Ahad, Mac 09, 2008

Manifesto Rakyat Melaka (1947)

Sempena detik bersejarah dalam senario politik berperlembagaan Malaysia hari ini, izinkan aku berkongsi sedutan dari Manifesto Jawatankuasa Hal-ehwal Perlembagaan Rakyat Melaka dari 60 tahun dahulu yang sangat cocok dengan perubahan yang bakal kita tempuhi dalam era baru politik di masa mendatang.

"Politics is not only for politicians, it is for all of us. Only thus can we build up a politically-conscious and politically-educated public, jealous and watchful of its rights and ever-ready to work, live and fight for them. The Malaya of the past was a perfect model of political inertia consequent on the corruption of riches. This must not be so again. Remember that ONLY A POLITICALLY-RESTLESS PUBLIC CAN ENSURE PROGRESS and can goad the powers that be into granting reforms."

"Politik bukan hanya untuk ahli² politik, ianya untuk kita semua. Hanya demikian baru kita berupaya untuk membina satu masyarakat dengan kesedaran dan kebijaksanaan politik yang berwaspada dan berjaga-jaga terhadap hak mereka dan bersedia pada setiap masa untuk bekerja, bergerak dan berjuang untuk hak tersebut. Malaya di masa lalu merupakan satu contoh terbaik ketandusan politik hasil dari ketaksuban mengejar kemewahan dan kekayaan. Keadaan ini tak sepatutnya berterusan. Ingatlah bahawa masyarakat dengan semangat politik yang berkobar² sajalah yang dapat memastikan kemajuan dan berupaya mendesak pihak yang berkuasa untuk melaksanakan perubahan."

Klik pada imej untuk besarkan.

9 ulasan:

Puteri Gunung Ledang berkata...

memandangkan PRU12 dah abis dan dikatakan seperti tahun 1969. apa peristiwa besar pada tahun tersebut yang sampai nak kait kan dengan keputusan sekarg. mungkin sebb kekalahan di beberapa buah negeri. selain dari pada itu. apa2 la,mungkin sesuai utk tunggu dan lihat.

Fahmi Reza berkata...

perbandingan dengan 1969 merujuk kepada keputusan pilihanraya umum ke-3 pada 10 mei 1969 yang buat pertama kali melihat kekalahan teruk Parti Perikatan UMNO-MCA-MIC. Penang telah jatuh pada Parti Gerakan yang merupakan parti pembangkang waktu itu dan Perikatan juga kalah teruk pada Gerakan dan DAP di Selangor hingga tak dapat majoriti untuk membentuk kerajaan negeri.

Puteri Gunung Ledang berkata...

So its just that. nothing more. Thought got something more than that. k thnx

Tanpa Nama berkata...

bila nak buat sequel selepas merdeka pulak ?

Fahmi Reza berkata...

sequel 10tahun dalam proses pembikinan. nantikan tayangannya hujung tahun ini.

Puteri Gunung Ledang berkata...

yg on dvd ni all film fest 2007 ke yours 10 tahun je.
I on got a hold of 2006, 2007 tak dapat.
tak letak kat silverfish?

fariz berkata...

alo mr. fahmi.
bravo-your film memang sgt informatif. my favourite part-lagu last pak majid salleh-merangsang jiwa!one of the best film last year walau tak puas menontonnya. cadangan-mungkin ko berminat nak buat docu pasal the 'myth'sejarah lagu kebangsaan malaysia pula atau bendera 14 jalur tu dari mana wujudnya? walau apa pun teruskan usaha ini.

MODERATOR berkata...

KU LI PALU GENDANG PERANG!

Gedang perang telah dipukul bertalu-talu. Gegak gempita Tanah Malaya. Muncung-muncung meriam sedang dihalakan ke Mahligai Putra Jaya. Serunai ditiup sayup-sayup bunyinya. Bala tentera telah berada diperbatasan terakhir…

Inilah saki-baki bala tentera yang masih setia kepada Anak Raja berjiwa rakyat. Percubaan terakhir untuk menakluk hieraki kepimpinan UMNO. Setelah dimalu dan diaibkan semenjak sekian lama; Tengku Razaleigh Hamzah bangkit menuntut kembali takhta singahsana UMNO yang dirampas darinya semenjak diakhir tahun 70an lagi.

Bapa Ekonomi Orang Melayu masuk kembali kegelanggang sebagai seorang Panglima Melayu berpantang undur sebelum ajal. Semenjak kembali semula kepada UMNO pada tahun 1996, Ku Li dilayan saling tak tumpah sebagai Ashkar Gurkha. Segala jasa dan budi beliau kepada ekonomi orang melayu dan pembangunan Malaysia tidak pernah langsung disebut oleh media massa. Legasi beliau terhakis sedikit demi sedikit setelah mengalami ‘kekalahan bermaruah’ hanya 43 undi di Perhimpuan Agung UMNO pada tahun 1987 kepada rakan sekapal Dr. Mahathir Mohammad.

PETRONAS yang menjadi salah satu syarikat petroleum gergasi didunia pada hari ini siapa yang menubuhkannya? Bank Bumi Putra Malaysia Berhad yang banyak menyokong usahawan-usahawan melayu yang baru mula hendak belajar berniaga, siapa yang menubuhkannya? Bangunan UMNO dan PWTC hasil usaha siapa? Anda tidak tahu bukan. Maka rajin-rajinlah mengkaji sejarah. Malah banyak lagi jasa Tan Sri Tengku Razaleigh Hamzah yang tidak cukup untuk disebutkan disini.

( Sila baca artikel selebihnya di:
http://theindiestory.blogspot.com/ )

jebatsari berkata...

saya sudah tonton sepuluh tahun sebelum merdeka di usm.

tahniah. saya suka terutama bab tiga bahasa dari tiga kaum berbicara serenak.

bikinlah lagi, semoga perjuangan pkmmm terus bernyala.