Rabu, Oktober 17, 2007

Hari ini dalam tahun 1947: 17 Oktober

Ulangtahun kedua Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM)

Hari ini dalam tahun 1947, genaplah umur PKMM dua tahun setelah ditubuhkan pada 17 Oktober 1945 di Ipoh, Perak. Berlandaskan Dasar2 Party Kebangsaan Melayu, cita-cita asas penubuhannya ialah untuk mencipta sebuah negara kebangsaan yang merdeka berdasarkan kedaulatan rakyat.

Di bawah merupakan petikan dari program TV Hari Ini Dalam Sejarah yang pernah ke udara suatu ketika dahulu di RTM.

Pada hari ini dalam tahun 1945, Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM) telah ditubuhkan. Parti ini lahir dari ruangan Jabatan Pengarang dan pentadbiran akhbar Suara Rakyat menjadikan ia parti politik Melayu yang pertama ditubuhkan selepas pendudukan Jepun di Tanah Melayu.

Matlamat utama perjuangan PKMM ialah menuntut kemerdekaan penuh bagi Tanah Melayu dan menentang sebarang bentuk penjajahan Inggeris. PKMM juga berusaha mengatasi masalah orang Melayu di segi pelajaran, sosial dan ekonomi serta kebebasan mencetak dan bersuara.

Sebulan selepas kelahirannya, PKMM telah menubuhkan cawangannya di beberapa buah negeri iaitu di Pulau Pinang, Perlis, Selangor, Perak, Melaka dan Singapura. PKMM menyebarkan pengaruhnya melalui akhbar-akhbar hariannya iaitu Suara Rakyat, Pelita Malaya dan Semboyan Baharu dan terbitan bulanan iaitu majalah Berjuang dan "Voice of the People".

Antara perjuangan PKMM pada peringkat awal penubuhannya ialah "Malaya adalah sebahagian dari Indonesia" dan "Sang Saka Merah Putih jadi cogan lambang Kebangsaan", iaitu perjuangan mewujudkan gagasan Melayu Raya/Indonesia Raya yang menyatukan negeri-negeri di Nusantara.

Berikut ialah lagu kebangsaan PKMM pada ketika itu, lagu "Indonesia Raya" yang telah digubah pada tahun 1928 yang kemudiannya menjadi lagu kebangsaan Republik Indonesia.


Jumaat, Oktober 12, 2007

Tayangan khas Hari Raya!



Dari rakyat untuk rakyat.

Sempena Aidilfitri yang mulia, aku tujukan filem ini kepada Yahya Nassim, Hashim Said, Majid Salleh, Zainuddin Andika, Lim Kean Chye dan semua veteran2 politik kiri yang telah banyak berjasa dan berjuang untuk membebaskan tanahair kita dari jiwa penghambaan dan penjajahan. Cita-cita rakyat untuk sebuah negara Merdeka yang lebih adil dan saksama untuk semua rakyat, akan terus kami perjuangkan sampai bila2. Selamat Hari Raya, kongsi itu kuasa.

Artikel dalam akhbar 光华日报 (Kwong Wah Yit Poh), 12 Oktober 2007

完整的历史真相
作者:黄妙鸾

法米(Fahmi Reza)上周六及本周日从吉隆坡带来了他的《独立前十年》记录短片,全长33分钟的历史记录片,把我国学校历史教科书内“遗失”了的左派斗争国家独立的历史,通过当事人口述历史的镜头曝光。

谁是法米?我对他认识不深,第一次见到他,也是在上周六他亲临韩院第一讲堂主持《独立前十年》电影分享及讨论会上。他是《独》片的制作人,也就是导演。分享会后短暂的交流时,这位在他的部落格(http://10tahun.blogspot.com)只简单介绍自己为艺术工作者的年轻马来同胞,只是轻描谈写的说自己毕业自美国的大学。

然而对于他的处女作品《独》片的呈献手法,我和一位资深报人都有深刻的同感:他是一个聪明的年轻人。

法米说,我们的历史教科书记载了1946年人民反对马来亚邦联的历史,也记载了1948年马来亚联邦成立的历史,不知何故,独漏了1947年马来人联合阵线及全马人民联合行动理事会的独立斗争历史、当年的罢市情景,以及鲜为我们这一代人所知道的1947年马来亚人民宪章草案的历史内容。

随着年轻新生代渐渐走出大马,呼吸不一样的民主新鲜空气回国后,在马来同胞社群内也渐渐冒出诸如拍摄《最后共产党人》、《老乡可好》的阿米尔莫哈末(Amir Muhammad)及法米这样的年轻人,通过摄影机镜头,把当年被权贵刻意涂擦掉的历史片段重新寻找回来,摊开在21世纪的大马天空下。

《独立前十年》记录片的制作,给了我们很重要的启示及思考,也不禁要提问,我们可不可以尽信教科书里的历史资料呢?

作为大马子民,我们更应该常常提问:谁掌握了诠释历史的权力及便利?教科书上的历史资料完整吗?为何某些部份刻意被去掉了?

掌权者拥有绝对诠释历史的权力,这种说法一点也不为过。据说,早年马华公会总部历届会长名录中,前槟州首席部长兼民政党创办人敦林苍佑医生是被除名的,直到近期,他老人家才有机会被纳入马华公会的历史页章。

从一个政党可以随意抹煞一段历史看来,一个巨大的国家机关,要刻意涂掉一段国家历史,也不是什么困难的事。

我们的社会,需要更多像法米,像阿米尔这样的有志青年,在汲取了更多的民主养份后,回国寻找历史的另一面真相。

可悲的是,向来被视为历史初稿的报纸,时至今日也因为种种管制,而渐渐丧失了其功能。口述历史也被视为只能填补文字历史的参考。看来,要勾勒一幅完整的历史真相,则必须具备宽大的胸襟,接纳各方面的讯息了。


Sumber: Kwong Wah e-Newspaper, 12 Oktober 2007.

Khamis, Oktober 11, 2007

Filem 1957 Hati Malaya

Filem wajib tonton tahun ini: 1957 Hati Malaya karya Shuhaimi Baba.

Menurut sinopsisnya:

"Filem ini memfokus kepada Tunku Abdul Rahman, pengasas kepada kejayaan Parti Perikatan, yang menjadi Perdana Menteri pertama Malaya pada tahun 1957, walaupun mendapat tentangan secara halus dari British yang mahu melambatkan kemerdekaan. Dan Datuk Onn Ja'afar, pengasas Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO) yang berjaya membangkitkan semangat nasionalisme orang Melayu menentang Malayan Union yang dicadangkan oleh British pada tahun 1946."

Dalam satu temubual untuk akhbar The Star, Shuhaimi Baba telah berkata:
“I really hope that the younger generation will watch the movie so they will know what great thinkers we had at that time and how people suffered before the country achieved its independence.”

Aku yakin pasti menarik untuk tonton filem ni selepas korang tonton 'Sepuluh Tahun Sebelum Merdeka' bagi melihat perspektif berbeza perjuangan rakyat menuntut kemerdekaan.

Seperti kata Hashim Said dalam filem aku:
"Jadi keputusannya... berpecah. Jadi, Parti Kebangsaan Melayu Malaya ni memperjuangkan cara kiri, dan UMNO teruskan perjuangannya cara kanan. Itulah timbul dua parti politik... kiri dan kanan."

Lihat bawah untuk trailer "1957 Hati Malaya".

Rabu, Oktober 10, 2007

Kuiz cuba teka siapa mereka?

Dalam sequence PUTERA-AMCJA filem 'Sepuluh Tahun Sebelum Merdeka' (minit ke 16:15) aku letak foto muka pemimpin badan2 politik yang bergabung dalam perikatan PUTERA-AMCJA (Pusat Tenaga Ra'ayat - All-Malaya Council of Joint Action).

Bagi menguji pengetahuan sejarah korang, cuba teka siapa nama2 mereka? Tuliskan jawapan dalam ruangan komen. Hadiah istimewa menanti pemenang!

Selasa, Oktober 09, 2007

Download 10tahun dari Rapidshare

Berita baik bagi mereka yang tak pakai BitTorrent!

'Sepuluh Tahun Sebelum Merdeka' sudah boleh di download melalui Rapidshare. Terima kasih kepada manjbj yang telah memuatnaikkannya.

Format: RMVB
Resolution: 600x480
Source: AVI
Size: 141.1 MB

Klik sini untuk download 10tahun Part1
Klik sini untuk download 10tahun Part2

Download kedua2 fail .rar sebelum boleh unzip/expand. Bagi free-users kena tunggu 200minit antara setiap sesi download.

10tahun di Universiti Sains Malaysia

Petang Isnin, 8 Okt yang lalu aku sempat buat sesi tayangan & diskusi filem 10tahun untuk 15 orang penuntut Drama & Teater USM, bertempat di Panggung Sasaran. Terima kasih kepada Michelle dan Janet yang telah menjemput aku.

Setakat ini, maklum-balas yang paling kerap aku perolehi dari pelajar universiti bila ditanya perasaan mereka selepas menonton filem 10tahun ialah "bengang kerana rasa telah ditipu oleh buku teks sejarah waktu sekolah dulu..."