Ini senarai muzik latar yang digunakan dalam filem dokumentari 'Sepuluh Tahun Sebelum Merdeka' mengikut turutan.
(Artis – Lagu / Album / Tahun)
1. The Sex Pistols – God Save The Queen / Nevermind The Bollocks… Here’s The Sex Pistols LP / 1977
2. Patrik Fitzgerald – Safety-Pin Stuck In My Heart / Safety-Pin Stuck In My Heart 7” / 1977
3. The Stranglers – Something Better Change / No More Heroes LP / 1977
4. A. Simanjuntak – Bangun Pemudi Pemuda / ?
5. Stiff Little Fingers – Alternative Ulster / Alternative Ulster 7” / 1978
6. Utah Phillips – Solidarity Forever / We Have Fed You All A Thousand Years LP / 1984
7. The Clash – London Calling / London Calling LP / 1979
8. Armas – Higit Na Matatag / Kanta Ng Rebolusyong Pilipino / 1984
9. The Clash – I Fought The Law / I Fought The Law 7” / 1978
10. The Ramones – Commando / Leave Home LP / 1977
11. Sigur Rós – Untitled 1 / ( ) LP / 2002
12. Generation X – Ready, Steady, Go / Generation X LP / 1977
13. Sanggar Satu Bumi – Nyanyi Budaya Pembebasan / Tidur… Jangan! / 2003
14. The Sex Pistols – No Feelings (Instrumental) / Demos & Rarities / 1976
15. Armas – Tambang / Alab ng Digmang Bayan 2 / 1987
16. Somasi Group – Darah Juang / ?
17. Black – Burhanuddin Al-Helmy / Hentikan Perang Sekarang / 2007
* untuk download lagu2 ini, sila klik di sini: Soundtrack 10tahun
Khamis, September 27, 2007
Muzik dalam 10tahun
Rabu, September 26, 2007
Tayangan 'Sepuluh Tahun Sebelum Merdeka' di Johor Bahru!
Tarikh: Jumaat, 28 Sept 2007
Masa: 8:00 malam (Block A)
Tempat: JOTIC Auditorium,
Suite 5-2, Johor Tourist Information Centre (JOTIC),
No. 2, Jalan Ayer Molek, JB
Tiket: PERCUMA!
Tayangan terakhir untuk Freedom Film Fest 2007 selepas KL dan Penang. Jangan lupa tempah tiket awal2 melalui emel. fffreservations@gmail.com
Dicatat oleh Fahmi Reza di 9:50 PTG 0 ulasan
Kategori: Masa Tayangan
10tahun di Sunway University College
Aku telah hadiri satu sesi tayangan dan diskusi filem 'Sepuluh Tahun Sebelum Merdeka' untuk pelajar Department of Perfomance+Media di Rooftop Theatre, Sunway University College tengahari tadi.
Terima kasih kepada Puay Tin kerana menjemput aku. Terima kasih kepada semua pelajar yang datang dan telah memberi komen dan kritikan yang bernas masa diskusi tadi.
Kalau kamu seorang pensyarah/lecturer dan mahu membuat sesi tayangan dan diskusi filem 'Sepuluh Tahun Sebelum Merdeka' untuk pelajar kolej/universiti kamu, sila email aku di fahmireza@gmail.com
Dicatat oleh Fahmi Reza di 7:04 PTG 0 ulasan
Kategori: Masa Tayangan
Selasa, September 25, 2007
Tayangan semula 'Sepuluh Tahun Sebelum Merdeka' di KL hari ini!
Tarikh: Selasa, 25 Sept 2007
Masa: 9:00 malam
Tempat: The Annexe, Central Market, KL (tingkat 3)
Tiket: PERCUMA!
Jangan lepaskan peluang kedua untuk menonton filem dokumentari yang telah dinobatkan sebagai "Most Outstanding Human Rights Film" pada Freedom Filmfest 2007!
Dicatat oleh Fahmi Reza di 2:11 PTG 6 ulasan
Kategori: Masa Tayangan
Isnin, September 24, 2007
10tahun di Penang
Aku nak ucapkan terima kasih kepada semua warga Pulau Pinang yang telah datang memenuhi ruang Actors Studio Greenhall untuk menonton filem 'Sepuluh Tahun Sebelum Merdeka' hari Jumaat lalu.
Aku amat terharu kerana Lim Kean Chye dan juga isteri telah meluangkan masa untuk hadir menonton dan juga berkongsi satu anekdot tentang peranan besar yang dimainkan oleh Tan Cheng Lock semasa diskusi selepas tayangan pada malam itu.
Terima kasih juga buat Dr. Cheah Boon Kheng, mantan profesor sejarah di Universiti Sains Malaysia (USM), Penang, yang telah turut sama hadir untuk sesi diskusi tersebut.
Syarifah Hadli, seorang mahasiswi USM telah menulis sebuah artikel berkenaan filem 'Sepuluh Tahun Sebelum Merdeka' dalam laman blog pelajar Pusat Pengajian Komunikasi USM, Komunikasi Kampus!
Klik sini untuk baca: history can be so cool
Kalau kamu ada menulis artikel/review dalam blog kamu, sila letakkan link atau tulis lah pendapat kamu di sini.
Dicatat oleh Fahmi Reza di 1:42 PTG 3 ulasan
Kategori: Film Reviews, Masa Tayangan
Ahad, September 23, 2007
Review 10tahun oleh Anil Netto
Anil Netto, Deputy Editor Aliran Monthly telah menulis sebuah artikel berkenaan filem 'Sepuluh Tahun Sebelum Merdeka'.
Klik sini untuk baca:
Fahmi Reza’s outstanding film on the 1947 hartal
Dicatat oleh Fahmi Reza di 11:06 PG 0 ulasan
Kategori: Film Reviews
Jumaat, September 21, 2007
Review 10tahun di Bolehland
Fahmi Fadzil dari bolehland.com telah menulis sebuah artikel berkenaan filem 'Sepuluh Tahun Sebelum Merdeka'.
Klik sini untuk baca: Remembering the Hartal
Dicatat oleh Fahmi Reza di 4:20 PTG 2 ulasan
Kategori: Film Reviews
Khamis, September 20, 2007
Artikel dari akhbar Utusan Melayu, 20 Sept 1947
SINGAPURA MENYUSUN BARISAN MEMPERHEBAT GERAKAN ANTI-FEDERATION
Apakah bentuk rupa persidangan dan tindakan sayap kiri Melayu untuk membantah Federation? Banyak orang bertanya soal ini.
Sayap kiri barisan yang menentang Federation tidak akan diam. Umpamanya, Perlembagaan Rakyat yang dirangkaikan oleh PUTERA dan Majlis Bergerak Serentak sudah pun sempurna disusun dan dibentukkan kepada rakyat jelata melalui suratkhabar-suratkhabar di sini.
“Akan kita terangkan perlembagaan kita itu kepada rakyat jelata di segenap pelusuk negeri ini. Ini baharu sahaja usaha yang akan kita jalankan dan tak akan ini sahaja usaha kita itu akan terbatas. Tidak saudara-saudara.”
Demikianlah bunyi kenyataan Parti Kebangsaan Melayu cabang Singapura yang kita terima semalam.
Kenyataan itu lebih lanjut menerangkan:
“Baharu-baharu ini kami telah mengadakankan kongres di Queens Theatre. Kita tidak akan berbangga bahawa kongres kita itu membawa erti langkah baharu kita di masa muka sedang kita susun barisan perjuangan kita di pulau ini sedang kita pergerak tenaga kita di sini sedang kita baharui dan tekad azam kita telah kita perteguh.”
“Tetapi apa yang harus diketahui ialah masa bagi membataskan tindakan-tindakan kita dengan hanya membantah bersurat sahaja ke London telah kita tinggalkan di belakang.”
“Masa di muka ialah masa memperhebat perjuangan dan menjitukan tindakan.”
“Golongan kolot bangsawan Melayu tak lama lagi akan bermaharaja-lela memerintah Malaya di bawah naungan panji-panji Colonialism British.”
“Apakah nasib rakyat jelata ketika itu nanti, sesamalah Federation itu kita gambarkan sekarang, hanya barisan yang padu rakyat jelata di susun dari sekarang maka akan dapat kita tentang Federation yang harus kita hadapi dalam abad Federation nanti.”
“Kita harus bekerja agar supaya Pusat Tenaga Ra’ayat merupakan lambang perjuangan rakyat yang kukuh untuk menentang Colonialism dan kekolotan golongan bangsa kita yang akan memerintah kita kelak.”
“Dasar memecah kemudian memerintah dari Imperialist akan bertambah berat di dalam abad Federation kelak untuk meleburkan barisan kita dan fitnah penipuan yang sejelek-jeleknya akan kita terima dari golongan bangsa kita yang bersubahat dengan Imperialist itu, juga untuk memecahkan perpaduan kita.”
“Tetapi, tindakan-tindakan kita yang jitu dan hebat akan kita hadapkan pada mereka. Bersiaplah saudara-saudara untuk menyusun, mengatur dan melengkapkan persediaan tindakan itu dari sekarang.”
“Di Singapura pada 25 haribulan September hari Ahad ini di Farrer Park kita akan mengadakan satu perjumpaan raksasa untuk membantah Federation.”
“Ini hanya baharu satu sahaja tindakan kita di masa hadapan. Ada banyak lagi yang akan dilancarkan. Ini baharu permulaannya sahaja, saudara-saudara.”
“Datanglah beramai-ramai ke Farrer Park pada pukul 10 pagi 25 haribulan ini untuk menunjukkan perpaduan kita menentang Federation.”
“Sekianlah bagi sementara ini kenyataan kami kepada bangsa Melayu di Singapura.”
“Ingat Federation haram bagi kita dan saudara tidak akan lupakan tarikh 25 haribulan September hari Ahad pukul 10 pagi di Farrer Park nanti” — Parti Kebangsaan Melayu, cabang Singapura.
Sumber: Akhbar Utusan Melayu, 20 Sept 1947
Tayangan 'Sepuluh Tahun Sebelum Merdeka' di Pulau Pinang!
Tarikh: Jumaat, 21 Sept 2007
Masa: 8:00 malam (Block A)
Tempat: The Actors Studio Greenhall,
Ground Floor, Zhong Zheng School Memorial Centre,
32 Lebuh Light, Penang
Tiket: PERCUMA!
Untuk buat tempahan tiket bagi filem 'Sepuluh Tahun Sebelum Merdeka', sila hantarkan emel berserta nama, nombor telefon, jumlah tiket dan sesi tayangan (Block A) kepada fff.penang@gmail.com
Layari Freedom Filmfest 2007 untuk maklumat lanjut.
Klik sini untuk baca apa orang KL kata pasal filem ni.
Mai gi nonton! Jumpa hang di sana!
Dicatat oleh Fahmi Reza di 12:23 PG 2 ulasan
Kategori: Masa Tayangan
Rabu, September 19, 2007
Promo dalam NTV7, 19 Sept 2007
Promo Freedom Filmfest 2007 dan Award Ceremony FFF07 pada 16 Sept lalu, dalam program 'The Breakfast Show' di NTV7 pada 19 Sept 2007.
Dalam Award Ceremony sewaktu menerima trofi FFF07 untuk "Most Outstanding Human Rights Film", aku telah berkata:
"Aku nak tujukan kemenangan ini buat semua tokoh2 dalam badan politik kiri yang telah turut sama menyumbang dalam sejarah perjuangan kemerdekaan negara kita. Pejuang-pejuang dalam Parti Kebangsaan Melayu Malaya, Malayan Democratic Union, Angkatan Wanita Sedar, Angkatan Pemuda Insaf, Pan-Malayan Federation of Trade Unions, Pusat Tenaga Rakyat, All-Malaya Council of Joint Action... i salute you sebagai pejuang kemerdekaan."
Malangnya NTV7 tak masukkan kata-kata aku ini dalam video di atas. Hanya keluar muka aku berucap tapi tak dengar suara.
Dicatat oleh Fahmi Reza di 11:05 PG 2 ulasan
Kategori: Liputan Media, Video
Review 10tahun di Kakiseni
Zedeck Siew dari kakiseni.com telah menulis sebuah artikel berkenaan filem 'Sepuluh Tahun Sebelum Merdeka'.
Klik sini untuk baca:
Tembak: KOMAS’s Freedom Film Fest 2007 Opening Night
Dicatat oleh Fahmi Reza di 10:21 PG 0 ulasan
Kategori: Film Reviews
Selasa, September 18, 2007
Tayangan semula 'Sepuluh Tahun Sebelum Merdeka' di KL!
Tarikh: Selasa, 25 Sept 2007
Masa: 9:00 malam
Tempat: The Annexe, Central Market, KL (tingkat 3)
Tiket: PERCUMA!
Jangan lepaskan peluang kedua untuk menonton filem dokumentari yang telah dinobatkan sebagai "Most Outstanding Human Rights Film" pada Freedom Filmfest 2007!
Dicatat oleh Fahmi Reza di 5:15 PTG 0 ulasan
Kategori: Masa Tayangan
Isnin, September 17, 2007
Artikel asal untuk akhbar New Sunday Times, 16 Sept 2007
( Ini artikel asal yang ditulis oleh Zeeneeshri sebelum ia diedit (lihat post sebelum ini) untuk akhbar New Sunday Times, 16 Sept 2007)
THE YEARS BEFORE MERDEKA (Unedited)
by R. Zeeneeshri
IN 1947, Malaya and Singapore witnessed the first political action that united all the races - the hartal. R. ZEENEESHRI speaks to a new filmmaker who revisits this turbulent era.
The years before Merdeka, a postwar era of struggle in identity, may be foggy in the minds of most of us.
"What we know comes from history books, with no form of understanding, just memorising facts," says Fahmi Reza, 30.
"Those years, some feel, are best left forgotten, overshadowed and ignored," he says. See a trailer of his documentary, Sepuluh Tahun Sebelum Merdeka, at www.10tahun.blogspot.com
"It's not just about that single moment when Tunku Abdul Rahman shouted 'Merdeka' seven times. It's not about that gist of hope that some admired from a distance, no matter how ideal and historical that moment was."
The fight for independence was a most complicated process, clashing different elements or ideas that led to the creation of a modern nation. Many tales have slipped under the radar, especially one such as the hartal.
First used by MK Gandhi during the Indian Independence Movement, the hartal is a mass protest often involving a total shutdown of workplaces, offices and shops. It is a mode of appealing to the sympathies of a government to change an unpopular or unacceptable decision.
Some call it a period of dissolution, when the British paid no attention to what was clearly a cry from the people. Self-taught non-commercial freelance graphic designer Fahmi is documenting these unforgotten tales, people and visions.
A winner of the Freedom FilmFest 07 (as part of its 50th Merdeka: The Untold Human Rights Story theme), Fahmi received a RM5,000 grant to make the film.
His 35-minute visual compiles events that led to the hartal, mainly the realization of an independent Malaya and the publication of a People’s Constitution drafted by Putera-AMJCA (Pusat Tenaga Rakyat-All Malayan Council of Joint Action), an alternative constitution to challenge the Federation Constitution.
“I’ve always had an interest in History, but not during school days. I got interested in memoirs and somehow stumbled into works by left wing member,” says Fahmi, readjusting his widely brimmed spectacle frames.
“Their struggle and how they were ignored and some even arrested excited me and since then, I had always wanted to produce a documentary based on them."
He did research and travelled to talk to octogenarians about events that existed then. Most of the grant money went to transportation, food and accommodation.
"But it was all worth it, as not much attention was paid to the late 1940s. These exciting years laid the groundwork for our independence."
“It was a period of intense political activity, in the vacuum after the Japanese surrender, which led to independence being declared in countries like Indonesia and Vietnam.”
Running his fingers through his shoulder length almost-straight hair, Fahmi says it was a time when people also realized that they could do good even without the British.
“They were in a comfort-zone before the war. They knew less than to go against the British even in their own land. It became a British-dependant way of life.
“That was until the Japanese took over and they realized that they did good even without the British. Some began to think beyond, towards neighboring country, Indonesia, where President Sukarno fought and won independence for the country.
“They began to think of freedom, a right to own one’s land. And that’s when the political front began to grow.”
Putera-AMJCA was formed, an alliance of Malay nationalist groups, front parties of the Communist Party of Malaya (CPM), trade unions and even the fledgling MIC and future MCA leader Tun Tan Cheng Lock.
“Looking back at the proposed constitution for a secular, multi-racial nation, I’m surprised at how progressive the thinking was.”
Fahmi says it pushed for equal citizenship rights for all who considered Malaya their permanent home, regardless of race or place of birth.
Another example of progressive thinking for those times was the provision for a Council of Races comprising two representatives of every race, including minorities, to ensure laws did not discriminate.
Given that 60 years have passed since all these events, a vast majority of the people involved have died. Still, Fahmi managed to interview a number of veterans from organisations that belonged to the Putera-AMJCA coalition.
He tapped the memories of significant people like Lim Kean Chye, founder member of the Malayan Democratic Union; Hashim Said, head of an Angkatan Pemuda Insaf (API) division; Majid Salleh, a labour leader who led the Johor State Federation of Trade Unions and who was also a member of Partai Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM); and Zainuddin Andika and Yahya Nassim, both also PKMM members.
Lim and Yahya, are both 88 years of age while the others are not much younger – all eager to tell their side of the story, having waited decades.
“It was hard to find them, to talk to them and gain their trust. Many are very cautious and don’t like to talk about that time because it brings up unhappy memories and dashed hopes. Still, while it’s true that after many years people are vague about details, I felt it was very important that we talked to people who were actually there.”
Fahmi supplemented his interviews with documents from the National Archives and looked up newspapers of the time, like the Straits Echo, Malay Tribune, Utusan and Straits Times.
“I got my friends to help me out on a voluntary basis for the scenes that I shot, especially in handling the camera while interview.
“When they heard about my plan on the documentary, they all wanted in.”
Ironically, the very efficiency of the general strike of 1947 signalled the beginning of the end of this exciting period in Malayan history.
“It was the beginning of a more revolutionary and activist way of life. A life filled with freedom, but sad to say, it was short-lived.
“Just when things started to get juicy, the British slammed them, like a fly caught between a clap.
“But when you analyze the Putera-AMJC loss, what you see was a chance to win, they had the people behind them, and they had the intellect and the drive. They also had the constitution.”
Fahmi realises that revisiting the past can often re-open old wounds. "But there is nothing controversial about this documentary. It is the truth. All this information is out there, in texts, in memoirs. The only reason I made it on film was because we now live in a visual-generation."
“If you dig deeper, the people on the left wing were mostly the people that mattered, the people of grassroots level. The ones on the right were mainly the ‘bangsawan’, people with status. Now, do you think they would have wanted to give up their comfort for fair game? The civilians suffer the most”
“But, this documentary doesn’t deal with that chapter. This is a movie of non-violent political struggle of the underdogs for a better tomorrow.”
Dicatat oleh Fahmi Reza di 3:00 PTG 0 ulasan
Kategori: Liputan Media
Ahad, September 16, 2007
Artikel dalam akhbar New Sunday Times, 16 Sept 2007
Cinema: The years before Merdeka
by R. Zeeneeshri
In 1947, Malaya and Singapore witnessed the first political action that united all the races - the hartal. R. ZEENEESHRI speaks to a new filmmaker who revisits this turbulent era.
THE years before Merdeka, a post-war era of struggle in identity, may be foggy in the minds of most of us. "What we know comes from history books, with no form of understanding, just memorising facts," says Fahmi Reza, 30.
"Those years, some feel, are best left forgotten, overshadowed and ignored, he says. See a trailer of his documentary, Sepuluh Tahun Sebelum Merdeka, at www.10tahun.blogspot.com
"It's not just about that single moment when Tunku Abdul Rahman shouted 'Merdeka' seven times. It's not about that gist of hope that some admired from a distance, no matter how ideal and historical that moment was."
The fight for independence was a most complicated process, clashing different elements or ideas that led to the creation of a modern nation. Many tales have slipped under the radar, especially one such as the hartal.
Hartal is a mass protest that involved a total shutdown of workplaces, offices and shops. It is a mode of appealing to the sympathies of a government to change an unpopular or unacceptable decision. Some call it a period of dissolution, when the British paid no attention to what was clearly a cry from the people.
Fahmi is documenting these unforgotten tales, people and visions. A winner of the Freedom FilmFest 07 (as part of its 50th Merdeka: The Untold Human Rights Story theme), Fahmi received a RM5,000 grant to make the film.
His 35-minute visual compiles events leading to the hartal, mainly the realisation of an independent Malaya and the publication of a People's Constitution drafted by Putera-AMJCA (Pusat Tenaga Rakyat-All Malayan Council of Joint Action), an alternative constitution to challenge the Federation Constitution.
"I became interested in memoirs and stumbled on works by a left-wing member. Their struggle excited me. When I heard of the festival, I put in my proposal and won. I bought a camera and laptop and taught myself to make a film," he says.
He did research and travelled to talk to octogenarians about events that existed then. Most of the grant money went to transportation, food and accommodation. "But it was all worth it, as not much attention was paid to the late 1940s. These exciting years laid the groundwork for our independence."
"After the Japanese Occupation, the people began to think beyond, looking at Indonesia, where President Sukarno fought for and won independence. They began to think of freedom, a right to own one's land. And that's when the political front began to grow."
Putera-AMJCA was formed, an alliance of Malay nationalist groups, front parties of the Communist Party of Malaya, trade unions, the fledgling MIC and future MCA leader Tun Tan Cheng Lock. "Looking back at the proposed constitution for a secular, multi-racial nation, I'm surprised at how progressive the thinking was then."
Fahmi says it pushed for equal citizenship rights for all who considered Malaya their home, regardless of race or place of birth. Another example of progressive thinking then was the provision for a Council of Races comprising two representatives of every race, including minorities, to ensure laws did not discriminate.
Given that 60 years have passed and most of those involved have died, Fahmi managed to interview a number of veterans of the Putera-AMJCA coalition.
He tapped the memories of Lim Kean Chye, founder member of the Malayan Democratic Union, Hashim Said, division head of Angkatan Pemuda Insaf (API), Majid Salleh, a labour leader and member of Partai Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM) and Zainuddin Andika and Yahya Nassim, both PKMM members. Lim and Yahya are both 88 while the others are not much younger.
"It was hard to find them, to talk to them and gain their trust. Many don't like to talk about that time because it brings up unhappy memories and dashed hopes. And while it's true that after many years, people are vague about details, I felt it was very important that we talked to people who were actually there."
Fahmi supplemented his interviews with documents from the National Archives and looked up newspapers of the time, like the Straits Echo, Malay Tribune, Utusan and Straits Times.
Fahmi realises that revisiting the past can often re-open old wounds. "But there is nothing controversial about this documentary. It is the truth. All this information is out there, in texts, in memoirs. The only reason I made it on film was because we now live in a visual-generation."
Sumber: New Sunday Times, 16 Sept 2007, Sunday People.
Dicatat oleh Fahmi Reza di 10:58 PG 0 ulasan
Kategori: Liputan Media
Freedom Filmfest 2007 Most Outstanding Human Rights Film
'Sepuluh Tahun Sebelum Merdeka' telah dianugerahkan "Most Outstanding Human Rights Film" (Filem Hak Asasi Paling Menyerlah) di Freedom Filmfest 2007, malam tadi. Berikut merupakan kenyataan rasmi dari hakim-hakim Freedom Filmfest.
"Sepuluh Tahun Sebelum Merdeka by Fahmi Reza
The relevance of this film to Malaysia's current social and political context cannot be stressed enough. Using as its starting point a most intriguing strategy of civil disobedience – the hartal – this film takes on issues of political participation, colonialism, freedom of association, assembly and expression, and even manages to ask razor-sharp questions about the function of a Constitution, all without skipping a beat. To have these issues explored right in the middle of a very interesting point in Malaysia's development - the state-led euphoria of 50 years of Merdeka and threats to the supremacy of the Constitution are two things that spring to mind – is courageous. To have these issues researched so thoroughly and presented so convincingly is an admirable exercise in intellectual integrity. And to have everything presented so confidently and engagingly, with such dramatic intensity, hails a most welcome development in Malaysian filmmaking.
From the 'God Save the Queen' opening, this film is a fast-paced, absorbing documentary with very strong and creative production values - including strong editing, clever graphics, terrific music soundtrack, and effective use of archive footage and photographs -and compelling characters who bring the past alive. The judges especially like the deliberate absence of an external narrator, and the film was very well researched. Fahmi's film will appeal to its target young audience, as well as Malaysians old enough to remember these events.
A winner."
Sabtu, September 15, 2007
10tahun di KL
Jumaat, September 14, 2007
Temubual untuk NTV7, 14 Sept 2007
Temubual dalam program 'The Breakfast Show' di NTV7 pada 14 Sept 2007.
Hari ini dalam tahun 1947: 12 September
Penubuhan Kesatuan Guru-guru Malaya
Hari ini dalam tahun 1947, Malayan Teachers' Union (Kesatuan Guru-guru Malaya) telah ditubuhkan di Kuala Lumpur. Mesyuarat penubuhan tersebut telah dihadiri oleh wakil-wakil dari kesatuan guru-guru dari Singapura, Negri Sembilan, Selangor, Penang dan Pahang. Dalam mesyuarat itu H. N. Balhatchet, Presiden Singapore Teachers' Union telah berkata:
"At this time of the political awakening of the peoples of Malaya, we teachers have a very important and responsible part to play in shaping of the minds of the future citizens of a self-governing Malaya. We cannot play this role successfully under the present terms of service unless we organise ourselves and unite to work together in a unified education service."
Untuk maklumat lanjut berkenaan perjuangan kesatuan guru-guru sebelum merdeka, sila rujuk buku Kua Busan "Teachers Against Colonialism in Post-War Singapore and Malaya", INSAN 2007.
Dicatat oleh Fahmi Reza di 12:52 PTG 0 ulasan
Kategori: Hari ini dalam tahun 1947
Khamis, September 13, 2007
Promo dalam 8tv, 12 Sept 2007
Promo percuma dalam program 'The 8tv Quickie' pada 12 Sept 2007. Daripada temubual 10 minit dengan aku, dia hanya letak 3 ayat sebagai soundbyte. Tapi sekurang2nya banyak juga footage dari '10tahun' yang dia tunjuk. Nak sampaikan pada remaja, terpaksalah guna ruang media yang lebih dekat dengan remaja, walaupun dapat beberapa saat saja airtime. Terperanjat juga aku bila lihat wajah tokoh Revolusi Indonesia, Tan Malaka keluar dalam TV perdana!
Pagi esok 14 Sept 2007 aku akan keudara dalam program 'The Breakfast Show' di NTV7, secara langsung jam 9 pagi untuk bercakap tentang '10tahun' dan Freedom Filmfest 2007 bersama 2 pemenang lain, Mr. Ong dengan filemnya 'Forgotten' dan Indrani dengan filemnya 'She's My Son'.
Selasa, September 11, 2007
Hari ini dalam tahun 1947: 11 September
Perlembagaan Rakyat Siap Dibentuk
Hari ini dalam tahun 1947, PUTERA-AMCJA telah mengeluarkan Perlembagaan Rakyat kepada akhbar untuk dihebahkan kepada rakyat. Dokumen 60 mukasurat ini telah mengambil masa empat bulan untuk dibentuk, mengambil kira pendapat dan pandangan rakyat pelbagai kaum yang bersatu di dalam badan-badan yang bergabung di bawah PUTERA-AMCJA. Selepas beberapa siri perbincangan dan konsultasi, Billy Kuok dan John Eber dari Malayan Democratic Union (MDU) telah mengetuai satu jawatankuasa khas yang dipertanggungjawabkan untuk menulis draf Perlembagaan tersebut. Kemudian beberapa siri persidangan telah dibuat untuk mengutip pandangan segenap lapisan masyarakat sebelum Perlembagaan Rakyat diluluskan sepenuhnya pada 10 Ogos 1947.
Download dokumen PDF Perlembagaan Rakyat (3.6MB):
Peoples Constitution (1947)
Dicatat oleh Fahmi Reza di 5:14 PG 1 ulasan
Kategori: Hari ini dalam tahun 1947, Perlembagaan Rakyat
Trailer filem 'Sepuluh Tahun Sebelum Merdeka'
"Hartal ni tutup semua kedai..." -- Yahya Nassim
"...tak dibuka terus satu hari..." -- Hashim Said
"Kajang tutup... Kuala Lumpur tutup..." -- Yahya Nassim
"Bas tak ada, motokar tak ada, teksi tak ada, apa tak ada..." -- Majid Salleh
"Hartal just means a general strike by everyone..." -- Lim Kean Chye
"Semua sekali mogok... jalan keretapi mogok, apa mogok..." -- Majid Salleh
"Hartal ni... MEMBANTAH!" -- Zainuddin Andika
Khamis, September 06, 2007
Artikel tentang AWAS, Julai 1957
PERSATUAN SIASAH WANITA YANG PERTAMA
oleh Siti
Kalau menyebutlah kita “Angkatan Wanita Sedar” sekarang ini, maka berertilah kita mengingati kembali kepada sebahagian wanita dikalangan rakyat jelata di Tanah Melayu, yang pernah membentuk satu badan pergerakannya yang berdasarkan kepada cita-cita kewanitaan dan kerakyatan. Atau untuk lebih tegas lagi, biarlah saya sebutkan berdasar kepada kewanitaan dan kerakyat-jelataan.
Namanya sederhana, ahli-ahlinya juga terdiri dari wanita-wanita yang cukup sederhana. Iaitu wanita-wanita yang mempunyai keinginan untuk mencapai tempat alam, sebagaimana yang dikecapi oleh wanita-wanita yang megah bangsawan. Niat mereka membentuk badan pergerakannya itu, bukanlah pula kerana akan bercerai hubung dengan wanita-wanita atau puan-puan bangsawan yang telah bertuah dapat berdendang menikmati kemakmuran yang dilimpah mewahkan Tuhan. Malah tujuan terbesarnya ialah untuk mencari jalan bagaimana supaya keadaan kejelataan mereka itu dapat dibela oleh mereka sendiri. Semoga dengan demikian akan sama-sama juga dapat mereka melayakkan diri untuk membantu perjuangan bangsa, kepentingan rakyat dan negeri.
Kerana sederhananya keadaan mereka, kerana terlalu mundurnya alam pengetahuan di dada, pun kerana kekurangan dalam serba serbinya, maka alangkah sederhananya pula pertubuhan yang mereka bentuk dengan kesedaran tenaga daya yang sedia-sedianya sahaja.
Untuk bersendirian dalam segala gerak-gerinya, sudah tentu tak mungkin. Maka bersyukurlah wanita-wanita sederhana itu, kerana ada sebuah badan politik rakyat yang mahu memimpin dan menaungi mereka, sehingga rela parti itu menjadikan Angkatan Wanita Sedar tersebut sebagai satu cabang wanita partinya. Parti itu bukanlah lain dari Parti Kebangsaan Melayu Malaya, yang telah terpaksa dibubarkan pada tahun 1950. Terbubarnya PKMM itu, bererti terbubar pulalah AWASnya, maka terpaksalah ahli-ahli wanita pertubuhan tersebut mencari jalan lain untuk mengatur atau untuk memupuk kesedaran yang telah dijiwai mereka selama berada di dalam AWAS dahulu. Oleh kerana itu tidaklah hairan kalau kini kedapatan banyak bekas-bekas ahli AWAS yang memasuki pertubuhan itu dan ini, kerana memang itulah yang digalakkan oleh PKMM kepada warga-warganya sebelum ia terpaksa dibubarkan kira-kira tujuh tahun yang lampau.
Pada tanggal 31 Ogos ini muncullah Tanah Melayu menjadi sebuah negara yang Merdeka. Sebagai seorang wanita, gembiralah saya, atau menumpang gembiralah saya, kerana ada juga nampaknya wanita-wanita terkemuka dari bangsa kita, yang sama-sama mengambil peranan mengekori pemimpin-pemimpin memperjuangkan kemerdekaan itu. Walaupun wanita-wanita itu bukan dari kalangan rakyat jelata (agaknya), tetapi penuhlah harapan kita, supaya wanita-wanita terkemuka itu akan penuh dengan jiwa dan perasaan ingin membela wanita-wanita rakyat jelata, yang tentunya terlalu ingin diperbaiki nasibnya, untuk perhatian wanita-wanita terkemuka bangsa kita itu, maka ada baiknya disamping mangalu-alukan kemerdekaan tanggal 31 Ogos ini, saya memalingkan ingatan mereka sejenak kepada pertubuhan Wanita Sedar, yang pertubuhannya pada waktu ini sudah tidak didengar lagi.
ANGKATAN WANITA SEDAR
Alangkah sederhananya nama pertubuhan itu! Bayangkanlah bagaimana keadaan-keadaan yang mungkin pada kira-kira sepuluh tahun yang lampau. Akan tidak dapatlah saya lupakan bagaimana hebatnya segolongan bangsa kita memomokkan pekikkan Merdeka pada waktu itu. Alangkah mahalnya tenaga segelintir pemimpin-pemimpin yang telah berjaya menggembling jiwa rakyat untuk sedar dan bangun membentuk sesuatu masyarakat yang bebas dan sihat. Tidak pula dapat dirinya saya sendiri khasnya, dan AWAS amnya, melupakan betapa hebatnya suasana yang mungkin dan menghalang pertubuhan Angkatan Wanita Sedar pada kira-kira sepuluh tahun yang lampau.
Aduh.....! dari teratak kampung yang penuh dengan debu dan lumpur, dari masyarakat tani di desa-desa yang serba kekurangan, dapat juga diasuh beberapa orang wanita rakyat untuk sedar, dan hasilnya tertubuhlah pertubuhan Angkatan Wanita Sedar pada tahun 1946 dengan membawa suasana rancangan pergerakannya yang tertentu dan bermutu, tidaklah panjang umur Angkatan Wanita Sedar itu. Namun demikian pun, dibandingkan dengan kerakyat-jelataannya, banyak juga usaha-usaha luar biasa yang yelah dilakukannya. Kalau saya sebut luar biasa di sini, maka itu adalah luar biasa mengikut pengertian wanita jelata.
Untuk lebih menjelaskan, ada baiknya dibayangkan sedikit di sini rancangan-rancangan pergerakan Angkatan Wanita Sedar itu, yang antara lain adalah seperti berikut:
1. Menyedari dan menyusun satu barisan wanita Tanah Melayu yang sefaham untuk membantu mencapai kemerdekaan bangsa dan tanahair.
2. Menyatu-padukan kaum ibu Tanah melayu supaya mengerti akan kewajipan terhadap bangsa dan nusa.
3. Memperbaiki taraf-taraf kaum ibu Melayu Tanah Melayu, hingga dapat menyamai taraf kaum ibu bangsa asing yang ada di dunia ini.
4. Memperbanyakkan taraf-taraf pelajaran, pergaulan dan membanteras buta huruf di kalangan kaum ibu Malaya.
5. Merapatkan tali persahabatan di antara wanita-wanita Melayu khasnya dan wanita-wanita bangsa asing umumnya, dan lain-lain lagi.
Maka dengan tujuan-tujuan tersebut di atas, AWAS bergerak, tetapi kerana pada waktu ini kesedaran pergerakan dalam kalangan wanita Melayu belum begitu tebal dan meluas, maka AWAS sebenarnya telah mendapat banyak tentangan dan dicap wanita pelampau, yang sebenarnya adalah wanita kesatria. AWAS sebenarnya ingin membentuk satu masyarakat wanita Melayu yang kuat perpaduannya dan tidak kurang maju dari wanita-wanita bangsa asing. Dengan segala kesederhanaannya tetapi dengan semangat bekerja yang berkobar-kobar terus juga ia bergerak sedikit demi sedikit dan dengan jiwa dan semangat yang keraslah maka AWAS telah berhasil membentuk cabang-cabangnya di seluruh Tanah Melayu dan Singapura.
Banyak orang salah mengerti tentang gerakan AWAS ini. Maka hari ini, salah pengertian tentang AWAS ini didapati diganti dengan rasa penghargaan. Tetapi hari ini, jika kita tinjau dari segi sejarah perkembangan kemajuan berorganisasi dalam kalangan wanita Melayu, maka salah pengertian tentang AWAS itu dapatlah diganti dengan rasa penghargaan.
Rasa penghargaan bahawa wanita Melayu dengan segala kekurangan dan tenaga dari dalam dan luar masyarakat, telah membuktikan bahawa wanita Melayu itu adalah wanita kesatria yang tidak mahu ketinggalan di samping pejuang-pejuang lelaki walaupun perjuangan itu akan meminta pengorbanan jiwa raganya.
Bahawa gerakan AWAS mencerminkan jiwa dan semangat perjuangan wanita Melayu sepuluh tahun yang lalu, adalah suatu hal yang akan tetap menjadi ciptaan semangat perjuangan wanita di masa datang.
AWAS tidak berpaling dari tujuan-tujuannya. Dalam beberapa waktu setelah AWAS terbentuk maka usaha-usaha ke arah pembanterasan buta huruf dalam kalangan wanita Melayu telah dijalankan dan telah membawa hasil yang baik. Dengan segala kekurangan mata benda, wang, tenaga dan keperluan lainnya, AWAS terus terus juga bergerak ke arah tujuannya. Maka pada bulan Oktober 1947 terjadilah Kongres Angkatan Wanita Sedar, iaitu kongres pertama wanita Melayu yang bertempat di Kajang. Kongres ini adalah kongres yang amat bersejarah dalam perjuangan wanita sedar Melayu. Walaupun waktu itu perhatian dari sebahagian besar wanita Melayu masih ringan terhadap kongres itu tetapi sambutan para perwakilan dan pemerhati-pemerhati dari seluruh Tanah Melayu sungguh mengharukan.
Suasana dalam kongres itu sungguh sangat sederhana. Kesederhanaan mana bagi wanita jelata tidaklah asing lagi. Selama tiga hari kongres itu berjalan dengan penuh bersemangat dan wakil-wakil serta pemerhati-pemerhati memajukan kesungguhan hatinya untuk mengabdi pada tanahair.
Perancangan-perancangan dalam kongres itu antara lain adalah mengenai penyiasatan keadaan dan kedudukan wanita Melayu seluruhnya di Tanah Melayu dan Singapura; penggabungan dari semua perkumpulan-perkumpulan wanita Melayu yang akan merupakan suatu barisan wanita Melayu dan usaha-usaha memajukan wanita Melayu.
Kalau kita membaca sejarah perjuangan Indonesia, maka terdapatlah pula bahawa di sana pada tahun 1928 terjadilah kongres pergerakan wanita Indonesia yang pertama. Kongres itu kemudian dinamai Perikatan Perempuan Indonesia (PPI).
Tujuan kongres itu adalah sebagai berikut:
1. Mempersekutu cita-cita.
2. Berusaha memajukan perempuan Indonesia.
3. Menggabungkan perkumpulan-perkumpulan wanita.
Demikianlah setelah 19 tahun terkebelakang dari wanita-wanita maka pada tahun 1947 barulah terjadi kongres pertama wanita Melayu dari Angkatan Wanita Sedar, yang merupakan suatu lukisan sejarah yang tidak dapat dilupakan begitu saja.
Terlihatlah oleh kita bahawa tujuan kongres pertama wanita Indonesia dan wanita Melayu, tidaklah banyak berbeza. Tujuan-tujuan itu menjadi titik permulaan perjuangan kaum wanita kepada tingkat perjuangan yang lebih luas lagi. Siapakah yang akan meneruskan perjuangan untuk memperbaiki dan mempertinggi darjat kaum wanita sendiri. Berapa macam ketidakadilan yang terdapat dilakukan ke atas kaum wanita, dan begitu jauhnya wanita kita ketinggalan dalam benyak lapangan. Semuanya ini adalah menjadi tenggungjawab kaum wanita. Akan tiba masa nanti bahawa kaum wanita harus dapat berdiri sendiri untuk menjalankan usaha-usaha perjuangan ke arah kemajuan kaum wanita. Juga akan sampai waktu nanti bahawa kaum wanita akan memilih jalan yang tersendiri menghadapi perjuangan ini dan tidak lagi bergantung pada kaum lelaki.
Dalam sebuah perjuangan negara yang telah Merdeka, perjuangan kaum wanita akan bertambah luas lagi dan dengan keinsafan dan kemahuan bekerja, kaum wanita akan dapat memberikan sumbangan yang berguna untuk menyempurnakan pembangunan sebuah negara yang baru Merdeka itu.
Perjuangan Angkatan Wanita Sedar yang telah patah atau dipatahkan oleh darurat, adalah perjuangan wanita Melayu. Jika sepuluh tahun yang lalu wanita Melayu cergas bergerak dan berusaha untuk kepentingan kaum wanita Melayu, sedangkan pada waktu itu tiap pergerakan nasional mendapat tentangan dan tekanan hebat dari pihak pemerintah, maka sudah tentu dalam bahasa negara yang telah Merdeka dan yang memerlukan tenaga tiap warga negara turut aktif dalam pembangunan masyarakat yang bebas dan sihat, wanita Melayu akan lebih giat bekerja menyusun pergerakannya dan akan berusaha berganda-ganda lebih dari apa yang telah pernah dikerjakan oleh pergerakan AWAS di zaman penjajahan sepuluh tahun yang silam. Mudah-mudahan dapat sepuluh tahun yang akan datang, kita akan sama-sama melihat kemajuan yang meluas dalam kalangan wanita Melayu, kemajuan mana sejak mula telah diimpi-impikan oleh AWAS.
Sumber: Buku ‘Album Malaya Merdeka 31 Ogos 1957’ yang disusun oleh Nong Chik Ghani, Ebi Muara, A. Rahim Satiman dan Adnan Ahmad, 10 Julai 1957
Dicatat oleh Fahmi Reza di 8:18 PTG 7 ulasan
Kategori: Artikel, Badan Politik
Puisi Perjuangan: Perjuangan Pangkal Kejayaan (1947)
PERJUANGAN PANGKAL KEJAYAAN
oleh Masuri S.N. (Martina)
Sejak dahulu turun temurun,
Berzaman-zaman berkurun2,
Sejarah menukilkan, riwayat menyebutkan,
Perjuangan itu pangkal kejayaan.
Bukankah sesudah hujan lebat,
Segala tumboh2an segar sehat,
Bukankah satelah ayer bah melimpah,
Sekali pantai berubah!
Bila waktu menchapai hujong usaha,
Adakah hasil atau kechewa,
Maka berjuang hebat itulah penutup kata,
Pemutus akhir hina atau mulia.
Bukankah berjuang itu maha dahshat,
Hebat ngeri payah gelisah resah,
Tetapi berjuang juga 'kan jadi hebat,
Bagi Perwira yang berhati tabah.
Kerana itulah disa'at pembangunan ini,
Jiwa semangat kita mesti tahan uji,
Berjuang sajalah lambang kita kini,
Dalam menchapai cita2 suchi.
Sumber: Majalah ‘Kenchana’, Bilangan 4, Apr 1947
Dicatat oleh Fahmi Reza di 7:16 PTG 0 ulasan
Kategori: Puisi Perjuangan
Artikel asal untuk akhbar The Sun, 1 Ogos 2007
(Ini artikel asal yang aku tulis yang kemudiannya telah diterjemah dan diedit ke dalam bahasa Inggeris untuk akhbar The Sun, 1 Ogos 2007)
PERJUANGAN BERPERLEMBAGAAN GOLONGAN KIRI MENENTANG PENJAJAHAN KOLONIAL BRITISH
oleh Fahmi Reza
Pada 20 Oktober 1947, seluruh Malaya dan Singapura telah menyaksikan tindakan politik pertama yang melibatkan penyatuan rakyat pelbagai kaum — ‘Hartal’ seluruh Malaya.
‘Hartal’, satu mogok ekonomi menyeluruh yang digunakan secara berkesan dalam perjuangan kemerdekaan di India, telah digunakan buat pertama kali di Malaya oleh golongan politik kiri dalam PUTERA-AMCJA sebagai senjata melawan penjajahan British di Malaya.
PUTERA-AMCJA
PUTERA-AMCJA merupakan sebuah barisan bersatu dua gabungan politik besar di Malaya; Pusat Tenaga Ra’ayat (PUTERA) dan All-Malaya Council of Joint Action (AMCJA).
AMCJA ialah sebuah persekutuan parti-parti politik, kesatuan-kesatuan buruh, pesatuan-persatuan wanita dan organisasi-organisasi pemuda yang ditubuhkan pada 22 Disember 1946.
AMCJA dianggotai oleh Malayan Democratic Union (MDU), Malayan Indian Congress (MIC), Pan-Malayan Federation of Trade Unions (PMFTU), 12 State Women’s Federation in Malaya, Malayan New Democratic Youth League (MNDYL), The Malayan People’s Anti-Japanese Ex-Service Comrades’ Association, serta badan-badan lain.
Walaupun didominasi oleh badan-badan politik kiri, AMCJA telah dipengerusikan oleh seorang kapitalis Peranakan Melaka yang terkenal, Tan Cheng Lock.
AMCJA bergerak atas 6 dasar:
1. Malaya bersatu, termasuk Singapura
2. Satu dewan perundangan pusat bagi seluruh Malaya yang dilantik sepenuhnya oleh rakyat melalui pilihanraya
3. Hak-hak politik yang sama bagi semua yang menganggap Malaya sebagai tanahairnya dan sebagai tumpuan taat setianya
4. Sultan-sultan Melayu haruslah mengambil tempatnya sebagai Raja-raja perlembagaan yang berdaulat penuh dan menerima nasihat-nasihat rakyat melalui institusi-institusi yang demokratik, bukan ‘penasihat-penasihat’ Inggeris
5. Hal-elwal agama Islam dan adat istiadat Melayu haruslah diletak di bawah penguasaan orang-orang Melayu
6. Perhatian khas haruslah diberikan kepada kemajuan orang-orang Melayu
PUTERA pula merupakan sebuah gabungan badan-badan politik kiri Melayu yang ditubuhkan pada 22 Februari 1947, dianggotai oleh Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM), Angkatan Pemuda Insaf (API), Angkatan Wanita Sedar (AWAS), Barisan Tani Se-Malaya (BATAS), Gerakan Angkatan Muda (GERAM), Lembaga Persatuan Melayu Johor, serta lain-lain persatuan-persatuan yang kecil.
PUTERA dipengerusikan oleh Ishak Haji Muhammad, seorang wartawan dan tokoh nasionalis yang merupakan salah seorang pengasas Kesatuan Melayu Muda (KMM) pada 1938. Terdapat 14 dasar yang menjadi matlamat PUTERA:
1. Malaya Bersekutu termasuk Singapura dan lain-lain pulau sekelilingnya
2. Kerakyatan Malaya haruslah dinamakan ‘Melayu’ (dengan pengertian yang luas dan progresif)
3. Bahasa Melayu haruslah dijadikan bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi bagi Malaya
4. Bendera Kebangsaan dan lagu Kebangsaan untuk Malaya ditetapkan bagi mendapat Malaya Bersekutu dan Malaya Merdeka
5. Kerajaan Pusat Malaya dan Kerajaan negeri yang sepenuh-penuhnya dilantik oleh rakyat jelata
6. Raja-raja Melayu sebenarnya Raja yang berdaulat yang bertanggungjawab kepada rakyat menerusi Majlis Mesyuarat yang dilantik rakyat
7. Perlembagaan baru mestilah mempunyai syarat-syarat yang khas untuk kemajuan politik, ekonomi, pelajaran bangsa Melayu
8. Ugama Islam dan adat istiadat Melayu sepenuhnya dikuasai oleh rakyat jelata bangsa Melayu menerusi Majlis Mesyuarat yang istimewa
9. Hak-hak kerakyatan yang sama rata bagi orang-orang yang mahu tinggal tetap di Tanah Melayu ini dan mengaku dengan sumpah taat setia kepada Malaya
10. Pertahanan dan hal-ehwal luar negeri haruslah menjadi tanggungjawab bersama Kerajaan Malaya dan Kerajaan British buat sementara
11. Menolak bulat-bulat cadangan Perlembagaan Federation
12. Menuntut Jawatankuasa Perundingan dimansuhkan
13. Menuntut Kerajaan mengadakan perundingan baru dengan badan politik berhubung dengan Perlembagaan Federation
14. Mendesak Sultan-sultan dan Pekembar jangan menerima cadangan Perlembagaan Federation
PUTERA-AMCJA telah berjaya menggabungkan semua badan-badan politik yang terdapat di Malaya kecuali United Malays National Organisation (UMNO) dan Communist Party of Malaya (CPM), dalam satu barisan popular rakyat untuk membantah Perlembagaan Federation yang digubal oleh Kerajaan Kolonial British bagi menggantikan Malayan Union.
Mereka membantah Perlembagaan Federation yang dianggap sebagai tidak demokratik kerana Perlembagaan tersebut telah dirangka melalui rundingan sulit antara Kerajaan Kolonial dengan golongan bangsawan Melayu dan mengetepikan pendapat dan kehendak rakyat jelata Malaya yang mahukan demokrasi dan hak berkerajaan sendiri.
Mereka mengecam tindakan Kerajaan Kolonial yang hanya berunding dengan satu pihak itu sebagai taktik ‘pecah dan perintah’ untuk memecah-belahkan perpaduan rakyat.
PUTERA-AMCJA telah mengemukakan bantahannya melalui rapat-rapat umum di seluruh Malaya. Dalam setiap perhimpunan yang dihadiri ribuan rakyat pelbagai kaum, pemimpin-pemimpin PUTERA-AMCJA seperti Tan Cheng Lock, Ishak Haji Muhammad, John Thivy, Philip Hoalim Sr., Dr. Burhanuddin Helmy, Gerald de Cruz, Ahmad Boestamam, K. Ganapathy dan Shamsiah Fakeh telah menyampaikan pidato-pidato yang menerangkan kepentingan untuk rakyat segala bangsa bersatu menentang Perlembagaan Federation dan menyokong perjuangan PUTERA-AMCJA.
PUTERA-AMCJA turut menganjurkan mesyuarat-mesyuarat massa di seluruh Malaya untuk meluluskan resolusi-resolusi membantah Perlembagaan Federation. Beratus-ratus telegram dan surat-surat bantahan telah dihantar kepada Kerajaan Kolonial British. Tetapi segala bantahan ini langsung tidak dipedulikan oleh British.
PERLEMBAGAAN RAKYAT
PUTERA-AMCJA menyedari bahawa satu program yang lebih tegas dan progresif perlu dicipta untuk memenangi sokongan massa rakyat yang lebih luas. Mulai bulan Mei 1947, PUTERA-AMCJA mula merangka sebuah perlembagaan alternatif bagi menyaingi Perlembagaan Federation. Pada 10 Ogos 1947, Perlembagaan Rakyat telah siap disusun dengan mengambil kira pendapat dan aspirasi pelbagai kelompok dalam perikatan PUTERA-AMCJA.
Akhbar the Straits Times telah menggelar Perlembagaan Rakyat sebagai ‘the first political attempt to put Malayan party politics on a plane higher than that of rival racial interests, and also as the first attempt to build a political bridge between the domiciled non-Malay communities and the Malay race.’
Perlembagaan Rakyat merupakan sebuah dokumen komprehensif yang merangkumi peruntukan untuk sebuah sistem kerajaan yang demokratik ke arah pembentukan sebuah kebangsaan dan negara-bangsa baru yang merdeka.
Pada 21 September 1947, Perlembagaan Rakyat telah dipersembahkan buat pertama kalinya di hadapan lebih 20,000 rakyat yang berhimpun dalam rapat umum di Farrer Park, Singapura. Dari situ bermulalah kempen kebangsaan PUTERA-AMCJA untuk menjelaskan isi kandungan Perlembagaan Rakyat kepada seluruh rakyat Malaya.
Perjumpaan, rapat-rapat umum, dan demonstrasi telah diadakan di merata tempat untuk mendapatkan sokongan rakyat. Perlembagaan Rakyat telah diterbitkan dalam 4 bahasa dan disebarkan ke seluruh Malaya.
Salinan Perlembagaan Rakyat juga telah dihantar kepada Kerajaan Malayan Union, Perdana Menteri Great Britain dan Colonial Office di London. Tetapi sekali lagi, pihak British terus tidak mengindahkan PUTERA-AMCJA, enggan dibawa berbincang, dan menolak segala cadangan yang terkandung di dalam Perlembagaan Rakyat.
HARTAL SE-MALAYA
Pada 6 Oktober 1947, bagi memperhebatkan bantahan mereka, PUTERA-AMCJA telah mengeluarkan ‘Manifesto Hartal’ yang menyeru ‘upon all those who regard Malaya as their real home, to observe 20 October 1947 as a Day of Protest against the Revised Constitutional Proposals, by staging a Malaya-wide Hartal on that day.’
‘October 20 has been selected as the Day of Protest because it is on that day that the British Parliament is scheduled to begin its Autumn session, during which it is reported that a debate on the constitutional issue in Malaya will take place.’
‘On October 20, therefore, between the hours of six a.m. and midnight, all those who regard Malaya as their real home and who support the People’s Constitutional Proposals issued by PUTERA-AMCJA, are asked not to carry out their usual occupations, but to remain indoors throughout the day and night.’
‘You are asked for one day to cease work in order to demonstrate to government that you reject the undemocratic Revised Constitutional Proposals, and in order to carry our struggle for acceptance of the People’s Constitution one step further.’
‘October 20 is the day on which the people of Malaya will be called upon to stage the greatest political demonstration that this country has ever seen.’
Mulai 7 Oktober 1947, bermulalah kempen propaganda PUTERA-AMCJA untuk menjayakan Hartal Se-Malaya bagi membuktikan pada Kerajaan Kolonial British sokongan padu massa rakyat dibelakangnya.
‘Panduan Hartal’, yang menerangkan langkah-langkah untuk menjalankan dan menjayakan Hartal dan ‘12 Slogan Hartal’ telah dihantar kepada media, kepada semua badan-badan yang bergabung dalam PUTERA-AMCJA dan kepada 30 pusat-pusat gerakan PUTERA-AMCJA di seluruh Malaya untuk diterjemah dan disebarkan kepada rakyat.
’Jawatankuasa Hartal’ telah disusun di setiap negeri untuk menyelaras dan merancang aktiviti-aktiviti propaganda untuk Hartal. Lebih 300 ‘Propaganda Corps’ turut dibentuk untuk menjelajah ke setiap pekan, daerah dan kampung untuk menampal poster-poster serta menyebar risalah-risalah menerangkan tujuan tindakan Hartal dijalankan.
Maka, pada 20 Oktober 1947, bermula dari jam 6 pagi, seluruh Malaya telah berhartal. Peniaga tidak membuka kedai, buruh tidak turun ke lombong, pekerja tidak pergi ke kilang dan pelabuhan, penoreh tidak keluar menoreh, petani tidak turun ke bendang, nelayan tidak turun ke laut, suri rumah tidak turun ke pasar, pemuda-pemudi tidak turun ke taman-taman hiburan. Hanya pejabat Kerajaan Kolonial, syarikat perniagaan Eropah, dan beberapa kedai-kedai sahaja yang berjalan seperti biasa.
Kerajaan Kolonial British telah dianggarkan menanggung kerugian sebanyak 4 juta pound sterling akibat dari mogok Hartal itu.
Menurut PUTERA-AMCJA, Hartal juga merupakan ‘a unique method of political education. It brought the constitutional issue into every home in the country, and confronted every man, woman and child with this issue. Even in the Government English schools, children in the fourth and fifth standards questioned their teachers about the Hartal, asked about its nature and why the Government was opposed to it.’
Walaupun Hartal telah berjaya dijalankan dengan cemerlang, tetapi ia gagal mengubah dasar British dalam soal perlembagaan. Kerajaan Kolonial British menolak bulat-bulat Perlembagaan Rakyat dan terus komited pada perjanjiannya dengan golongan bangsawan Melayu dan mempertahankan Perlembagaan Federation.
Pada 1 Februari 1948, Perlembagaan Federation telah diguna-pakai dalam Federation of Malaya yang menggantikan Malayan Union.
Bagi memadamkan bantahan PUTERA-AMCJA terhadap Federation of Malaya dan tututan kemerdekaan mereka yang semakin lantang, Kerajaan Kolonial British telah mengisytiharkan undang-undang Darurat pada 18 Jun 1948. Beribu-ribu pemimpin dan anggota PUTERA-AMCJA telah ditangkap. Ramai yang merengkok bertahun-tahun dalam tahanan dan ramai juga yang dibuang negeri. Kebanyakan badan-badan politik dalam PUTERA-AMCJA telah diharamkan atau dibubarkan. Detik ini merupakan titik-tolak yang menandakan permulaan dan penghabisan perjuangan berperlembagaan golongan kiri dalam memperjuangkan kemerdekaan untuk Malaya.
Dicatat oleh Fahmi Reza di 6:50 PTG 0 ulasan
Kategori: Liputan Media
Rabu, September 05, 2007
Artikel tentang PMCJA, Jan 1947
THE PAN-MALAYAN COUNCIL OF JOINT ACTION
by John Eber
The PMCJA is the expression of a movement which has been developing for the last 20 years and of which Mr. Tan Cheng Lock has been the pioneer.
Colonial imperialist policy has ever relied on the truth of the slogan “Divide and Rule.” The recent history of India shows that this method of ruling though effective from the point of view of the rulers has the result of stirring up among the ruled such animosities and jealousies that they are prevented from effective self-government. This only serves, of course, to emphasise the value of the “Divide and Rule” policy, as far as the ruling power is concerned; it facilitates control over colonies or “protected territories,” and renders them impotent when the movement for self-government is on the brink of success.
However, it is possible for the ruled, as well as rulers, to learn by their mistakes. The history of Malaya shows surprising similarity in certain respects; even today, the “Constitutional Proposals” drafted by the Working Committee have a strong family resemblance to the constitution of some Indian States.
During the war, the people of Malaya have awakened with a start to the realisation that they are one of the few groups of people left in the world who have not achieved even a semblance of representative self-government. A war on the scale of this last war cannot but force even the least politically advanced people to question themselves as to the relevant issues. Allied propaganda was to the effect that the war was a fight for freedom and democracy and the Atlantic Charter put such sentiments down on paper. Malaya suffered in that struggle for democracy and, by direct contact with the Fascist enemy, came to realise by personal experience, the relevant issues. This fact hastened immeasurably the progress of the realization of the necessity for the creation of a nation in Malaya, in which the deliberate encouragement of division and separation between the racial groups in Malaya had no part, and in which, on the contrary, those racial groups could co-operate in the peace, security and prosperity of Malaya. This necessity was realised outside Malaya, and Mr. Tan Cheng Lock’s work in India contributed to this realisation. A result of this realisation was the Union scheme, which, however, failed adequately to consider the special position of the Malays. In spite of a long period of the so-called “pro-Malay policy” of Malayan Governments, the Malay people as a whole have reaped little benefit from such a policy, which has relied to a greater extent on words than on deeds. The Malay people are now coming to an understanding of the lack of value of such a policy on the part of a non-democratic government, and of the greater value of such a policy on the part of a democratic movement, in which all racial groups joined hands in tackling the primary task of democracy in Malaya – the betterment and stabilisation of the economic and educational position of the Malays. A programme of equality “for all who make Malaya the object of their undivided loyalty” must be based on this fundamental consideration – that political equality is unreal unless there is economic and educational equality. This is only common-sense: a programme of equality does not presuppose equality, it aims at equality; it aims at special effort to push forward those whose educational and economic position is weak, in order to make the political equality a reality.
This consideration is, however, taken as an excuse by those who seek to delay the setting-up of democratic institutions, who claim that the political equality must await the economic and educational equality. That this claim is made by those who possess vested interests in Malaya, can only arouse the suspicion on the part of the people that the claim is based on self-interest rather than on an objective view of the best interests of the people. Here again the recent history of India has shown that a controlling-power has at its finger-tips a variety of reasons why that control should not be relinquished, and that those reasons are revealed in practice to be no more than excuses.
The educational and economic equality of the people as a whole can, in fact, only be undertaken by the people as a whole themselves since it is to the definite disadvantage of the people as a whole to retard the progress of their less fortunate elements. The economic and educational advancement of the Malay population can best be achieved by the co-operation of all races in Malaya, working together for the mutual benefit through democratic institutions. It is not a question of running before learning to walk; democracy is not a privilege, exclusively reserved for ‘advanced” races with white skins; it is a right. To say that a group of people are “not yet ready for self-government” is to say that there are other groups of people who are not only ready for self-government but are ready for the government of other groups.
This arrogant claim would not be open to the accusation of self-interest if colonies were not a profitable concern; the fact that they are a profitable concern renders this claim very open to the challenge of self-interest.
In the months after the occupation of Malaya, this movement of the people of Malaya towards unity grows in intensity, and led ultimately, in December 1946, to the formation of the PMCJA, composed of Associations, of all races, pledged themselves to work for a constitution for Malaya based on the following 3 principles:-
(a) A United Malaya inclusive of Singapore:
(b) Responsible self-government through a fully elected central legislature for the whole of Malaya and
(c) Equal citizenship rights for all who make Malaya their home and the object of their undivided loyalty.
The first act of the PMCJA was to oppose the undemocratic and secret methods by which the new proposals were drawn up.
After the publication of the proposals, it was realised, with the best will in the world, they could not be accepted, since they were based on principles which were fundamentally unsound. All elections were refused, an artificial and valueless citizenship created, and the official majority continued to exist (although some of the officials were to assume disguise); the Malay Rulers were again required “to undertake to accept the advice of the High Commissioner,” a requirement which rendered hollow the British claim that the Malay Rulers were to be sovereign (though constitutional) monarchs.
The PMCJA therefore had no alternative but to reject the proposals, and special emphasis was laid on the unreality of the claim that the interests of the Malays had been protected. It was pointed out that the interests of the masses of the Malays had been over-looked. With the setting-up of the Consultative Committee, it began to be very clear that the proposals, as they stood, were to be protected from any organized and powerful criticism, by the use of divisionist and separatist machinery. Such machinery has been tried in India and has been found to be successful in this function. The PMCJA was therefore resolved to boycott the Consultative Committee, as being composed of nominated individuals with no right or claim to act as the mouthpiece of the people, and as being designed to render impotent the criticism offered, by by-passing the opposition of the PMCJA, the unified expression of the opinions of the people.
The PMCJA will continue its opposition to attempts to split the unity of the people, to deny to them their right to co-operate in the building of the future constitution of Malaya. The PMCJA stands for the unity of all races in Malaya, a unity based on the real equality of opportunity which requires a special consideration for the position of the Malays.
Source: Appendix buku Tan Cheng Lock ‘Malayan Problems’, published by TANNSCO, 1947
Dicatat oleh Fahmi Reza di 3:06 PTG 3 ulasan
Kategori: Artikel, Badan Politik, PUTERA-AMCJA
Puisi Perjuangan: Bambu Runching (1947)
BAMBU RUNCHING
oleh M.A. Yahya
Bambu runching Kita bawa,
Menghadap musoh dengan tersenyum,
Senjata sakti adalah chinta,
Pengikat semboyan tiga sekuntum.
Chinta kepada nusa dan bangsa,
Diperteguh bahasa satu,
Chinta yang bersarang senantiasa,
Didada Pemuda setiap waktu.
Sorak sorai ramai berderai,
Menandakan kepastian didalam hati,
Tujuan kita akan terchapai,
Kemenangan Kita sudahlah pasti.
Sumber: Majalah ‘Kenchana’, Bilangan 3, Mac 1947
Dicatat oleh Fahmi Reza di 1:59 PTG 0 ulasan
Kategori: Puisi Perjuangan
Artikel dari akhbar The Malaya Tribune, 17 Dis 1946
THE COMMUNITIES AND THE CONSTITUTION
by R.B. Ooi
A year ago the Malayan Democratic Union came into being with the aim of creating a Malayan political party to work for representative self-government in Malaya. Because it admitted into its ranks Malayans of all types, it was suspected of leftist tendencies as it had among its members many who belonged to the Communist Party.
The party was not taken seriously in Singapore but in the Malayan Union it soon a gained large number of adherents. The MDU has got out to crystallise the idea that lies in the minds of all true Malayans – identification with the country.
The Malayan citizenship question has thrown into bold relief the main purpose of the MDU, which has now felt it time to go into action. Accordingly it has sponsored a Council of Joint Action to fight Federation proposals which have been drawn up without consultation with the domiciled communities.
The communal trouble that occurred in certain parts of the Union some months back were looked upon by some as inspired by those who wished to divide the country into communal units, and alienate them from the idea of a union of all Malayan peoples.
At the first anniversary of the MDU, Mr. Tan Cheng Lock put his finger on the main point when he said: “We have set a movement afoot aiming at winning our freedom by making Malaya one country and one nation, with a common destiny for all its peoples animated by a spirit of brotherhood and active cooperation for mutual benefit in all spheres of life. There is no other alternative if we Malayans of all races are intent upon facing realities and securing the supreme political good of liberty and justice.”
So much political thunder was stolen by the UMNO six months ago that the Malay Nationalist Party which seceded from it, has not come into great prominence. The MNP has, however, weaned away from UMNO a large number of the latter’s followers partly because of Dato’ Onn’s appointment as Dato Mentri Besar, Johore, but largely because the authorities ignored the Malay masses when the Federation proposals were being drawn up.
There has been sufficient feeling among the Malay peasants against the perpetuation of the privileges enjoyed by the Sultans and the Malay aristocracy that some of them have toyed with the idea of forming a third party – the Malay Communist Party. Their contention is that the Sultans and the datohs have done nothing to better their lot.
The M.N.P. is more realistic in that it realizes the necessity of co-operating with the domiciled communities, whom the UMNO on the other hand regards as interlopers out to dominate the country.
These twin moves, the growth of strength of the Malayan Democratic Union and the break away from the UMNO, are possibly the most significant political development in this country since the liberation, and it is especially interesting that the leading Malay paper, the influential “Utusan Melayu” itself should have questioned a few days ago the right of the UMNO to claim that it is fully representative of all Malays. In its columns too have appeared readers’ views asserting that that body “represents only the Sultans and the Malay aristocracy, and that its object is to restore the privileges of the Sultans and the aristocracy as they were in 1940.”
The UMNO is entitled, of course, to its policy, but to say the least it is a matter of opinion whether it can in fact lay claim to be fully representative, or whether its policy is designed to bring together not only the Malays but the non-Malay domiciled communities whose interest in the future constitution of Malaya and in its advance towards self-government is not less than that of the Malays.
Everything that has happened in the past few months has emphasised not merely the desirability but the necessity of all the communities reaching a common viewpoint on these immense matters of common interest. That is the principle behind the Committee of Joint Action formed not alone in Singapore, but in the Union. The whole question is one of Pan-Malayan interest, and of inter-community responsibility, and to think along any other lines is to wander along jungle trails that lead nowhere.
Sumber: Akhbar The Malaya Tribune, 17 Dis 1946
Artikel dari majalah Kenchana, Jan 1947
KITA, ORANG MELAYU HARI INI!
Dengan chogan kata di atas kita memperingatkan kepada semua kaum Melayu supaya jangan tertipu terperlemah dan terperangkap oleh pehak yang hendak menggunakan diri kita faedah mereka.
Dari mula dunia terkembang, orang Melayu telah berserah tonggang nasib-nya hitam puteh kepada tangan Y.M.M. dan Y. berhormat dan akhir-nya nasib orang Melayu jatoh sejatoh-jatohnya dan menerima menjadi Nasib Kaum Terjajah yang lemah sekali di dalam dunia ini, di-bawah Pemerintah Kerajaan Inggeris. Kejatohan Melayu ini dan kelemahan Melayu ini salah-nya terpulang kepada Penganjor Melayu yang sudah-sudah ia-itu yang tergamak menjual-kan Tanah Ayer Melayu dan menukar-kan nyawa Melayu kepada wang dan kesenangan mereka yang mana akhir-nya seperti yang kita nampak Orang Melayu jatoh melepek.
Perang Dunia Kedua menyedar-kan kaum Melayu kembali dan kerana itu terbitlah perasaan “Kita Orang Melayu Hari Ini” yaani berhak bersuara, kerana menjaga dan membetol-kan masib kita di atas tanah ayer kita.
Oleh itu U.M.N.O. (Pekembar) M.N.P. (Pekemam) bukanlah arti-nya dipunyai oleh ketua-ketua itu sendiri ialah dipunyai oleh orang ramai Melayu hari ini. Jadi dengan itu sewajib-nya apa-apa keputusan yang hendak dibawa oleh U.M.N.O. atau M.N.P. untok pengetahuan pemerintah atau diketengahkan kepada ramai mahulah dipersetuju-kan oleh orang Melayu ‘am. Jangan-lah terjadi seperti sekarang yang sudah terjadi ia itu: Malayan Union terjadi dengan pekerjaan Sultan-Sultan sendiri dan kemudian Malayan Union ditukar-kan kepada Federation dengan ranchangan Sultan2 dan Penganjor2 itu sendiri, di sini ada-kah bermaana orang Melayu hari ini puas hati dengan langkah asalkan Kaum Bangsawan-nya sahaja puas hati? Kita nampaknya tidak begitu! Orang Melayu tidak puas hati dengan apa yang telah dijalankan oleh Penganjor2-nya, kerana orang Melayu ramai yang dahulu-nya bersama menolak Malayan Union itu bukan meminta ditukar dengan Federation yang akan menjadikan orang Melayu di-pechah2kan oleh ber-Johor, ber-Perak, ber-Pahang dan lain2 ia-lah orang Melayu berkehendakkan Malaya bagi orang Melayu yang tujuan-nya membetolkan dan membaik-kan nasib orang Melayu dalam semua perengkat dan dalam serba serbi.
Sebab itu kita sudah nampak bayang2-nya orang Melayu tidak puas hati kepada penganjor2-nya yang chuba membelakang-kan muslihat orang Melayu ramai.
Dalam sementara itu kita harap orang Melayu hari ini berdiri-lah sebagai orang Melayu yang tidak redza nasib-nya di-perjudi-kan oleh Penganjor2 nya kerana keuntongan pada lain pehak, tetapi orang Melayu sendiri akan tergadai dan terima hidup melarat.
Sumber: Majalah ‘Kenchana’, Bilangan 1, Jan 1947
Artikel dari majalah Kenchana, Feb 1947
RA’YAT JELATA MELAYU JANGAN DI-BODOHKAN TERUS!
Soal Malayan Union sudah dapat dirobohkan oleh Orang Melayu Am apabila mereka ketahui Sultan2 Tanah Melayu menjualkan Kemerdahekaan Negeri Melayu kapada Kerajaan Inggeris dengan tidak berondeng dan tidak setahu Rakyat Jelata Melayu… dan kemudian orang Melayu dapat menebusnya samula.
Tetapi malang Tanah Melayu yang baharu ditebus oleh Rakyat Jelata itu telah hendak dimasokkan samula ka dalam lukah Inggeris oleh Raja2 Melayu dan Penganjor2 yang memikirkan dirinya telah penoh berkuasa diatas Rakyat Jelata, dan pekerjaan nya ini juga dengan tidak berondeng dengan Rakyat Jelata dan telah pandai2 berondeng dengan Kerajaan Inggeris meranchangkan pula PERSAKUTUAN NEGERI MELAYU, konon!
Apabila chadangan Persakutuan Negeri2 Melayu didzahirkan kepada pengetahuan ramai, Rakyat Jelata Melayu telah sama membantah tidak bersetuju dengan ranchangan itu kerana chadangan itu tidak berondeng dengan Rakyat Jelata dan chadangan dalam Perlembagaan baharu itu tidak berdasar Democratic! Chadangan itu tetap tidak mementingkan nasib Ra’yat Melayu Jelata, chadangan itu hanya untok faedah Raja2 Melayu dan Orang Besar2nya sahaja.
Bertambah malang nasib orang Melayu Jelata, apabila mereka bersuara membantah chadangan Perlembagaan baharu itu lalu mereka ditudoh dan dichap Menderhaka oleh Raja2 Melayu dan orang2 Besar serta Penganjor2nya yang hendak menipu rakyat Jelata.
Pehak Kenchana tetap berdiri disisi Rakyat Melayu Jelata dan mempertahankan Kedaulatan Rakyat, dengan sebab itu bersama2 dengan Rakyat Melayu Jelata membantah chadangan Perlembagaan baharu Malaya itu tidak sah karena ranchangan itu hanya diperbuat oleh 12 orang yang dilantek oleh Kerajaan Inggeris, bukan dari Rakyat Jelata ya’ni tidak berdasarkan Kedaulatan Rakyat.
Kerajaan Inggeris, Raja2 Melayu dan orang2 Besar Melayu patut mesti sedar, yang Rakyat Jelata Melayu masa ini bukan boleh disamakan seperti masa sabelum perang yang baharu lepas ini atau saperti orang Melayu zaman dahulu kala hanya menyerahkan nasibnya dan jiwa raganya kapada Raja2nya, atau kapada orang Besarnya, orang Melayu hari ini telah sedar dan mengerti tanggongan mereka kaatas Tanah Ayernya dan Bangsa nya, mereka tidak redza nasib mareka diperjudikan oleh Rajanya atau oleh Penganjornya kerana kepentingan diri Raja2 dan Penganjor2 itu, mereka berkehendakkan kemuliaan hidup dan Kemerdahekaan Bangsa dan Tanah Ayernya.
Sebab itu disini Kenchana berseru dan menchadangkan kapada Kerajaan Inggeris dan Raja2 Melayu serta Penganjor2 Melayu iaitu berhubong dengan pemerentah Malaya yang akan datang mestilah memakai Kedaulatan Rakyat yang sebenar, serta chorak pemerentahan yang hendak diadakan itu mestilah berundeng dan dapat persatujuan dari Rakyat Melayu Jelata, bukan hanya dengan Raja2 dan orang Besar2 Melayu yang hanya mementingkan diri mereka sahaja.
Disini juga Kenchana memperingatkan kapada saudara2 sebangsa dan satanah ayer supaya lebeh ingat dan berjaga2 kena pelemah dari Kerajaan dan bangsa2 dagang yang hendak masokkan kita kedalam perangkap mereka, orang Melayu mesti sedar iaitu orang Melayu boleh merdaheka dan layak merdaheka saperti bangsa yang merdaheka dalam dunia ini.
Lagi Kenchana memperingatkan yang bangsa kita terjajah beratus tahun lamanya, dan kita telah berserah bulat nasib kita katangan Raja2 dan orang Besar2 dan akhirnya hingga hari ini kita telah nampak terang yang nasib bangsa Melayu amat burok iaitu: bodoh, miskin, melarat dan terhempet, kalah dalam segala perjuangan, maka semuanya ini kerana hanya kita perchaya dan ta’at kepada KETUA2 kita yang tidak mengindahkan nasib bangsanya, sebab itu bangkitan kita pada kali ini mestilah disusun dengan rapat dan rapi supaya jangan dapat lagi diperjudikan oleh Pengkhianat Bangsa dan Tanah Ayer yang bertopengkan pura2 menjadi PENYELAMAT BANGSA.
Sumber: Majalah ‘Kenchana’, Bilangan 2, Feb 1947
Puisi Perjuangan: Seruanku!!! (1947)
SERUANKU!!!
oleh Hz. Umar
Oh Malaya tanah pusaka,
Tempatku suka, Tempatku duka.
Bilakah masanya akan tiba.
Terlepas kamu dari sipenjajah?
Bilakah masa akan tibanya.
Zaman kebesaran dahulu kala,
Zaman Hang Tuah dan Tun Fatimah,
Pahlawan Malaya yang gagah perkasa.
Ta’kan Melayu hilang di dunia.
Itulah kata Panglima Hang Tuah,
Wahai pemuda Malaya selurohnya
Itulah pedoman maju kemuka.
Wahai pemuda turut Hang Tuah,
Kaum pemudi chontoh Tun Fatimah,
Maju kita bersama sama
Menuntut kemerdekaan Tanah Malaya
Pemuda pemudi bangunlah! bangun!
Buka selimut hari lah siang,
Jangan lah lagi duduk ngalamun!
Sekaranglah sa’at kita berjuang.
Chobalah lihat kiri dan kanan!
Timor barat utara selatan,
India, Indonesia, China, Pilipina,
Menjadi chambuk kepada kita.
Kemerdekaan Malaya kewajipan kita
Untok mencharinya sampai berjumpa
Marilah kerahkan segala tenaga,
“Malaya Merdeka” musti terchipta.
Sumber: Majalah ‘Kenchana’, Bilangan 2, Feb 1947
Dicatat oleh Fahmi Reza di 10:51 PG 0 ulasan
Kategori: Puisi Perjuangan
Puisi Perjuangan: Bergerak Serentak (1947)
BERGERAK SERENTAK
oleh Nor Kalam
Bergerak serentak Melayu se-Malaya
Menuju kemerdekaan sinar bercahaya
Bersatu padu sedaya upaya
Untuk pusaka Tanah yang mulia
Bergerak serentak ke pantai Merdeka
Ombak yang gurindam seloka
Berharap syurga jahanamlah neraka
Mudah-mudahan bersama suka…
Sumber: Majalah Mastika, April 1947
Dicatat oleh Fahmi Reza di 10:31 PG 0 ulasan
Kategori: Puisi Perjuangan
Selasa, September 04, 2007
Kronologi Sejarah: 1945
15 Ogos 1945
Tamat Perang Dunia Kedua, berakhirnya pendudukan Jepun di Malaya. Bermulanya British Military Administration (BMA) di Malaya dan Singapura
3 Sept 1945
Tentera British mendarat di Penang
10 Okt 1945
British umumkan Rancangan Malayan Union. 9 negeri Melayu dan 2 negeri Selat disatukan di bawah Malayan Union. Singapura dijadikan koloni berasingan
17 Okt 1945
Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM) ditubuhkan di Pejabat akhbar Suara Rakyat, di Ipoh, Perak oleh Ahmad Boestamam, Mokhtaruddin Lasso, Baharuddin Tahir, Dahari Ali, Abdullah CD, Arshad Ashaari, Rahman Rahim, Swito, Ibrahim Karim, Dzulkifli Ownie, Musa Ahmad, Abdul Samad
18 Okt 1945
Sir Harold MacMichael tiba di Malaya untuk mengutip tandatangan 9 Raja-raja Melayu bagi menyerahkan kuasa pemerintahan negeri-negeri Melayu kepada British
30 Nov 1945
Kongres Pertama PKMM di Ipoh, Perak
21 Dis 1945
Malayan Democratic Union (MDU) ditubuhkan di Singapura oleh Philip Hoalim Sr., Lim Kean Chye, Lim Hong Bee dan John Eber
21 Dis 1945
Setiap Raja-raja Melayu telah memeterai perjanjian baru dengan British untuk membentuk Malayan Union
Dicatat oleh Fahmi Reza di 1:37 PTG 13 ulasan
Kategori: Kronologi Sejarah
Kronologi Sejarah: 1946
22 Jan 1946
Perlembagaan Malayan Union telah diluluskan oleh Parlimen British. Kertas Putih 'Malayan Union dan Singapura' telah dikeluarkan
Jan 1946
Banyak persatuan2 Melayu negeri dihidupkan semula (Persatuan Melayu Perak, Persatuan Melayu Pahang, Persatuan Melayu Selangor, Pergerakan Melayu Semenanjung Johore, etc) untuk membantah Malayan Union
15 Feb 1946
Pan-Malayan General Labour Union (PMLGU) ditubuhkan di Singapura
17 Feb 1946
Angkatan Pemuda Insaf (API) ditubuhkan di Ipoh, Perak oleh Ahmad Boestamam, Abdul Rahman Rahim dan Bakar Thareek
1 Mac 1946
Kongres Melayu Se-Malaya berlangsung di Kelab Sultan Sulaiman, Kampong Bahru, Kuala Lumpur untuk membincangkan pergerakan kebangsaan Melayu bagi menentang Malayan Union. Kongres dihadiri oleh 41 buah pertubuhan, 107 orang wakil dan 56 orang pemerhati. Dato’ Onn dilantik sebagai Pengerusi Kongres
1 April 1946
Malayan Union telah diisytihar secara rasmi di Malaya. Sir Edward Gent ditabalkan sebagai Gabenor Malayan Union yang pertama. Pemimpin-pemimpin UMNO dan Raja-raja Melayu memboikot majlis pertabalan tersebut
2 Mei 1946
Gent bersidang dengan Raja-raja Melayu dan bersetuju untuk meminda Perlembagaan Malayan Union
11 Mei 1946
Kongres Melayu Se-Malaya yang kedua berlangsung di Istana Besar Johor Bahru. United Malays National Organisation (UMNO) atau Pertubuhan Kebangsaan melayu bersatu (Pekembar) dirasmikan. Dato’ Onn dilantik sebagai Yang Dipertua.
(?) Mei 1946
Dua Ahli Parlimen British, Captain L.D. Gammans dan Rees-Williams dihantar ke Malaya untuk menjelajah seluruh negeri untuk mengutip pandangan Raja-raja Melayu dan rakyat terhadap Malayan Union. Rapat umum dan protes diadakan di setiap tempat yang mereka lawati
1 Jun 1946
Malcolm MacDonald, Gabenor-General British bagi Asia Tenggara, tiba di Kuala Lumpur untuk bersidang dengan Raja-raja Melayu dan pemimpin UMNO
29 Jun 1946
Persidangan UMNO yang kedua di Dewan Bandaran Ipoh, Perak. PKMM telah mengambil langkah keluar dari persidangan dan terus menarik diri dari UMNO
3 Julai 1946
British, Raja-raja Melayu dan pemimpin UMNO mencapai kata sepakat supaya Union diganti Federation dan Gabenor diganti High Commissioner
25 Julai 1946
British telah membentuk Jawatankuasa Kerja 12-orang untuk menggubal perlembagaan baru yang akan menggantikan Malayan Union (6 wakil British, 4 wakil Raja-raja Melayu, 2 wakil UMNO)
1 Ogos 1946
PKMM menolak Jawatankuasa Kerja dan menuntut perundingan dibuat dengan pertubuhan2 yang mewakili rakyat, termasuk bukan Melayu
(?) Ogos 1946
Malayan Indian Congress (MIC) ditubuhkan. 600 orang hadir, John A. Thivy dilantik sebagai Presiden
10 Nov 1946
John A. Thivy menyeru supaya diadakan satu persidangan antara kaum untuk membincangkan cara untuk menegaskan pendirian rakyat berhubung dengan isu perlembagaan baru yang tidak memperdulikan pendapat umum
18 Nov 1946
Jawatan Kuasa 12-orang siap dengan Draf Perlembagaan dan dihantar kepada Kerajaan British
19 Nov 1946
Mesyuarat tidak rasmi di rumah peguam H.B. Tallala untuk membincangkan penubuhan satu badan bertindak
12 Dis 1946
Kerajaan British meluluskan Draf Perlembagaan
14 Dis 1946
Council of Joint Action (CJA) dibentuk di Singapura untuk bergerak serentak dalam menghantar cadangan-cadangan bagi perlembagaan baru Malaya. Menggabungkan 8 pertubuhan: PKMM, MDU, Singapore Federation of Trade Unions (SFTU), MIC, Clerical Union, Straits Chinese British Association (SBCA), Indian Chamber of Commerce dan Ceylon Tamil Association
16 Dis 1946
CJA hantar telegram bantahan kepada Creech Jones, Secretary of State for the Colonies di London
22 Dis 1946
Pan-Malayan Council of Joint Action (PMCJA) dibentuk di Kuala Lumpur untuk menggantikan CJA. Tan Cheng Lock dilantik sebagai Pengerusi dan John Eber dilantik sebagai Setiausaha. Gabungan disertai oleh PMFTU, dan Malayan Peoples Anti-Japanese Ex-Service Comrades Association
22 Dis 1946
Kongres Pertama API di Melaka. ‘Testamen Politik API’ tulisan Ahmad Boestamam dikeluarkan
24 Dis 1946
Kertas Putih Draf Perlembagaan Federation dikeluarkan
25 Dis 1946
Kongres Kedua PKMM di Melaka
Dicatat oleh Fahmi Reza di 1:36 PTG 0 ulasan
Kategori: Kronologi Sejarah
Kronologi Sejarah: 1947
10 Jan 1947
Persidangan Majlis Agong UMNO yang keempat diadakan di Balai Besar Alor Star, Kedah untuk membincangkan pindaan dan meluluskan Draf Perlembagaan Federation
10 Jan 1947
Pan-Malayan Conference of Women’s Union bersidang di Kuala Lumpur untuk menolak Draf Perlembagaan Federation dan menyokong PMCJA
26 Jan 1947
Mesyuarat umum PMCJA di Kuala Lumpur untuk menghantar bantahan rasmi terhadap Draf Perlembagaan Federation
5 Feb 1947
Demonstrasi anti-Federation di Melaka
10 Feb 1947
Demonstrasi anti-Federation di Fun and Frolic Park, Penang
15 Feb 1947
PKMM keluarkan 8 cadangan untuk perlembagaan baru Malaya
19 Feb 1947
Demonstrasi anti-Federation di Teluk Anson, Perak
22 Feb 1947
Pusat Tenaga Ra’ayat (PUTERA) dibentuk di Kuala Lumpur. Dihadiri oleh 29 pertubuhan Melayu. Menggabungkan PKMM, API, Angkatan Wanita Sedar (AWAS), Barisan Tani Se-Malaya (BATAS), Gerakan Angkatan Muda (GERAM) dan lain-lain persatuan. Ishak Hj. Muhammad dilantik sebagai Pengerusi dan Taha Kalu sebagai Setiausaha Agung
1 Mac 1947
Demonstrasi anti-Federation di Kuantan, Pahang
3 Mac 1947
Ahmad Boestamam ditangkap kerana mencetak buku yang menghasut bertajuk ‘Testamen Politik API’. Dia didapati bersalah dan didenda $1,000. John Eber menjadi peguambela
(?) Mac 1947
PMCJA dan PUTERA membentuk pakatan PUTERA-PMCJA dan bergerak bersama atas 10 Prinsip Rakyat
30 Mac 1947
Demonstrasi anti-Federation di Farrer Park, Singapura
15 April 1947
Societies Ordinance telah dilaksanakan semula untuk mewajibkan pendaftaran semua pertubuhan di Malaya
15 April 1947
Demonstrasi anti-Federation di Johor Bahru, Johor
1 Mei 1947
Sambutan Hari Buruh Sedunia di Singapura
(?) Mei 1947
PUTERA-PMCJA mula berbincang untuk mengemukakan cadangan-cadangan perlembagaan mereka sendiri. Sebuah jawatankuasa telah dibentuk untuk menggubal draf perlembagaan itu
11 Mei 1947
Mesyuarat PUTERA-AMCJA yang dihadiri 12 pertubuhan keluarkan resolusi menuntut Societies Ordinance dimansuhkan
16 Mei 1947
Lembaga Kesatuan Melayu Johor (LKMJ) menarik diri dari UMNO dan masuk PUTERA-PMCJA
12 Jun 1947
Kerajaan Kolonial British meminda Societies Ordinance, 15 pertubuhan politik dikecualikan dari pendaftaran
4 Julai 1947
Persidangan wakil2 PUTERA-PMCJA meluluskan draf Perlembagaan yang dibentuk
10 Julai 1947
Persidangan penuh pimpinan PUTERA-PMCJA di Kuala Lumpur meluluskan draf perlembagaan yang dikenali sebagai Perlembagaan Rakyat
24 Julai 1947
Kertas Putih ‘Revised Constitutional Proposals’ dikeluarkan oleh British. Tiada banyak perubahan dari Draf Perlembagaan Federation
(?) Ogos 1947
Pan-Malayan Council of Joint Action (PMCJA) menukar nama kepada All-Malaya Council of Joint Action (AMCJA)
10 Ogos 1947
PUTERA-AMCJA meluluskan Perlembagaan Rakyat secara rasmi
bersambung…
Dicatat oleh Fahmi Reza di 1:31 PTG 0 ulasan
Kategori: Kronologi Sejarah
Isnin, September 03, 2007
Puisi Perjuangan: Angkatan Baru (1947)
ANGKATAN BARU
oleh Masuri S.N.
Berlapis barisan angkatan baru
Melangkah gerak maju setia
Merentak lebor ikatan dulu
Merentak putus belitan jiwa
Bangun semua, para perwira
Dari gunong terjun menurun
Menuju laut idaman sukma
Tiada peduli aral bersusun
Sudah tekad di dalam hati
Angkatan baru semarak watan
Sudah sepakat di dalam bakti
Rela derita, sudi berkorban
Tiada lain ikatan datang
Hanya satu bukanlah dua
Angkatan baru tetap berjuang
Sahingga Nusa gemilang rupa....
Sumber: Majalah 'Kenchana' Bilangan 7, Julai 1947
Dicatat oleh Fahmi Reza di 7:20 PTG 0 ulasan
Kategori: Puisi Perjuangan
Foto Tokoh-tokoh PKMM & API
Gambar ini di ambil di tepi belukar di sebuah kampung, di Sitiawan dalam negeri Perak dalam tahun 1946.
Duduk dari kiri:
Ahmad Boestamam
Ishak Hj. Muhammad
Mahmud Abdul Samad
Ayus Nurdin
Berdiri dari kiri:
Abdullah Ayub
Khalid Wazir
Rahman Rahim
Baharuddin Latif
Dom Madzi Ibrahim
Sumber: Buku Ahmad Boestamam, 'Merintis Jalan ke Punchak' Penerbitan Pustaka Kejora 1972
Dicatat oleh Fahmi Reza di 10:47 PG 0 ulasan
Kategori: Badan Politik, Foto
Ahad, September 02, 2007
Puisi Perjuangan: Bermulanya Detik Perjuangan
BERMULANYA DETIK PERJUANGAN
Oleh Majid Salleh
Pada akhir-akhir tahun 1945
tahun empire Jepun menyerah kalah
detik jajahan Jepun hancur musnah
detik ‘ohayo gozaimas’ mula dilupakan
diganti semula dengan ‘good morning’
Pada saat-saat itulah juga awal mula pertama mula
bangsa Melayu mengukir sejarah
sejarah yang tak kunjung padam
sejarah perjuangan menuntut kemerdekaan
menerusi sebuah pertubuhan parti politik
PKMM nama badannya
Parti Kebangsaan Melayu Malaya nama penuhnya
Malay Nationalist Party nama Inggerisnya
ditubuhkan di Ipoh, Perak
Para penajanya terdiri dari budak-budak
nakal belaka
budak-budak yang berumur di bawah 30 tahun
budak-budak yang tidak punya apa-apa kelulusan
Di antara budak-budak penajanya
Ahmad Boestamam dari Behrang, Tanjung Malim, Perak
Baharuddin Tahir dari Kuala Kangsar, Perak
Mokhtaruddin Lasso dari Bidor, Perak
Abdullah CD dari Lambor, Perak
Dahari Ali dari Sungai Raya, Kampung Kepayang, Perak
Swito dari Ayer Kuning, Kampar, Perak
Arshad Ashaari dari Bidor, Perak
Musa Ahmad dari Pengkalan Baru Gopeng, Perak
Rahman Rahim dari Tanjung Rambutan, Perak
Dan… dan… ramai lagi
Pada awal tahun 1946 datang Dr. Burhanuddin
datang Ishak Hj. Muhammad (Pak Sako) sekarang doktor
datang Shamsuddin Salleh, penulis dan pengarang
datang Cikgu Harun Aminurrashid
dan datang… datang mencurah-curah
PKMM tertubuh di seluruh pelusuk tanah air
dari Timur ke Barat dan
dari Utara ke Selatan hingga ke Singapura
Puak-puak yang mula-mula menerima
ialah rakyat jembel, orang-orang kampung
orang-orang buta huruf, rakyat jelata
rakyat tertindas, rakyat miskin
Orang-orang kaya jangan diharap
apa lagi orang berpangkat
orang-orang mengerat jauh sekali
Ayuh berjuang! Seru pemimpin
Maju sekarang! Sahut pengikut
Sumber: 'Memoir Abdul Majid Salleh dalam PKMM dan Kesatuan Buruh' Penerbit UKM, 2004
Dicatat oleh Fahmi Reza di 10:51 PTG 0 ulasan
Kategori: Puisi Perjuangan