DASAR2 PARTY KEBANGSAAN MELAYU
1. Mempersatu-padukan bangsa Melayu, menanamkan semangat kebangsaan dalam sanubari orang2 Melayu dan bertujuan untok menyatukan Malaya di dalam keluarga yang besar yaitu Republic Indonesia Raya.
2. Bertujuan hendak menchapai iktisad hak kemerdekaan berpedato, bergerak, bersidang, berfikir dan menuntot pelajaran.
3. Membangkitkan kedudukan iktisad bangsa Melayu dengan jalan memajukan perusahaan perniagaan dan pertanian serta menaikkan taraf penghidupan bangsa Melayu.
4. Menchapai kebebasan berchuchok tanam. Orang yang hendak berchuchok tanam itu bebas dari membayar sewa tanah bila2 masa ada di mana juga dan dibebaskan pula menjual hasil usahanya itu di pasar perniagaan.
5. Menghendaki diberi kebebasan penoh kepada orang Melayu mendirikan sekolah2 kebangsaan mereka, yaitu tempat mereka mendapat pelajar2 dengan bahasanya dengan perchuma.
6. Menghendaki kebebasan menchetak buku2 nya sendiri, menggalakkan pelajaran sechara demokrasi, supaya meninggikan kedudokan bangsa Melayu dalam siasat (politik) untok mendi’ayahkan rasa kebangsaan kepada orang2 Melayu.
7. Party Kebangsaan Melayu hendak bekerjasama dengan lain2 dan bekerja untok mendirikan perpaduan pendudok2 Malaya (Malayan United Front) bagi menjadikan Malaya Merdeka makmor dan bahagia sebagai satu anggota Republic Indonesia Raya.
8. Menyokong gerakan ummat Indonesia dalam perjuangan mereka merebot kemerdekaan.
Telah disetujui dan disahkan oleh Kongres Pertama Party Kebangsaan Melayu Malaya di Ipoh pada 30 Nov 1945 hingga 3 Dis 1945.
Sumber: 'Rang Undang-undang 1946, Parti Kebangsaan Melayu Malaya'.
Ahad, September 02, 2007
8 Dasar PKMM (1946)
Dicatat oleh Fahmi Reza di 9:21 PTG
Kategori: Badan Politik
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan