Tajuk: Malay Nationalism Before UMNO: The Memoirs of Mustapha Hussain
Pengarang: Mustapha Hussain (1910-1987)(diterjemah ke dalam Bahasa Inggeris oleh Insun Sony Mustapha)
Penerbit: Utusan Publications & Distributors, Kuala Lumpur
Tahun: 2005 (Cetakan pertama)
Mukasurat: 423 halaman
Availability: Perpustakaan Negara Malaysia
Call No. (Rujukan): 923.2595 MUS M
Call No. (Pinjaman): 923.2595 MUS D
Nama Mustapha Hussain (1910-1987) memang jarang ditemui dalam buku² yang membicarakan sejarah politik kiri. Aku sendiri hanya dapat tahu tentang beliau bila aku terjumpa buku ini, yang asalnya ditulis oleh beliau pada tahun 1976 dan diterbitkan pertama kali oleh Dewan Bahasa & Pustaka (DBP) dalam buku Memoir Mustapha Hussain: Kebangkitan Nasionalisme Melayu Sebelum UMNO (1999).
Sebelum perang beliau aktif dalam KMM sebagai Naib Presiden dan terus aktif dalam PKMM selepas perang sebagai penasihat khas Dr. Burhanuddin Al-Helmy.
Antara yang paling menarik tentang buku ini ialah bab PUTERA-AMCJA Conference (1947) yang secara terperinci menceritakan persidangan penuh pimpinan PUTERA-AMCJA di markas besar Malayan New Democratic Youth League (MNDYL) di Kuala Lumpur pada bulan Julai 1947. Persidangan ini bertujuan untuk membahaskan rangka Perlembagaan Rakyat yang sudah siap disusun oleh John Eber dari Malayan Democratic Union (MDU). Daya ingatan beliau yang tajam sangat menonjol semasa menggambarkan individu yang hadir dalam persidangan tersebut:
"Desks were arranged in a circle. Dr. Burhanuddin sat rigidly, with me on his left, and Taha Kalu on his right. John Eber (MDU) was on Taha's right and farther on, beside John Eber, were Ahmad Boestamam (API), Lim Kean Chye (MDU) and John Thivy (MIC). Ishak sat opposite me with Conference Secretary Gerald de Cruz (MDU) on his left while Sir Cheng Lock Tan (AMCJA) dressed in a shirt and coat ensemble sans tie, sat on Ishak's right. On Sir Cheng Lock Tan's right were representatives from the New Democratic Youth League (NDYL), Malayan People's Anti-Japanese Ex-Comrades Association (MPAJECA) and Cheng Loo from the Pan-Malayan Federation of Trade Union (PMFTU) - all very young men."
Satu perkara yang tak diketahui ramai ialah Mustapha Hussain telah menyertai UMNO semasa Darurat dan bertanding menentang Tunku Abdul Rahman untuk jawatan presiden UMNO selepas perletakan jawatan Dato' Onn Jaafar pada tahun 1951. Yang memeranjatkan ialah beliau hampir menang dan hanya kalah dengan satu undi.
6 ulasan:
Dengan Izin dan Budi Bicara Tuan Punya Blog. (United Bloggers)
Anda mahu tahu mengapa masyarakat Malaysia sedang menuju kearah Masyarakat HYPER-TENSION pada tahun 2020?
Sila buat lawatan sambil belajar di:
http://theindiestory.blogspot.com/
CHECK IT OUT! Bloggers harus bersatu.
Maaf, dgn izin Allah malam ini saya ketemu blog ini. Mengulas tentang Memoir Mustapha Husin, buat pertama kalinya saya merasakan rupa-rupa ramai lagi 'pahlawan yang tidak didendang' yang dilupakan dek kita oleh pemerintah. Mudah2an Allah swt sahaja membalas jasa mereka semua,Insyallah. Saya akan terus mengikuti blog ini.
kalau dia menang atas Tunku, dia jadi President Mustapha Husin.
kali pertama aku membaca buku ini pada tahun 2007..masa tu lecturer aku menceritakan kisah seorg pejuang bernama Mustapha Hussain...abes kelas terus aku pegi library pinjam buku ni...
lepas aku abes baca buku ni terus aku berasa sebak dan hiba kerna perjuangan seorang insan agung bernama mustapha hussain ini telah dipinggirkan sama sekali...
salut utk Mustapha Hussain!!! moga2 Allah memberikan kamu ganjaran yang berlipat kali ganda diatas keikhlasanmu berjuang...
Mustapha hussein seperti Rashid mydin dan burhanudin helmy dari kelas marhain
Catat Ulasan