Ahad, Februari 17, 2008

Bendera Rakyat (1947)


Bendera Rakyat telah dikibarkan secara rasmi di seluruh Malaya pada 10 Dis 1947. Menurut akhbar Utusan Melayu, hampir semua bandar² dan pekan² termasuk Melaka, Johor Bahru, Kuantan, Sungai Siput, Alor Setar dan Singapura telah mengadakan istiadat menaikkan bendera tersebut.

Semasa istiadat mengibarkan Bendera Rakyat di bangunan Malayan Democratic Union (MDU) di Singapura pada pagi 10 Dis 1947, Taha Kalu, Setiausaha Agung Pusat Tenaga Rakyat (PUTERA) telah menerangkan:

Bendera Rakyat yang baru kita naikkan ini ialah sebagai cogan persatuan rakyat yang berjiwa maju progresif. Bendera ini telah sama² diukir dan diputuskan oleh dua badan gabungan yang besar di Malaya, iaitu Pusat Tenaga Rakyat dan Majlis Bergerak Serentak Se-Malaya. Bendera ini kita namakan Bendera Rakyat, kerana ia adalah satu gambaran atau satu tanda, tegasnya satu cogan merupakan persatuan rakyat seluruh Malaya. Persatuan yang kita yakini akan bertahan kuat perdiriannya tiap² hari.

Maksud disebalik simbol² dalam Bendera Rakyat:

12 biji bintang

  • 12 negeri yang bergabung di Malaya
  • 9 Negeri Melayu (Perak, Selangor, Negeri Sembilan, Pahang, Terengganu, Perlis, Kelantan, Kedah, Johor)
  • 3 Negeri Selat (Pulau Pinang, Melaka, Singapura)
Warna kuning bintang
  • Keadilan dan kedaulatan rakyat
  • Perlembagaan Rakyat diiktiraf
  • Membayangkan semua negeri dalam keadaan aman dan makmur

Bintang berbucu lima

  • Ketuhanan
  • Kedaulatan rakyat
  • Keadilan sosial
  • Kebajikan
  • Kebangsaan

Warna merah

  • Keberanian dan kuasa kemahuan rakyat untuk menentang semua rintangan² supaya tercipta keadilan dan demokrasi di Malaya
Warna putih
  • Perjuangan yang didasarkan kepada kejujuran dan kesucian untuk mencapai kebebasan yang teratur dan tidak berdasarkan kepada haloba dan tamak, tetapi hanya dengan membawa cita² yang satu iaitu pemerintahan sendiri yang berdasarkan kepada kedaulatan rakyat


Warna Merah Putih mempunyai riwayat yang tertentu bagi penduduk² di Malaya dan telah dipilih dengan persetujuan PUTERA dan AMCJA kerana ia merupakan warna bendera kebangsaan Melayu di zaman Kerajaan Majapahit semasa abad yang keempat belas dahulu.





Sumber: Akhbar Utusan Melayu, 11 Dis 1947 dan akhbar The Straits Times, 11 Nov 1947

8 ulasan:

fadberry berkata...

saudara Fahmi Reza yang dihormati,

terima kasih atas pandangan saudara..tulisan yang tidak seberapa ini berkisar tentang pandangan saya tentang politik yang berlaku 60 tahun yang lalu.. dimana anak melayu kita rata-rata masih di takuk ekonomi miskin tegar.masih tidak fasih berbahsa inggeris apatah lagi hendak berbicara tentang membangunkan ekonomi negara.. ingin saya jelaskan disini.. jikalau proposal yang diketengahkan oleh parti haluan kiri itu berlaku kini..dimana walupun bukan semua tapi rata-rata anak melayu sudah berada dalam golongan bijak pandai,cendiakawan dan berdaya saing..mungkin proposal itu akan berjaya direalisasikan.. ini hanya pandangan sahaja.

Izzuddin berkata...

aku tau blog ni dari ROTTW, lepas aku baca aku terus tgk video dari youtube dan blog ni. tak banyak anak-anak muda yang macam saudara, bagus

Tanpa Nama berkata...

Saudara, kuat pengaruh sang saka merah putih ni ya? Dari Indonesia, Singapura & Malaysia. Bendera Umno & Pas juga asasnya merah putih.

Saya Anak Malaysia.

p.s. saya suka perjuangan orang2 dulu! People Power !!!

Tanpa Nama berkata...

ada orang cakap MDU ni sebenarnya adalah kapitalis singapura. apa komen ko fahmi?

Panglima Hikayat from Kampung Changkat berkata...

http://yasirtamizi.blogspot.com/2012/08/bendera-malaysia-yang-sebenar.html

amranaiman berkata...

oo ini xda dlm buku teks.. klik >> sang saka malaya ..bendera merahputih

rOkOk DaUn tEmBaKaU berkata...

mendera sekarang dah diiktiraf .. apa yang nak ditukar2 lagi .. singapore pon dah xdak .. sabah serawak pon x masuk malaysia lagi mas tu .. // masalahnya sekarang .. APA AGENDA ANGPA YANG SEBENAQNYA ..

ewoll sy berkata...

Bendera sekarang merupakan bendera penubuhan persekutuan malaysia iaitu pengabungan negara sarawak, negara sabah, malaya dan singapura. Sarawak, sabah dan singapura mempunyai bendera kemerdekan sendiri. Mana bendera kemerdekaan Malaya.. Jika bendera sekarang diangap bendera Malaya, itu bermaksud MALAYA telah menjajah negara sarawak, sabah dan singapura dalam membentuk Pembentukan MALAYSIA..