Poster versi 1947! Homage kepada poster² filem zaman kegemilangan studio Malay Film Productions dan Cathay-Keris Films.
Khamis, Januari 31, 2008
Sa-puloh Tahun Sa-belum Merdeka (1947)
Dicatat oleh
Fahmi Reza
di
7:42 PG
6
ulasan
Kategori: DIY Marketing
Isnin, Januari 28, 2008
Lagu "Darah Rakyat"
DARAH RAKYAT
Darah rakyat masih berjalan
Menderita sakit dan miskin
Padanya datang pembalasan
Rakyat yang menjadi hakim
Rakyat yang menjadi hakim
Ayuh! ayuh!
Bergerak! Sekarang!
Merah Putih panji-panji kita
Merah warna darah rakyat
Merah warna darah rakyat
Darah Rakyat merupakan lagu perjuangan rakyat yang lahir semasa Revolusi Indonesia 1945. Seperti lagu "Indonesia Raya" yang merupakan lagu Kebangsaan PKMM, perjuangan kemerdekaan rakyat Indonesia banyak mempengaruhi pemikiran rakyat di Malaya. Lagu ini selalu dinyanyikan semasa perbarisan dan perhimpunan PKMM dan API untuk menaikkan semangat pemuda-pemudi pada zaman kebangkitan gerakan kemerdekaan rakyat di Malaya selepas perang dunia kedua (1945-1948).
Jumaat, Januari 25, 2008
Kongres Ketiga PKMM (1947)
Gambar² pemandangan dalam kongres Parti Kebangsaan Melayu di Singapura pada waktu yang lepas, parti kiri ini berjuang untuk mendirikan Malaya Merdeka disokong oleh segenap bangsa yang progresif.
Atas kiri: Dr. Burhanuddin
Atas kanan: De Cruz, bekas setiausaha All-Malayan Committee of Joint Action
Bawah kiri: Ishak Hj. Muhammad
Bawah kanan: Wakil Parti Komunis Malaya
Gambar bawah: Wanita² yang menjadi setiausaha kongres PKMM
Bawah sekali: Wakil² rakyat jelata seluruh Malaya yang membawa suara dari rakyat yang menderita
Sumber: Buku ‘Album Malaya Merdeka 31 Ogos 1957’, Qalam, 1957
Dicatat oleh
Fahmi Reza
di
10:25 PTG
0
ulasan
Kategori: Badan Politik, Foto
Kongres Kedua PKMM (1946)
Diantara pemimpin² dari Parti Kebangsaan Melayu Malaya dan Angkatan Pemuda Insaf bergambar selepas mengadakan kongres yang kedua pada 25-27 Disember 1946 di Kota Melaka.
Anggota² Dewan Pimpinan PKMM yang dilantik semasa kongres:
Yang Dipertua: Dr. Burhanuddin Al-Helmy
Naib Yang Dipertua: Ishak Hj. Muhammad
Setiausaha Agung: Abdul Hamid Abdul
Penolong Setiausaha Agung: Mohamad Mustaza
Bendahari: Yahya Nassim
Penolong Bendahari: Aziz Hamidy
Ketua Pemuda: Kamaluddin Mohammad (Keris Mas)
Ketua Wanita: Shamsiah Fakeh
Sumber: Buku ‘Album Malaya Merdeka 31 Ogos 1957’, Qalam, 1957
Dicatat oleh
Fahmi Reza
di
10:10 PTG
0
ulasan
Kategori: Badan Politik, Foto
Selasa, Januari 22, 2008
Testament Politik A.P.I. (1946)
Angkatan Pemuda Insaf (API) adalah sebuah badan politik kiri pemuda² radikal yang ditubuhkan pada 17 Februari 1946 di Ipoh, Perak yang pada asalnya merupakan sayap pemuda PKMM. API ditubuhkan untuk menyatu-padukan pemuda² Melayu dalam satu gerakan pemuda yang kemudiannya akan bergabung dengan pemuda² Malaya yang lain dalam Malayan New Democratic Youth League (MNDYL) untuk mencapai cita² Malaya Merdeka. Buku Testament Politik A.P.I. ini telah ditulis sempena Kongres Pertama API di bandar Melaka pada 22, 23 & 24 Disember 1946. Di bawah ialah kata² pendahuluan untuk buku kecil Testament Politik A.P.I. yang ditulis oleh Ahmad Boestamam, Ketua Angkatan Pemuda Insaf.
Buku testament politik A.P.I. ini saya susun dengan bergopoh². Isi-nya ia-lah dengan sechara ringkas sahaja. Masa dan keadaan tidak membenarkan supaya buku ini di-tulis panjang².
Di-dalam-nya ada di-terangkan dengan sechara ringkas tetapi padat tentang tenaga pemuda, pergerakan pemuda di-dunia, pergerakan pemuda di-Malaya dan juga tentang pergerakan A.P.I. (Angkatan Pemuda Insaf) dan tujuan² politik-nya.
Moga² buku ini akan mendatangkan faedah kapada pemuda2 Melayu 'am-nya dan pemuda² A.P.I. khas-nya.
Pemuda² Melayu - Insaf-lah.
MERDEKA dengan DARAH
A. BOESTAMAM.
Kuala Lumpur,
21-12-46
Download dokumen PDF untuk baca buku kecil ini:
Testament Politik A.P.I. (1946)
Dicatat oleh
Fahmi Reza
di
11:20 PG
3
ulasan
Kategori: Badan Politik
Sabtu, Januari 19, 2008
10tahun @ Youth'08 PWTC
Bagi menyebarkan mesej 10tahun kepada muda-mudi kotaraya, kita ada bukak meja dalam acara Youth'08 di PWTC (Hall 3) sampai Ahad esok dari 10 pagi sampai 10 malam. Ada t-shirt & DVD 10tahun untuk dijual. Kalau korang takde duit nak beli DVD, datang lah PWTC hari ni atau esok dan bawak thumbdrive untuk download filem 10tahun secara percuma!
Dicatat oleh
Fahmi Reza
di
7:26 PG
2
ulasan
Kategori: DIY Marketing
Khamis, Januari 17, 2008
10tahun @ Empower's 2nd KopiOnite
Empower's 2nd KopiOnite presents 10 Tahun Sebelum Merdeka
Free film screening & discussion with the filmmaker Fahmi Reza
Click here for map and directions
Dicatat oleh
Fahmi Reza
di
4:10 PG
0
ulasan
Kategori: Masa Tayangan
