. PUTERA sebagai Pengerusi (Chairperson) - diwakili oleh Ishak Hj. Muhammad
2. AMCJA sebagai Timbalan Pengerusi (Vice-Chairperson) - diwakili oleh Tan Cheng Lock
3. Ahli Lembaga Setiausaha (Board of Secretaries):
a. MNP sebagai Setiausaha Persidangan (Presiding Secretary)
b. MDU sebagai Setiausaha Umum (General Secretary) dan Bendahari (Treasurer)
c. MIC, BATAS dan MPAJA sebagai Setiausaha Propaganda (Propaganda Secretary)
4. Ahli² Jawatankuasa: AWAS, API, Lembaga Kesatuan Melayu Johor, PMFTU, MNDYL dan Women's Federation

Barisan akhir dalam nota tu, Tan Cheng Lock tulis "Monthly financial statement". 

Bahan² sejarah menarik macam ni lah yang buat aku minat menyelidik tentang sejarah.


Sumber: Koleksi Tan Cheng Lock Papers, Arkib Negara Malaysia

2 ulasan:

Ginie berkata...

Everything starts from scratch. All we need is a paper and pen to begin. Cheers.

HajarAznam berkata...

aku dah terlalu taksub membaca sejarah perjuangan rakyat indonesia yang kebanyakannya ditulis oleh HAMKA sehingga aku terlupa untuk membaca sejarah kemerdekaan negara sendiri. Mungkin setelah tamat tingkatan 3 aku rasa sudah cukup sejarah kemerdekaan Malaysia yang aku baca tapi aku rasa tidak puas dan aku mencari lagi informasi berkenaan sejarah Malaysia tapi aku jadi marah dengan kebodohan orang2 dulu-dulu termasuklah pembesar2 dan raja di waktu itu. Aku jadi marah terutama bab sejarah yang menyetakan tentang perpisahan singapura dari tanah melayu. Aku jadi marah dan kesal sampai aku tak nak jejakkan kaki ke singapura. Apabila aku mula membaca kisah sejarah indonesia aku dapat rasakan perjuangan atas dasar kemerdekaan yang dilaungkan seluruh rakyat indonesia. Tapi Fahmi..sebab engkaulah sekarang ni aku buka balik buku sejarah tanah melayu..dan sekali lagi aku jadi marah dengan kebodohan orang2 terdahulu yang dipenuhi dengan ego..issshhh..