Bagi memperingati perjuangan rakyat menuntut demokrasi dari penjajahan kolonial, ingin aku cadangkan supaya tarikh 20 Oktober dijadikan sebagai hari perayaan kebangsaan dan cuti umum buat seluruh rakyat Malaysia sempena menyambut "HARI HARTAL" - hari perjuangan demokrasi rakyat.
Kalau kamu menyokong cadangan ini, pada 20.10.2010, sempena ulangtahun ke-63 aksi Hartal Se-Malaya, sila letakkan imej di atas dalam blog kamu, dengan tajuk "Selamat Hari Hartal!", berserta dengan embedded video dokumentari Sepuluh Tahun Sebelum Merdeka bagi menerangkan sejarah di sebalik Hari Hartal.
Kamu juga dijemput untuk kemukakan cadangan-cadangan bagaimana cara untuk kita menyambut dan merayakan Hari Hartal kelak.
Kempen ini akan terus berjalan sehingga Hari Hartal diiktiraf sebagai hari perayaan kebangsaan di Malaysia.
Terima kasih dan Selamat Hari Hartal!
Selasa, Oktober 19, 2010
Kempen Hari Hartal (2010)
Dicatat oleh Fahmi Reza di 11:46 PTG
Kategori: Kempen Hari Hartal
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
1 ulasan:
20.10.2010 adalah hari pengisytiharan Melaka Maju 2010.
Rasanya tak akan diterima sebagai hari kebangsaan.
Catat Ulasan