Semasa sesi diskusi dan soal-jawab selepas tayangan filem 10tahun di Penang waktu Freedom Filmfest tahun lepas, Dr Cheah Boon Kheng telah meluangkan masa untuk hadir bagi menjawab soalan dan berkongsi pandangan tentang subjek sejarah yang diketengahkan dalam dokumentari tersebut.
Dr Cheah Boon Kheng, seorang sejarawan terkemuka di Malaysia merupakan mantan Profesor Sejarah di Universiti Sains Malaysia (USM) Penang dan telah mengarang beberapa buah buku sejarah termasuk Masked Comrades: a Study of the Communist United Front in Malaya, 1945-48 (1979), dan Red Star Over Malaya: Resistance and Social Conflict during and after the Japanese Occupation of Malaya, 1941-1946 (1983).
Klik video di bawah untuk mendengar ulasan beliau.
Jumaat, Februari 29, 2008
Ulasan Sejarawan Dr Cheah Boon Kheng tentang 10tahun
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
2 ulasan:
wah, 10 tahun sekarang diiktiraf oleh seorang sejarawan yang senior dan serious... syabas!
sekarang kita nak tunggu Prof Dato' Dr. Khoo Kay Kim, Prof Emeritus di Jabatan Sejarah Universiti Malaya punya ulasan tentang filem 10tahun! siapa sini kenal dia secara peribadi dan boleh tolong hubungkan kita dengan beliau?
Catat Ulasan