Selasa, September 11, 2007

Hari ini dalam tahun 1947: 11 September


Perlembagaan Rakyat Siap Dibentuk

Hari ini dalam tahun 1947, PUTERA-AMCJA telah mengeluarkan Perlembagaan Rakyat kepada akhbar untuk dihebahkan kepada rakyat. Dokumen 60 mukasurat ini telah mengambil masa empat bulan untuk dibentuk, mengambil kira pendapat dan pandangan rakyat pelbagai kaum yang bersatu di dalam badan-badan yang bergabung di bawah PUTERA-AMCJA. Selepas beberapa siri perbincangan dan konsultasi, Billy Kuok dan John Eber dari Malayan Democratic Union (MDU) telah mengetuai satu jawatankuasa khas yang dipertanggungjawabkan untuk menulis draf Perlembagaan tersebut. Kemudian beberapa siri persidangan telah dibuat untuk mengutip pandangan segenap lapisan masyarakat sebelum Perlembagaan Rakyat diluluskan sepenuhnya pada 10 Ogos 1947.


Download dokumen PDF Perlembagaan Rakyat (3.6MB):
Peoples Constitution (1947)

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

terima kasih atas usaha anda...
kami amat menghargainya...maklumat yang saudara bagi amat berguna untuk kami membuat tugasan dengan selengkapnya...Saudara ADALAH SEJAraHWAN yang HEBAT!!!!!! thx!