Khamis, Ogos 30, 2007

Majid Salleh (JSFTU)


"Awak ni gila? Nak merdeka, tak tahu awak ni siapa? Orang Melayu ni siapa? Tak tahu orang putih kapal terbang ada, kapal laut ada, kapal selam ada, itu nak kita lawan?... Itulah suara yang biasa kita dengar."

-- Majid Salleh dalam 'Sepuluh Tahun Sebelum Merdeka'

Majid Salleh, 84 tahun, berasal dari Ipoh, Perak. Selepas Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM) ditubuhkan di Ipoh pada 17 Oktober 1945, beliau telah menubuhkan cawangan pertama PKMM di Simpang Ampat, Kampar, Perak sebagai ahli jawatankuasa. Selepas menjadi ketua seksyen buruh PKMM negeri Johor, beliau telah dilantik menjadi ketua Johore State Federation of Trade Unions (JSFTU) yang bergabung di bawah Pan-Malayan Federation of Trade Unions (PMFTU). PMFTU mempunyai keahlian seramai 300,000 orang buruh seluruh Malaya.

2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Assalamualaikum.wbt.

Saudara Reza, saya ingin mengetahui dengan lebih lanjut berkaitan Haji Abdul Majid Salleh. Mohon bantuan saudara untuk menghubungi individu yang boleh menjelaskan secara terperinci tentang beliau. Terima kasih.

Saminathan Munisamy berkata...

Saudara Reza, saya ingin mengetahui lebih lanjut mengenai Haji Abdul Majid Salleh dan Pan Malayan Federation of Trade Unions. Minta bantuan saudara untuk menghubungi beliau atau keluarga beliau untuk kajian saya. Saminathan www.malayaganapathi.com