Selasa, Januari 22, 2008

Testament Politik A.P.I. (1946)

Angkatan Pemuda Insaf (API) adalah sebuah badan politik kiri pemuda² radikal yang ditubuhkan pada 17 Februari 1946 di Ipoh, Perak yang pada asalnya merupakan sayap pemuda PKMM. API ditubuhkan untuk menyatu-padukan pemuda² Melayu dalam satu gerakan pemuda yang kemudiannya akan bergabung dengan pemuda² Malaya yang lain dalam Malayan New Democratic Youth League (MNDYL) untuk mencapai cita² Malaya Merdeka. Buku Testament Politik A.P.I. ini telah ditulis sempena Kongres Pertama API di bandar Melaka pada 22, 23 & 24 Disember 1946. Di bawah ialah kata² pendahuluan untuk buku kecil Testament Politik A.P.I. yang ditulis oleh Ahmad Boestamam, Ketua Angkatan Pemuda Insaf.

Buku testament politik A.P.I. ini saya susun dengan bergopoh². Isi-nya ia-lah dengan sechara ringkas sahaja. Masa dan keadaan tidak membenarkan supaya buku ini di-tulis panjang².

Di-dalam-nya ada di-terangkan dengan sechara ringkas tetapi padat tentang tenaga pemuda, pergerakan pemuda di-dunia, pergerakan pemuda di-Malaya dan juga tentang pergerakan A.P.I. (Angkatan Pemuda Insaf) dan tujuan² politik-nya.

Moga² buku ini akan mendatangkan faedah kapada pemuda2 Melayu 'am-nya dan pemuda² A.P.I. khas-nya.

Pemuda² Melayu - Insaf-lah.

MERDEKA dengan DARAH


A. BOESTAMAM.
Kuala Lumpur,
21-12-46


Download dokumen PDF untuk baca buku kecil ini:
Testament Politik A.P.I. (1946)

3 ulasan:

Gerakan Revolusi Malaya berkata...

Bro, mana bole download..deme suruh register pastu bayar duit..

Farah Afzan berkata...

Mana nak dapat testamen ini? saya perlukannya. Terima Kasih.

Farah Afzan berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.