Ahad, Februari 03, 2008

Deleted Scene "Ini pasu bunga"



'Deleted scene' dari filem 10 Tahun Sebelum Merdeka.

Babak ini asalnya bertujuan untuk perkenalkan 2 lagi parti "kiri", API dan AWAS. Serta untuk ceritakan kenapa penjajah British tak suka golongan "kiri". Zainuddin Andika punya cerita, "Ini pasu bunga..." pasal pembodohan orang Melayu oleh penjajah British memang antara cerita yang terbaik pernah aku dengar.

Dalam filem 10tahun, babak ni sepatutnya keluar selepas PKMM diperkenalkan. Sayangnya, ia terpaksa dipotong sebab kacau sikit dengan alunan naratif dan melambatkan perjalanan cerita.

Satu lagi benda yang menarik dalam klip ni ialah cara Yahya Nassim dan Hashim Said sebut nama API. Mereka eja huruf roman A-P-I, dan bukan sebut perkataan 'api' seperti yang kita sangka.

5 ulasan:

MAMA JAWA (ala-ala MAMA JUWIE) berkata...

Yang, veteran pondan tak nak jumpa. Ada jugak pondan yang memperjuangkan KEMERDEKAAN tanah air kita....

Fahmi Reza berkata...

nak jumpa. berilah aku alamat dia atau cara untuk hubungi dia. boleh?

Yusmir Yusop berkata...

Ada ke?

Kaum pondan pun patriotik jugak apa?

Tanpa Nama berkata...

mereka ada sesuatu nak suarakan mungkin:)

Suara Kechil Hati Malaya berkata...

saudara fahmi, aku coba memuat-turun video "ini pasu bunga" guna flv downloader..tp x boleh..sila buat sesuatu supaya boleh dimuat-turun..aku suka kata2 dr zainuddin andika 2..terima kaseh..