Ahad, Oktober 21, 2007

Slogan Hartal PUTERA-AMCJA


Pada 15 Oktober 1947, PUTERA-AMCJA telah mengeluarkan 12 Slogan/Cogankata Hartal kepada pihak media, merumuskan sebab-sebab utama hari hartal dijalankan untuk digunakan oleh rakyat dalam poster serta sepanduk menjelang hari hartal nanti. Berikut merupakan 12 slogan/cogankata hartal yang disiarkan menerusi akhbar Malaya Tribune bertarikh 16 Oktober 1947 dan akhbar Utusan Melayu bertarikh 17 Oktober 1947.

HARTAL SLOGANS
1. October 20 is hartal day!
2. On October 20 you must support the People’s Constitutional Proposals of PUTERA-AMCJA!
3. All communities unite against the revised constitutional proposals on October 20!
4. The Revised Constitutional Proposals are against the interest of all communities!
5. All communities must make the hartal a success on October 20!
6. Defeat the divide and rule policy by complete unity on October 20!
7. Join the hartal for your own benefit on October 20!
8. The People’s Constitutional Proposals are democratically drawn up by the people’s representative!
9. The People’s Constitutional Proposals fight for the interests of all who regard Malaya as their home!
10. The Revised Constitutional Proposals were undemocratically drawn up by the 12 Man Committee!
11. The Revised Constitutional Proposals will only benefit the British imperial government!
12. Victory to the PUTERA-AMCJA action on October 20!

COGAN-COGANKATA HARTAL
1. 20 Oktober ialah hari hartal!
2. Pada 20 Oktober kamu harus sokong cadangan-cadangan Perlembagaan Rakyat yang disusun oleh Majlis Bergerak Serentak dan Pusat Tenaga Rakyat!
3. Segala bangsa bersatulah menentang cadangan-cadangan Perlembagaan yang dipinda oleh pemerintah pada 20 Oktober ini!
4. Cadangan-cadangan Perlembagaan yang dipinda itu menentang kepentingan rakyat jelata!
5. Tiap-tiap bangsa harus menjayakan hari hartal 20 Oktober!
6. Leburkan dasar pecah-belah kemudian memerintah dengan satu-padu pada 20 Oktober!
7. Bersama-samalah menjayakan hartal untuk kepentingan kamu pada 20 Oktober ini!
8. Cadangan-cadangan yang disusun oleh rakyat sendiri adalah berdasarkan demokrasi!
9. Cadangan-cadangan Perlembagaan Rakyat memperjuangkan hak tiap-tiap seorang yang mensifatkan Malaya sebagai tanahairnya!
10. Cadangan-cadangan Perlembagaan yang dipinda oleh Jawatankuasa 12 Orang itu mencabul kedaulatan rakyat!
11. Cadangan-cadangan Perlembagaan yang dipinda oleh pemerintah hanya menguntungkan penjajahan British!
12. Berjayalah PUTERA dan Majlis Bergerak Serentak Se-Malaya pada 20 Oktober!


Sumber: Akhbar Malaya Tribune, 16 Oktober 1947 dan akhbar Utusan Melayu, 17 Oktober 1947

Tiada ulasan: