Selasa, Disember 18, 2007

Lagu "Malaya Tetap Merdeka" (1959)



MALAYA TETAP MERDEKA (1959)

Bersatu-padu kita semua
Rakyat Tanah Malaya yang merdeka
Aman sentosa, rukun dan damai
Kita hidup bersama

Nyanyi bersama sambil menari
Ketawa, suka, serta bergembira
Kita semua warganegara
Hidup bagai saudara

Marilah kita membina
Dan membangun Malaya Merdeka
Supaya makmur dan jaya
Rakyat merasa bahagia

Bersuka-ria atau bekerja
Mesti dibuat dengan satu hati
Ini semua untuk kepentingan
Malaya tetap merdeka



Lagu "Malaya Tetap Merdeka" ni aku ambil dari filem "Korban Fitnah" (1959) arahan P.L. Kapur, keluaran Maria Menado Productions dan Cathay-Keris Film. Aku tak pasti siapa pencipta lagu ni, jadi kalau korang tahu, bagitau lah. Saja aku nak kongsi lagu propaganda yang catchy ni dengan semua.

3 ulasan:

yuzy berkata...

Bro,mmg best dan bersemangat aku borak ko tadi kat Kurasasomething.Dapat jumpa in-person dgn ko bagi aku inspiration untuk terus mewar-warkan apa yg terkubur sebelum ni.

Mana aku nak dapat buku Ahmad Boestamam yang ko tunjuk kat aku tadi?Seriuosly aku nak tahu macam mana aku nak contribute more serious dalam benda2 ni.

Thanx.

-Budak poyo minta sign kat baju tadi-

Fahmi Reza berkata...

Hi Yuzy! Terima kasih sebab beri sokongan dan singgah booth 10tahun. Buku yang aku tunjuk tu tajuknya "Merintis Jalan Ke Punchak". Kalau nak baca, kau cuba dapatkan buku "Memoir Ahmad Boestamam: Merdeka dengan Darah dalam API" terbitan UKM. Buku ni gabungkan 3 buku Boestamam, "Lambaian Dari Puncak", "Tujuh Tahun Malam Memanjang" dan "Merintis Jalan Ke Punchak". Aku rasa harganya RM55. Kau boleh cuba cari di kedai2 buku tempatan.

Kalau pokai, pergi je Perpustakaan Negara dan baca kat sana!

yuzy berkata...

Haha.Ok thank you bro.Selamat.