Rapat umum PUTERA-AMCJA dari tahun 1947 atau 1948. Aku masih mencari tarikh, tempat dan tujuan rapat umum ini dijalankan. Buku From Malayan Union to Singapore Separation, dari mana aku ambil gambar ini tak beri apa-apa penerangan selain kapsyen pendek di bawah gambar. Yang pasti, rapat umum ini berlaku selepas 9 Disember 1947, tarikh Bendera Rakyat (bendera depan rostrum dalam gambar) dikibarkan buat pertama kali di luar ibu pejabat Malayan Democratic Union (MDU). Tentang Bendera Rakyat aku cerita lain kali.
Sumber: Buku From Malayan Union to Singapore Separation, Mohamed Noordin Sopiee, University Malaya Press, 1979
Isnin, November 12, 2007
"Demonstrasi bukan amalan demokrasi rakyat negara ini?" (8)
Dicatat oleh Fahmi Reza di 6:26 PTG
Kategori: Foto, PUTERA-AMCJA
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
1 ulasan:
Ah, bendera itu. Merah putih bintang dua belas, lambang Malaya merdeka.
Catat Ulasan