Isnin, Ogos 31, 2009
Selasa, Ogos 25, 2009
"Kemerdekaan 1957" oleh Lim Kean Chye
Lim Kean Chye, 90, ahli pengasas Malayan Democratic Union (MDU) beri pendapat peribadinya tentang kemerdekaan Malaya yang dicapai pada 31 Ogos 1957.
Dipetik dari rakaman temubual untuk filem 10 Tahun Sebelum Merdeka pada 5 Julai 2007 di Penang.
Isnin, Ogos 24, 2009
Fahmi Reza @ TV1 malam ni!
Rancangan live talk show/forum Di Luar Lingkungan @ TV1
Topik:
Bagaimana Menghargai Kemerdekaan
Hos:
Sayed Munawar
Panel:
1. Balasubramaniam Kuppusami
Pensyarah Kanan Universiti Tunku Abdul Rahman
2. Mohamad Azhar Radizuan
Guru bidang Sejarah
3. Fahmi Reza
Pengarah Dokumentari 10 Tahun Sebelum Merdeka
Tarikh: Isnin, 24 Ogos 2009
Masa: 9:30 - 10:30 malam
Mana: Live di TV1
Korang boleh jugak tonton rancangan ni live streaming di www.rtm.gov.my.
Macam mana nak menghayati erti kemerdekaan? Jawapan typical budak-budak zaman sekarang:
1. Mengingati pengorbanan pejuang kemerdekaan (Tunku & UMNO)
2. Menghargai pembebasan rakyat dari penjajahan (British)
3. Menghargai kestabilan dan keamanan negara (No demos, no strikes, no hartal, no free press, no free speech)
Korang setuju?
Selasa, September 30, 2008
Yahya Nassim di Hospital Kajang
Pagi ini, sehari sebelum Syawal aku terima berita Yahya Nassim, salah seorang pejuang kemerdekaan dalam 10tahun telah dimasukkan ke wad Hospital Kajang kerana strok.
Bagi yang ingin menziarahi beliau, Hospital Kajang ada 2 masa melawat: 12:30-2:00pm, atau 4:30-7:30pm. Beliau berada di Wad 2, Tingkat 1 Hospital Kajang.
Aku akan pergi melawat tengahari nanti.
Selasa, September 23, 2008
Selasa, September 16, 2008
Hari Ini Aku Berhartal
Hari ini aku berhartal. Maksudnya dari jam 6 pagi tadi sampai ke 12 tengahmalam nanti, aku ambil bahagian dalam satu tindakan mogok dan general stoppage of work.
Ertinya aku…
…tak keluar bekerja
…tak naik bas
…tak naik LRT
…tak bawa motor
…tak pergi pasar
…tak keluar beli suratkhabar
…tak pergi shopping
…tak beli apa-apa barang
…tak keluar makan
…tak keluar tengok wayang
…tak keluar lepak dengan kawan-kawan
…batalkan semua temujanji aku hari ni
…terpaksa cancel interview dengan media untuk cakap pasal Revolusi ‘48
…tak pergi acara sambutan Hari Malaysia hari ni
…tak pergi candle-light vigil malam nanti
…tak pergi parti housewarming kawan malam nanti
Aku hanya duduk kat rumah.
Apa tujuan aku berhartal hari ni? Tujuannya sebagai tanda protes membantah tindakan kerajaan menggunakan I.S.A. Jumaat lalu yang menindas dan menakutkan rakyat. Juga sebagai tanda solidariti buat mangsa-mangsa yang ditahan.
Kenapa aku pilih hari ni untuk berhartal? 16 September dipilih kerana siknifikasi hari ni iaitu Hari Malaysia, hari lahirnya Bangsa Malaysia.
Kenapa aku pilih untuk jalankan hartal? Kenapa tak buat benda lain? Sebab hartal ialah satu direct action berbentuk civil disobedience untuk hantar mesej protes terhadap tindakan atau polisi kerajaan yang tidak demokratik dan menindas. Ia satu cara untuk kita rakyat jelata kelas bawah yang takde kuasa/pangkat untuk bergabung tenaga melakukan bantahan dengan cara yang selamat, non-violent dan sukarela.
Adakah hartal ini akan bagi apa-apa kesan? Bayangkan kalau kamu yang tengah baca entry ni pun turut sama berhartal hari ni. Bayangkan kalau semua rakyat jelata yang menentang penindasan dan cintakan demokrasi turut sama berhartal hari ni. Bayangkan babak dalam video di bawah ni berulang dalam laporan berita hari esok?
Sama ada hartal ini akan bagi kesan langsung atau tidak langsung, akan aku explore dalam next post. Lagipun aku ada 17 jam lagi untuk berhartal.
Mungkin aku akan tonton semula filem 10 Tahun Sebelum Merdeka hari ni.
