Selasa, Oktober 09, 2007

10年 di Penang II

"Sepuluh Tahun Sebelum Merdeka" telah kembali ke Penang buat kali kedua atas jemputan SUARAM Penang, Persatuan Graduan Belia Penang (檳州大專畢業生青年協會), HCTV News (Kolej Han Chiang) dan Phoenix Friendship Foundation (鳳凰友好聯誼會).

Malam pertama, 6 Okt, 80 orang datang. Malam kedua, 7 Okt, 20 orang datang. Terima kasih kepada Shushi dan Soo Ling yang telah menjemput aku, Chia Ming dan Sook Hwa untuk tempat tinggal. Dan buat Syefa, thank you for the good times in search of deer, merintis jalan ke punchak teluk bahang, ke arah hidup popular di chowrasta dan sentuhan hujan dalam bas kuning.

Jumaat, Oktober 05, 2007

Review 10tahun di Semusim Di Neraka

Ahmad Kamal Abu Bakar dari blog Semusim Di Neraka telah menulis sebuah artikel berkenaan filem 'Sepuluh Tahun Sebelum Merdeka'.

Klik sini untuk baca:
10 minit sebelum menulis ini aku menghanggukkan kepala mendengar Propagandhi. 10 minit selepas, tengkuk aku sakit.

Review 10tahun di Passing Showers

A Passing Cloud dari blog Passing Showers telah menulis sebuah artikel berkenaan filem 'Sepuluh Tahun Sebelum Merdeka'.

Klik sini untuk baca: KL / Sepuluh Tahun Sebelum Merdeka

10tahun di Universiti Malaya

Aku baru balik dari sesi diskusi dengan beberapa penuntut UM yang sempat menonton filem 10tahun waktu tayangan di UM tempoh hari. Terima kasih atas feedback terhadap filem aku dan juga soalan2 menarik yang mencabar pengetahuan dan pendirian aku tentang soal sejarah.

Terima kasih buat Maimuna dan Rohana yang menjemput aku untuk sesi tayangan & diskusi buat penuntut kelas Gender Studies hari Selasa, 2 Okt lalu.

Terima kasih buat Selena yang menjemput aku untuk sesi tayangan & diskusi buat penuntut Fakulti Undang-undang hari Rabu, 3 Okt lalu. Walaupun tak ramai datang, diskusinya tetap mantap.

Ini dia buku yang menerbitkan semula dokumen Perlembagaan Rakyat 1947, boleh dibeli dari Kinibooks dengan harga RM13 sahaja.

Kepada geng penuntut Sejarah yang aku jumpa tadi, aku harap korang akan cuba adakan sesi tayangan & diskusi filem 10tahun ni untuk kelas korang lepas Raya nanti!

Khamis, Oktober 04, 2007

Burma Merdeka!

Hari Bloggers Sedunia untuk Burma: 4 Oktober 2007


Untuk turut serta dalam aksi ini, klik sini: Free Burma!

Rabu, Oktober 03, 2007

Download 10tahun sekarang!

Khas sempena Aidilfitri yang bakal menjelma, aku hadiahkan filem 'Sepuluh Tahun Sebelum Merdeka' untuk di download melalui BitTorrent di Demonoid.com buat tontonan seisi keluarga pada pagi Syawal nanti!

Format: AVI
Resolution: 600x480
Source: DVD
Size: 287.4 MB

Klik sini untuk download torrent 10tahun
Klik sini untuk download terus .torrent file 10tahun

Kalau kau belum install BitTorrent software, aku syorkan kau guna si katak biru Azureus.

Aku dah mula seed sekarang sampai Jumaat 5/10. Akan berhenti seed hujung minggu ni untuk ke Penang. Akan sambung semula mulai Selasa 9/10 sampai Raya. Enjoy dan tolong seed lepas kamu siap download!

Tayangan & diskusi filem 10tahun di Penang


Tarikh: Sabtu & Ahad, 6 & 7 Okt 2007
Masa: 8:30 malam
Tempat: Kolej Han Chiang,
Jalan Lim Lean Teng,
Georgetown, Penang
Tiket: PERCUMA!

Sebuah program anjuran SUARAM Penang, PENYOUGRAD dan Phoenix Friendship Association.

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi:
Shushi 012-875 6179 / suarampg@hotmail.com
Soo Ling 012-558 9633 / penyougrad@yahoo.com