Kartun politik dalam gambar di atas diambil dari akhbar Majlis bertarikh 5 Jan 1948 menunjukkan bahtera U.M.N.O. memintas sampan² P.K.M.M, C.J.A, PUTERA dan M.D.U. menuju ke pelabuhan Federation of Malaya.
Sumber: Akhbar Majlis, 5 Jan 1948
Rabu, Februari 27, 2008
Kartun Politik: Angin Federation (1948)
Dicatat oleh
Fahmi Reza
di
11:42 PTG
5
ulasan
Kategori: Kartun Politik, UMNO
Jumaat, Februari 15, 2008
Kartun Politik: Menanam Federation (1947)
Kartun politik dalam gambar di atas diambil dari akhbar Majlis bertarikh 13 Okt 1947, seminggu sebelum Hartal. Bahagian akar pokok dalam kartun itu tertulis perkataan 'Federation'. 9 helai daun cabang belah atas tertulis nama 9 Negeri² Melayu; Perak, Selangor, N. Sembilan, Pahang, Terengganu, Perlis, Kelantan, Kedah dan Johor. 2 helai daun cabang belah bawah tertulis nama 2 Negeri Selat; Pulau Pinang dan Melaka. 1 helai daun yang patah di atas tanah berlabel 'Singapura'.
Lengan baju Melayu tangan kanan yang memegang pokok belah bawah berlabel 'Sultan² dan Pekembar bersatu padu'. Lengan baju kot hitam tangan kanan yang memegang pokok belah atas berlabel 'Penaung'.
Kartun ini diiringi dengan dua rangkap pantun 6 baris yang berbunyi:
"Menanam Federation hampirlah gerangan,
Menurut kehendak si tangan kanan,
Penaung yang adil memberi sokongan,
Biarpun merentak satu golongan,
Kita berdoa kepada Khaliq Al-Bukhari*,
Apakala ditanam hiduplah pasti.
Berbuahkan kebajikan kepada negeri,
Untuk membela Melayu jati,
Kepada pembesar yang sangat diharap,
Jangan seperti lampu yang malap,
Bukan kecil benda diharap,
Tuntut yang hak betulkan yang khilap**."
* Tuhan
** Salah
Sumber: Akhbar Majlis, 13 Okt 1947
Dicatat oleh
Fahmi Reza
di
1:38 PG
0
ulasan
Kategori: Kartun Politik, UMNO
Khamis, Februari 14, 2008
Kartun Politik: Federation of Malaya (1947)
Kartun politik dalam gambar di atas diambil dari akhbar Majlis bertarikh 22 Dis 1947. Federation of Malaya yang sepatutnya diisytihar secara rasmi menggantikan Malayan Union pada 1 Jan 1948 terpaksa ditunda kerana bantahan dan tentangan dari rakyat Malaya yang bergabung dalam PUTERA-AMCJA.
Kartun ini menunjukkan rintangan yang terpaksa dihadapi oleh UMNO dalam rancangannya dengan penjajah British untuk melaksanakan Federation of Malaya ciptaan mereka. Aku yakin kamu pasti kenal siapa pemimpin UMNO yang dikarikatur dalam kartun di atas.
Federation of Malaya akhirnya berjaya mereka tubuhkan pada 1 Feb 1948. Kesemua 9 Negeri² Melayu kembali kepada taraf negeri naungan di bawah Empayar British manakala 2 Negeri Selat, Penang dan Melaka terus kekal sebagai tanah jajahan. Raja² Melayu secara simbolik kembali menjadi pemerintah di negeri masing² di bawah telunjuk British.
Sumber: Akhbar Majlis, 22 Dis 1947
Dicatat oleh
Fahmi Reza
di
6:44 PTG
1 ulasan
Kategori: Kartun Politik, UMNO
Isnin, November 12, 2007
"Demonstrasi bukan amalan demokrasi rakyat negara ini?" (6)
Berikut merupakan gambar dari buku teks sejarah tingkatan 3 yang menunjukkan demonstrasi anti-Malayan Union pada penghujung tahun 1945.
Sumber: Buku Teks Malaysia Dalam Sejarah 3, M. Thambirajah, Federal Publications, 1979
Dicatat oleh
Fahmi Reza
di
10:37 PG
0
ulasan
Kategori: Foto, Malayan Union, UMNO
Ahad, November 11, 2007
"Demonstrasi bukan amalan demokrasi rakyat negara ini?" (5)
Ada sesiapa yang tahu sejarah di sebalik perarakan dalam gambar ni? Sepanduk tulisan jawi dalam gambar tu tertulis slogan "Raja Dan Rakyat Patut Bersatu, UMNO Setapak, Kuala Lumpur".
Dicatat oleh
Fahmi Reza
di
11:12 PTG
2
ulasan
Kategori: Foto, Malayan Union, UMNO
"Demonstrasi bukan amalan demokrasi rakyat negara ini?" (4)
Berikut merupakan petikan dari buku 'Sejarah Perjuangan UMNO' yang ditulis oleh Ibrahim Mahmood, salah seorang pengasas UMNO yang menurunkan tandatangan dalam Piagam UMNO pada 11 Mei 1946.
Lawatan Capt. Gammans Dan Lt. Col. Rees Williams
Di dalam bulan Mei tahun 1946, apabila tibalah masanya dua orang ahli Parlimen British iaitu Capt. L.D. Gammans (dari Parti Conservative) dan Lt. Col. Rees Williams (dari Parti Labour), melawat ke Tanah Melayu atas jemputan Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu untuk menyaksikan keadaan sebenar yang sedang berlaku di dalam kebangkitan bangsa Melayu menentang Malayan Union, ketika itu, orang-orang Melayu di mana negeri di Seluruh Tanah Melayu yang dilawati oleh kedua-dua ahli Parlimen British itu, telah keluar dengan ramainya dengan mengadakan perarakan-perarakan dan perhimpunan-perhimpunan raksasa tunjuk perasaan dengan cara masing-masing di tiap-tiap negeri itu.
Di Johor
Berpuluh ribu manusia telah berhimpun di halaman Istana Besar Johor Bahru (lihat gambar di atas) iaitu tempat pertama dilawati oleh Capt. Gammans - iaitu satu bantahan terhadap keadaan "roh dan semangat Raja-raja Melayu dan rakyat telah diceraikan daripada mereka".
Berikut merupakan petikan dari akhbar The Malay Mail bertarikh 27 Mei 1946.
MOVEMENT AGAINST MALAYAN UNION
What Capt. Gammans Saw On Way To Kuala Lumpur
" I have had an amazing journey up from Singapore. At every kampong from Johore Bahru to Kuala Lumpur large crowds of Malays, men, women and children, have lined the roads protesting most vigorously against the Malayan Union proposals," declared Capt. L. D. Gammans, M.P., who is on unofficial visit to Malaya, to a Press conference in the Union capital yesterday.
Capt. Gammans continued: "In some towns such as Batu Pahat and Muar there have been mass demonstrations running into thousands of people. And what has interested me the most is to find that Malay women, who in my day took no part in public affairs at all, making speeches."
Sumber: Buku Sejarah Perjuangan UMNO, Ibrahim Mahmood, Penerbitan Pustaka Antara, 1981 dan akhbar The Malay Mail, 27 Mei 1946.
Dicatat oleh
Fahmi Reza
di
11:11 PTG
0
ulasan
Kategori: Foto, Malayan Union, UMNO
"Demonstrasi bukan amalan demokrasi rakyat negara ini?" (3)
Berikut merupakan petikan dari buku 'Sejarah Perjuangan UMNO' yang ditulis oleh Ibrahim Mahmood, salah seorang pengasas UMNO yang menurunkan tandatangan dalam Piagam UMNO pada 11 Mei 1946.
Di Perak
Pada 28 haribulan Mei tahun 1946, kedua-dua Ahli Parlimen British itu pun sampai ke Kuala Kangsar.
Di sinilah Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu telah mengadakan perhimpunan raksasa orang-orang Melayu yang terbesar sekali di hadapan Keptan Gammans dan Lt. Col. Rees Williams ahli-ahli Parlimen British itu.
Perhimpunan ini telah diadakan di sebuah padang besar di bandar itu. Orang-orang Melayu dari seluruh negeri Perak, lelaki dan perempuan, tua muda dan kanak-kanak telah berkumpul berpuluh ribu banyaknya di dalam perhimpunan raksasa itu.
Sumber: Buku Sejarah Perjuangan UMNO, Ibrahim Mahmood, Penerbitan Pustaka Antara, 1981
Dicatat oleh
Fahmi Reza
di
11:10 PTG
0
ulasan
Kategori: Foto, Malayan Union, UMNO
"Demonstrasi bukan amalan demokrasi rakyat negara ini?" (2)
Berikut merupakan laporan bantahan orang-orang Melayu dan Raja-raja Melayu terhadap Malayan Union yang keluar dalam akhbar The Malaya Tribune bertarikh 2 April 1946. Atas desakan dari rakyat jelata, Raja-raja Melayu telah mengambil tindakan untuk memboikot majlis pertabalan Gabenor Malayan Union, Sir Edward Gent pada 1 April 1946.
Sumber: Akhbar The Malaya Tribune, 2 April 1946
Dicatat oleh
Fahmi Reza
di
9:09 PTG
0
ulasan
Kategori: Malayan Union, UMNO
"Demonstrasi bukan amalan demokrasi rakyat negara ini?" (1)
Berikut merupakan laporan yang diambil dari Malayan Press Digest yang dikeluarkan oleh Press Intelligence, Kerajaan Kolonial British. Press Digest yang dikeluarkan seminggu sekali ini merumuskan berita dari akhbar dan majalah (harian, mingguan, bulanan), risalah politik dan buku yang diterbitkan di Malaya mulai 1945, selepas perang dunia kedua.
PROTEST DEMONSTRATION BY MALAYS
A big demonstration against the Malayan Union staged by 36,000 Kelantan Malays was reported by MAJLIS 9.2.1946. The Malays chose to call the White Paper as an “atomic bomb thrown by the British in Malaya”. SERUAN RA’AYAT 9.2.1946 gave the number of men who took part in the procession as 65,000. The demonstrators carried banners with inscriptions in English and Malay saying “British Government Betrays Trust”, “Can we trust British Government Again?”, “Allow Malays to exist in this world”, “Give us our rights”, “We want justice”, “We want peace but not at the expense of our rights”, etc.
The paper published the “declaration of oath” adopted by the Kelantan Malay officers who unanimously decided to tender their resignations, if their protest met with failure, and to employ most of their energy and ability in defense of their national status and their motherland.
Commenting on this procession the Chinese MING SENG 7.2.1946 said that the Kelantan Malays were now caught in a fever of nationalism and showed strong opposition to the White Paper. They were even prepared to stage a strike when it was necessary.
How, 2,000 Kedah Malays with banners and shouting slogans awaited the arrival of Major-General Hone in Alor Star to “offer their protest against the Malayan Union”, was reported by WARTA NEGARA 4.2.1946.
Sumber: Malayan Press Digest No. 16, 10hb-16hb Feb 1946
Dicatat oleh
Fahmi Reza
di
3:08 PTG
0
ulasan
Kategori: Foto, Malayan Union, UMNO
Sedikit Riwayat Merah Puteh (Kenchana, Jun 1947)
Artikel berikut di ambil dari surat pembaca yang disiarkan dalam majalah Kenchana bilangan 6, keluaran bulan Jun 1947.
SEDIKIT RIWAYAT MERAH PUTEH
oleh Hamzah
Dizaman ini dimana kapal pergerakan bangsa kita sedang mengharongi lautan perjuangan, sudah tentu sekali kapal itu berhajat kepada suatu chogan yang akan mengenalkan kepada dunia, kapal siapakah yang sedang berlayar dilautan perjuangan? Selainnya Sang Saka Merah Puteh menjadi lambang sesuatu bangsa. Sesuatu bangsa yang akan mempertahankan ketinggian saka-nya biar batang tuboh-nya rebah kebumi.
Dunia kapal pergerakan bangsa kita yang terbesar sekali ialah kapal Pertubohan Kebangsaan Melayu (UMNO) dan kapal Party Kebangsaan Melayu (MNP), sedang bertelagah atas so’al bendera. Pekemam tidak beranjak dari pegangannya bahwa bendera kebangsaan Melayu ialah Merah Puteh. Sebaleknya pula Pekembar memakai juga Merah Puteh, tetapi ditambah bulan dan keris.
Darimanakah timbulnya Sang Saka Merah Puteh dan sejak bilakah bendera ini zahir kedunia. Kerana disini tidak akan saya terangkan bendera mana yang dipakai bangsa kita, biarlah saya kembali ketajok karangan saya untok menerangkan sedikit riwayat Merah Puteh.
Sejak beberapa abad kebelakang iaitu diabad ke 17 sewaktu kerajaan Madjapahit memegang tampok pemerentahan seluroh kepulauan Indonesia, adalah lambang Madjapahit Sang Saka Merah Puteh.
Menekala kerajaan Madjapahit lenyap dari muka yang diganti dengan kerajaan Mataram turut sama menjadikan Merah Puteh chogan pemerentahannya sehingga hari rebah kerajaan Mataram ditahun 1735.
Didalam peperangan Djawa dibawah pimpinan Pangeran Diponegoro bendera Merah Puteh tetap menjadi semboyan bangsa Djawa yang menentang penjajahan Belanda.
Tanah Melayu pula Melaka lah menggunakan Merah Puteh sebagai saka bangsa. Apabila jatoh kerajaan Melaka pada tahun 1511 Merah Puteh lenyap riwayatnya dikepulauan Indonesia.
Riwayat Merah Puteh hidop semula dengan adanya Congress Indonesia Raya yang diadakan ditahun 1939 bertempat di-Djakarta. Persidangan itu memutuskan bahwa Merah Puteh adalah bendera kebangsaan Indonesia Raya.
Baharu2 ini Persidangan Partai Kebangsaan Melayu menegaskan bendera kebangsaan Melayu ialah, Sang Saka Merah Puteh.
Sesunggohnya Merah Puteh mengandong erti yang besar bagi kita. Merah berarti darah, Puteh berma’na suchi. Apa bila kesuchian mahu dipadam-kan, darah akan tertumpah sebagai pembelaan. Kini terpulanglah kepada kita semua menentukan bendera manakah yang patut dijadikan lambang perjuangan kita.
- Hamzah
Sumber: Majalah Kenchana, Bilangan 6, Jun 1947
Dicatat oleh
Fahmi Reza
di
12:17 PTG
2
ulasan
Kategori: Artikel, Badan Politik, UMNO
