Khamis, Oktober 11, 2007

Filem 1957 Hati Malaya

Filem wajib tonton tahun ini: 1957 Hati Malaya karya Shuhaimi Baba.

Menurut sinopsisnya:

"Filem ini memfokus kepada Tunku Abdul Rahman, pengasas kepada kejayaan Parti Perikatan, yang menjadi Perdana Menteri pertama Malaya pada tahun 1957, walaupun mendapat tentangan secara halus dari British yang mahu melambatkan kemerdekaan. Dan Datuk Onn Ja'afar, pengasas Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO) yang berjaya membangkitkan semangat nasionalisme orang Melayu menentang Malayan Union yang dicadangkan oleh British pada tahun 1946."

Dalam satu temubual untuk akhbar The Star, Shuhaimi Baba telah berkata:
“I really hope that the younger generation will watch the movie so they will know what great thinkers we had at that time and how people suffered before the country achieved its independence.”

Aku yakin pasti menarik untuk tonton filem ni selepas korang tonton 'Sepuluh Tahun Sebelum Merdeka' bagi melihat perspektif berbeza perjuangan rakyat menuntut kemerdekaan.

Seperti kata Hashim Said dalam filem aku:
"Jadi keputusannya... berpecah. Jadi, Parti Kebangsaan Melayu Malaya ni memperjuangkan cara kiri, dan UMNO teruskan perjuangannya cara kanan. Itulah timbul dua parti politik... kiri dan kanan."

Lihat bawah untuk trailer "1957 Hati Malaya".

Tiada ulasan: