22 Jan 1946
Perlembagaan Malayan Union telah diluluskan oleh Parlimen British. Kertas Putih 'Malayan Union dan Singapura' telah dikeluarkan
Jan 1946
Banyak persatuan2 Melayu negeri dihidupkan semula (Persatuan Melayu Perak, Persatuan Melayu Pahang, Persatuan Melayu Selangor, Pergerakan Melayu Semenanjung Johore, etc) untuk membantah Malayan Union
15 Feb 1946
Pan-Malayan General Labour Union (PMLGU) ditubuhkan di Singapura
17 Feb 1946
Angkatan Pemuda Insaf (API) ditubuhkan di Ipoh, Perak oleh Ahmad Boestamam, Abdul Rahman Rahim dan Bakar Thareek
1 Mac 1946
Kongres Melayu Se-Malaya berlangsung di Kelab Sultan Sulaiman, Kampong Bahru, Kuala Lumpur untuk membincangkan pergerakan kebangsaan Melayu bagi menentang Malayan Union. Kongres dihadiri oleh 41 buah pertubuhan, 107 orang wakil dan 56 orang pemerhati. Dato’ Onn dilantik sebagai Pengerusi Kongres
1 April 1946
Malayan Union telah diisytihar secara rasmi di Malaya. Sir Edward Gent ditabalkan sebagai Gabenor Malayan Union yang pertama. Pemimpin-pemimpin UMNO dan Raja-raja Melayu memboikot majlis pertabalan tersebut
2 Mei 1946
Gent bersidang dengan Raja-raja Melayu dan bersetuju untuk meminda Perlembagaan Malayan Union
11 Mei 1946
Kongres Melayu Se-Malaya yang kedua berlangsung di Istana Besar Johor Bahru. United Malays National Organisation (UMNO) atau Pertubuhan Kebangsaan melayu bersatu (Pekembar) dirasmikan. Dato’ Onn dilantik sebagai Yang Dipertua.
(?) Mei 1946
Dua Ahli Parlimen British, Captain L.D. Gammans dan Rees-Williams dihantar ke Malaya untuk menjelajah seluruh negeri untuk mengutip pandangan Raja-raja Melayu dan rakyat terhadap Malayan Union. Rapat umum dan protes diadakan di setiap tempat yang mereka lawati
1 Jun 1946
Malcolm MacDonald, Gabenor-General British bagi Asia Tenggara, tiba di Kuala Lumpur untuk bersidang dengan Raja-raja Melayu dan pemimpin UMNO
29 Jun 1946
Persidangan UMNO yang kedua di Dewan Bandaran Ipoh, Perak. PKMM telah mengambil langkah keluar dari persidangan dan terus menarik diri dari UMNO
3 Julai 1946
British, Raja-raja Melayu dan pemimpin UMNO mencapai kata sepakat supaya Union diganti Federation dan Gabenor diganti High Commissioner
25 Julai 1946
British telah membentuk Jawatankuasa Kerja 12-orang untuk menggubal perlembagaan baru yang akan menggantikan Malayan Union (6 wakil British, 4 wakil Raja-raja Melayu, 2 wakil UMNO)
1 Ogos 1946
PKMM menolak Jawatankuasa Kerja dan menuntut perundingan dibuat dengan pertubuhan2 yang mewakili rakyat, termasuk bukan Melayu
(?) Ogos 1946
Malayan Indian Congress (MIC) ditubuhkan. 600 orang hadir, John A. Thivy dilantik sebagai Presiden
10 Nov 1946
John A. Thivy menyeru supaya diadakan satu persidangan antara kaum untuk membincangkan cara untuk menegaskan pendirian rakyat berhubung dengan isu perlembagaan baru yang tidak memperdulikan pendapat umum
18 Nov 1946
Jawatan Kuasa 12-orang siap dengan Draf Perlembagaan dan dihantar kepada Kerajaan British
19 Nov 1946
Mesyuarat tidak rasmi di rumah peguam H.B. Tallala untuk membincangkan penubuhan satu badan bertindak
12 Dis 1946
Kerajaan British meluluskan Draf Perlembagaan
14 Dis 1946
Council of Joint Action (CJA) dibentuk di Singapura untuk bergerak serentak dalam menghantar cadangan-cadangan bagi perlembagaan baru Malaya. Menggabungkan 8 pertubuhan: PKMM, MDU, Singapore Federation of Trade Unions (SFTU), MIC, Clerical Union, Straits Chinese British Association (SBCA), Indian Chamber of Commerce dan Ceylon Tamil Association
16 Dis 1946
CJA hantar telegram bantahan kepada Creech Jones, Secretary of State for the Colonies di London
22 Dis 1946
Pan-Malayan Council of Joint Action (PMCJA) dibentuk di Kuala Lumpur untuk menggantikan CJA. Tan Cheng Lock dilantik sebagai Pengerusi dan John Eber dilantik sebagai Setiausaha. Gabungan disertai oleh PMFTU, dan Malayan Peoples Anti-Japanese Ex-Service Comrades Association
22 Dis 1946
Kongres Pertama API di Melaka. ‘Testamen Politik API’ tulisan Ahmad Boestamam dikeluarkan
24 Dis 1946
Kertas Putih Draf Perlembagaan Federation dikeluarkan
25 Dis 1946
Kongres Kedua PKMM di Melaka
Selasa, September 04, 2007
Kronologi Sejarah: 1946
Dicatat oleh Fahmi Reza di 1:36 PTG
Kategori: Kronologi Sejarah
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan