Jumaat, Oktober 05, 2007

10tahun di Universiti Malaya

Aku baru balik dari sesi diskusi dengan beberapa penuntut UM yang sempat menonton filem 10tahun waktu tayangan di UM tempoh hari. Terima kasih atas feedback terhadap filem aku dan juga soalan2 menarik yang mencabar pengetahuan dan pendirian aku tentang soal sejarah.

Terima kasih buat Maimuna dan Rohana yang menjemput aku untuk sesi tayangan & diskusi buat penuntut kelas Gender Studies hari Selasa, 2 Okt lalu.

Terima kasih buat Selena yang menjemput aku untuk sesi tayangan & diskusi buat penuntut Fakulti Undang-undang hari Rabu, 3 Okt lalu. Walaupun tak ramai datang, diskusinya tetap mantap.

Ini dia buku yang menerbitkan semula dokumen Perlembagaan Rakyat 1947, boleh dibeli dari Kinibooks dengan harga RM13 sahaja.

Kepada geng penuntut Sejarah yang aku jumpa tadi, aku harap korang akan cuba adakan sesi tayangan & diskusi filem 10tahun ni untuk kelas korang lepas Raya nanti!

Tiada ulasan: